CHAPTER 18

331 35 16
                                    

"THORN!!!!!"

"Wahaha!! Kejarlah kalau boleh! XD"

Sekarang ni di perpustakaan awam, Blaze dan Taufan dengan penuh selambanya 'bermain' kejar-kejar walaupun sudah banyak kali dilarang oleh pustakawan itu. Bagaimana nasib pustakawan itu? Oh mudah je jawapannya. Sekarang ni dia dalam bilik ofis dan sedang makan panadol 1 papan lebih sebab stres sangat. =w=

Kenapa Blaze kejar Thorn? Sebab dia curi sampul surat yang dia mahu guna untuk kerja bahasa melayu. Last-last kena rampas dengan Thorn dan bermulalah aksi kejar mengejar dalam perpustakaan itu. Kesian...

Kawan-kawan mereka yang tersisa hanya mampu memasang wajah sweatdrop sahaja. Nanti tak pasal-pasal kena sekali. Padahal plan sendiri kot?

"Thorn! Bagilah balik woi!" Blaze cuba sedaya upaya untuk mengambil semula sampul surat yang diambil oleh Thorn tadi.

"Nope! Mana boleh!" Thorn lari membawa sampul surat itu ditangannya dan melarikan diri dari singa jantan yang sedang mengamuk sekarang ni.

"Thorn!!! Jangan sampai aku mengamuk okey?! Siap kau nanti!" Masih dalam keadaan marah, Blaze kejar Thorn yang masih berlari membawa sampul surat projeknya. Kalau tak siap projek tu, mampuslah dia nanti wei! QwQ

"Psst! Hali, sekarang!" Taufan memberi isyarat.

Hali memahami maksud isyarat tersebut mengeluarkan kakinya untuk menjatuhkan Blaze. Plan kedua ni dirancang oleh orang yang sama, iaitu Taufan. =w=

Tanpa Blaze sedar, dia tersadung kaki Halilintar dan akhirnya membuatkannya hilang keseimbangan. Ice yang baru sahaja ambik buku di rak terperanjat melihat Blaze yang tidak dapat menstabilkan diri. Belum sempat beralih, akhirnya Blaze menghempap dirinya menyebabkan mereka terbaring atas lantai.

Jarak muka mereka seolah-olah hendak berciuman tetapi nasib baik tidak kena lagi. Wajah Blaze terlalu dekat dengan Ice sehingga dia dapat rasa nafas Blaze. Muka Ice merah padam ibarat tomato. Begitu juga dengan Blaze. Tetapi mukanya tidaklah semerah Ice. Hanya samar-samar.

Tiba-tiba mereka terdengar suara usikan dan bunyi kamera. Apabila ditoleh, terlihat rakan masuk air diorang mengusik dan sempat lagi mengambil gambar sweet moments itu.

"Uuu...romantiknya korang ni.." Gempa yang terlihat biasa mengusik kearah mereka. Sungguh ini bukan tabiat biasa Gempa! QwQ

"Uhh..." Begitu sahaja suara yang dikeluarkan mereka berdua. Blaze menggaru tengkuknya sendiri.

Yang lain be like: UwU So sweet..

Tiba-tiba

PLAK!!!

"Opocotkaulembu!" Ice termelatah apabila mendengar bunyi hempasan buku yang dilakukan oleh librarian tadi. Wajah librarian itu terlihat marah seperti mahu meletup dan aura seram dibelakangnya.

"Korang berdua....yang toyol dengan oren ni..sila keluar sekarang. BERDIRI DENGAN BALDI ATAS KEPALA! JANGAN DUDUK DAN JANGAN TURUNKAN BALDI TU SELAGI AKU TAK BAGI. SEKARANG!!!" Jerit pustakawan tersebut dengan suara yang terdengar letih dan marah.

Kerana takut, Blaze segera beralih dari Ice dan Thorn meletakkan sampul surat itu diatas meja dan keluar bersama-sama dari perpustakaan itu. Baldi berisi air kotor disebelah mereka diambil dan dijunjung diatas kepala. Sambil-sambil tu turut memikirkan nasib malang mereka...T^T

Baki yang tinggal di library itu hanya terdiam seribu bahasa. Tidak mahu terkena nasib yang sama, mulut dikunci ketat-ketat dan sambung membuat projek yang tergendala tadi.

