Chapter 6

895 123 51
                                    

Setelah lama authors menyepi... So harini authors update ok.. maybe dalam masa terdekat ni authors akan update lagi... Sory buat readers tertunggu - tunggu..🙏🙏 Hope korang enjoy ok😊

_________________________________

".... MARC TAK AKAN PERNAH MENYESAL DENGAN KATA - KATA MARC TADI. Disebabkan mama halau kakak keluar dari rumah ni so Marc pon akan keluar jugak. Marc dah malas nak duduk dengan orang yang asyik cari salah orang lain je. Salah sendiri tak nampak. And Marc nak warning awal - awal kalau korang ganggu Kak Maya lagi.... Marc tak akan lepaskan korang... Remeber my words because I don't play with my words. Bye. " Marc berkata dengan tegas berbaur amaran.

Setelah itu Marc mengajak Maya keluar dari rumah itu dan menuju ke kereta Maya. Dia menyuruh orang suruhannya yang bernama Zack untuk mengemaskan ke semua barangan yang ada di dalam biliknya. Dia tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke dalam rumah itu kerana hatinya masih membuak - buak rasa marah.

Setelah selesai semua barangan yang hendak di bawa keluar, Marc menghidupkan enjin kereta milik Maya. Dia tidak mahu kakaknya membawa kereta dalam keadaan yang tidak stabil. Dia terlalu sayangkan kakaknya dan dia tidak mahu mengambil risiko.


 Dia terlalu sayangkan kakaknya dan dia tidak mahu mengambil risiko

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Puan Sri Emma dan anaknya menghempaskan punggung di atas sofa yang berada di ruang tamu rumah itu. Mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang Marc buat secara mengejut untuk meninggalkan keluarga dan mengikut perempuan pembawa malang ( bukan author yang cakap ea... Diorang yang cakap. Jangan marah author😂 )

Puan Sri Emma melepaskan kegeramannya di hadapan dua orang anaknya itu " Mama tak paham betullah dengan abang korang tu. Sanggup dia pilih perempuan sial tu daripada kita. Padahal perempuan tu bukannya ada apa - apa. Mama rasalah abang korang tu dah dipergunakan. Tu yang asyik nampak salah kita je.. salah Maya tu dia tak nampak pulak..."

Mia menganggukkan kepala tanda setuju dengan penyataan yang keluar dari mulut mamanya. Dia sebenarnya tidak puas hati dengan Maya dari dulu lagi kerana papanya selalu menangkan Maya. Kemudian dia berkata " Maya tu memang macam tu... Mentang - mentang dulu papa selalu bela dia sekarang nak jadi taiko besar pulak. Dasar manusia tak kenang budi!! Abang Marc tu pon satu selalu sangat bela perempuan tak guna tu. Bila kita kutuk perempuan tak guna tu je mesti abang Marc marah. Nasib baiklah abang Mika ni baik tak ikut macam perangai abang Marc tu.. "

Michael tersenyum bangga mendengar pujian yang diberikan oleh adiknya. Dia menyatakan sesuatu yang bertandang di hatinya sedari tadi " Kenapa abang Marc cakap kalau ganggu kak Maya dia tak akan lepaskan kita? Aura dia tu lain macam. Tak sama macam yang dia ugut kita sebelum ni... Mika rasa abang Marc tu ada benda yang dia sorokkan dari pengetahuan kita semua. "

Puan Sri Emma bangkit dari sofa dan berdiri sambil memikirkan cara untuk membalas dendam terhadap Maya. " Kita mesti buat sesuatu dekat Maya tu.. biar dia sedar diri dia tu sikit... Tapi sekarang mama tak ada idea nak buat apa dekat si Maya tu. And pasal ugutan Marc tu kita tak payah takutlah. Dia bukannya buat betul - betul pun. Sekarang ni kita fokus dekat misi kita kali ini. So mama nak korang bagi idea yang boleh kita gunakan untuk balas dendam dekat Maya. " Arah Puan Sri Emma dengan tegas


Nerdy Spy Girl [ HIATUS ]Where stories live. Discover now