Chapter 15

671 75 31
                                    

Maya memandang ke luar tingkap kerana berasa janggal. Yelah dah la ini kali pertama dia naik kereta dengan classmate sendiri.

Alfred memandang sebelah lalu mengukir senyuman. "Ehemm... Kau okey tak ni? Macam tak selesa je," tegur Alfred. Dia cuba berbual dengan Maya supaya Maya tidak berasa janggal.

"Err... sa... saya okey je," balas Maya gugup. 'Adehh... kau dah kenapa gagap pula ni. Tadi elok je.'

Alfred sekadar mengangguk lalu tangannya membuka dashboard di bahagian Maya. Tangannya mengeluarkan dua topeng mata.

Satu topeng dihulurkan kepada Maya. Maya mengerutkan keningnya tanda tidak faham.

"Kenapa bagi saya topeng ni?" tanya Maya tidak faham.

"Aku nak kau pakai topeng tu. Sebab nanti dekat sana semua orang wajib pakai, kalau nak masuk." Alfred menjelaskan kepada Maya.

Maya membuat mulut bentuk 'o' lalu dicapainya topeng dari tangan Alfred.

Setibanya di Choxilla Star Hall, Alfred meletakkan keretanya di parking khas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setibanya di Choxilla Star Hall, Alfred meletakkan keretanya di parking khas. Maya melihat cermin kereta sambil memakai topeng.

Alfred sempat memberi arahan kepada Maya sebelum mereka keluar dari kereta, "Aku nak kau pegang lengan aku bila keluar dari kereta nanti."

Maya membuat muka tidak puas hati. "Dah kenapa sampai nak kena pegang-pegang pula ni?"

Alfred mengeluh kasar. "Ikut je la cakap aku. Kita kan pergi party sekarang ni. Tak kan nak asing-asing kut. Berlakonlah sikit."

Padahal Alfred saje je tak nak kasi orang lain dekat dengan Maya.

"Ish yelah. Semua nak kena dengar cakap awak," balas Maya dengan suara pasrah.

Alfred tersenyum puas. Tak kesahlah kau nak marah ke apa, yang penting kau dengar cakap aku.

Maya memaut lengan Alfred setelah keluar dari kereta. Dalam hati sudah menyumpah seranah perangai Alfred yang suka memaksa.

Mereka berjalan menuju ke pintu utama. Seorang receptionist menyambut kedatangan mereka lalu menunjukkan meja yang telah ditempah oleh Alfred.

Maya hanya mengikut langkah Alfred menuju ke meja yang dimaksudkan.

Sementara Iris yang sedang duduk menyenggul lengan Jake supaya melihat ke arah pintu masuk. William turut memandang apa yang Iris dan Jake lihat.

"Weyh, Mich betul-betul bawa partner dia. Apa kita nak buat sekarang ni?" kata Iris gelabah.

"Aku pun tak sangka, weyh. Siapalah perempuan yang dia bawa tu? Macam cantik juga aku tengok." William lebih fokus terhadap partner Alfred. Matanya tidak berkelip melihat kecantikan Maya.

"Woi, aku tengah gelabah... boleh pula kau sebok dengan partner si Alfred tu." Iris tidak puas hati dengan jawapan William.

"Rilek la. Kita buat biasa je. Tak payah la gelabah sangat," balas Jake dengan tenang.

Nerdy Spy Girl [ HIATUS ]Where stories live. Discover now