❤💙❤💙

Sedang khusyuk membuat kerja Bahasa Melayu, Ice terpandang sampul surat yang diguna oleh Blaze tadi. Dia berniat untuk membaca isi kandungan surat tersebut. Dia mengambil dan ingin membukanya. Belum sempat sampul berisi surat itu dibuka, Solar yang duduk disebelahnya merampas surrat itu. Ice memandangnya pelik.

"Kenapa kau tak bagi aku baca?" Soalnya.

"Ah..em...surat ni sebenarnya da kaitan dengan privasi Blaze! Dan sebab dia taknak malu..dia tak bagilah orang baca." Jawab Solar dengan suara yang agak gugup. Tak nak pula terkantoi. Kalau tak, habislah plan tak jadi!

"Privasi apa?" Soal Ice tidak mahu kalah. Ingin tahu juga walaupun Solar tak bagi.

"Eish kau ni. Dah nama pun privasi kan? Mestilah takleh bagitau." Solar berkeras tidak mahu mengakui kebenarannya.

"Hmm..yelah..." Akhirnya Ice mengalah. Belum sempat dia menyambung kerjanya, Solar menyampuk.

"Kalau kau nak tau jugak..hari esok kau akan tahu jawapannya."

Ice membuat muka tidak faham. Perkara apa yang Blaze rahsiakan sangat selama ni sampai dia tak boleh beritahu? Ah lantaklah, nanti esok dia akan dapat jawapannya jadi tak perlu main siasat macam Detektif Conan tu. Buat pening je.

SKIP TIME

"Amacam? Best kena denda tadi~?"

Ice sempat mengejek Blaze dan Thorn kerana insiden tadi. Blaze menjeling Ice sambil mengemaskan barangnya. Bayangkan berdiri dari pukul 4 petang sehingga pukul 5 petang. Mana taknya lenguh otot sendi apa semua! Malu pula apabila kena denda depan crush sendiri..QwQ

"Kau ni, patutnya kesiankan kawan kau. Bukan ejek macam ni. Apa punya kawanlah.." Blaze menjentik dahi Ice dan menekankan perkataan 'kawan' itu. Ice meringis sakit.

"Hehehe...sorry Blaze."

"Hmm."

Blaze berjalan dengan postur yang tidak betul kerana lenguh kakinya. Mujurlah ayah Thorn datang dengan motor, jadi tidak perlu jalan. Blaze pula, kesian pula. Dahlah sakit kaki lepastu jalan kaki pula. Mana tak mengeluh sebab sakit?

Mereka berempat iaitu Blaze, Ice, Halilintar dan Solar masih ada di situ. Jalan kaki macam biasa. 2 ekor lagi dah balik naik kereta.UwU

"Kaki kau sakit lagi ke Blaze?" Soal Halilintar.

"Tipulah kalau aku kata tak sakit. Mestilah sakit. Gila ke apa?" Sempat lagi Blaze mencarut kepada Halilintar, namun kerana moodnya baik hari ni, terus tak jadi marah. Fuh..

"Olololo..sian tul kawan aku ni. Meh sini aku tolong."

Belum sempat Blaze ingin tanya, Ice sudah mengangkat Blaze dengan gaya pengantin membuatkan Blaze terkejut nak mampus. Dia memukul bahu Ice.

"W-woi! Kau ni buang tabiat ke?! Turunkan akulah! Kalau tak larat nanti macam mana?"

"Alah, rileks lah. Perempuan kuat apa? Jangan pandang rendah kat kaum perempuan ya?" Ice tidak peduli dan menghantar Blaze balik rumah dengan cara berlari. Blaze hanya mampu pasrah. Tapi dalam hati berbunga-bunga sebab bersama orang yang dia suka~. ♡w♡

Halilintar dan Solar hanya melihat mereka dari jauh. Solar sempat mengambil beberapa gambar pasangan itu. Halilintar yang menyedarinya mencubit perlahan langan Solar. Solar mengaduh sakit.

"Kau ni memang selalu menghendap orang eh?"

"Diamlah kau. Aku gigit nanti baru tau." Balas Solar dengan penuh 'sopan'. Halilintar tergelak kecil dan mengusap rambut lembut Solar. Solar tersenyum dalam diam.

To Be Continued

Maaf lama tak update. Online class dan homework berlambak lagi ni. Huhuhu...TAT

Anyway, harap korang enjoy ngan chapter ni. Bye! ^w^

I Love You, Ice {✔}Where stories live. Discover now