Bonus Chapter!

342 29 16
                                    

Idea from: Blazice

"Wei Solar! Aku pun nak tisu!"

"Aku pun nak gak!!"

"Bagi aku dulu!"

Semua orang berebut untuk meminta tisu ekstra dari Solar. Solar sudah pening melihat semua orang. Dahlah bising pulak tu! Kalau terkantoi macam mana? Habislah kalau Blaze nampak! Conform tidur seminggu!

"Korang ni, senyaplah sikit! Kalau terkantoi kang macam mana?!" Marah Solar dengan suara yang ditinggikan sedikit tetapi masih dalam keadaan yang tidak menyebabkan Blaze dan Ice menyedari dan mendengarinya.

Kalau korang tanya apa yang Blaze dan Ice tengah buat, jawapannya senang je. Diorang tengah bersembang mesra sambil bersweet-sweet kat belakang sekolah lagi. Pelajar 5 Jujur pula masih lagi menghendap mereka.

Disebalik semak yang besar nan tebal itu terdengar sedikit bunyi bising dari situ kerana pelajar-pelajar yang nosebleed berebut meminta tisu dari Solar. Padahal tisu yang Solar bawa tak banyak mana pun, cuma 7 pek kecil sahaja. 1 peket bersamaan dengan 10 helai tisu kecil nan nipis.

Dah bagi Gempa sepeket, tinggallah 6 peket saja. Pelajar yang minta pula 12 orang. Mana cukup!

"Kesian tul Solar." Gumam Runi. Eh tetiba je masuk sini. Takpe kan kalau saya muncul lagi readers sekalian? UwU

"Tisu tak cukuplah korang-ehh UWAAH!!"

Dengan tak sengaja, takde angin takde ribut, Solar tergolek dan terkeluar dari semak kerana tangannya tersentuh sesuatu yang licin. Iaitu..sabun mop lantai. Tambahan pula lantai tu lantai simen. Memang tergoleklah jawabnya..

Pasangan BlIce itu baru sahaja bercumbu mesra lagi. Tanpa sengaja, mata biru Ice terbuka dan dia ternampak Solar yang cepat-cepat bersembunyi semula di semak. Solar langsung tak perasan yang Ice ternampak perbuatannya tadi.

Muka Ice merona hebat tanda malu yang teramat sangat. Dia segera menepuk dada bidang Blaze untuk menyuruhnya melepaskan cumbuan itu dan dia ingin memberitahunya sesuatu.

"Blaze..lepas..!"

Mendengarkan sahaja ayat Ice tersebut, Blaze segera melepaskan ciuman tersebut. Nanti kalau tak buat, mati anak dara orang sebab sesak nafas.

"Kenapa Ice? Kau sesak nafas ke? Sorry.." Blaze menanyakan keadaan Ice sekaligus memohon maaf. Rasa bersalah pula sebab main cium je anak dara orang.

"B-bukan..huh...t-tadi aku nampak ada orang menghendap kitalah.." Dengan nafas yang tercungap-cungap Ice memberitahu apa yang terjadi.

"What?! Menghendap?! Mana??!!" Soal Blaze dengan penuh terkejut dan geram. Matanya segera melilau keadaan sekeliling.

"Aku nampak ada orang jatuh dari semak kat sana tadi..tapi tak taulah siapa. Aku rasa dia menghendap kita dari tadilah." Jawab Ice.

"Hmm..okey takpe. Aku ada idea macam mana nak buat diorang serah diri." Bisik Blaze sambil tersenyum jahat. Tangannya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebuah balang plastik kecil dengan sesuatu didalamnya.

Disisi lain, para pelajar 5 Jujur sudah menggelabah dan gelisah kerana takut Blaze dan Ice menyedari kelakuan mereka dari tadi. Semuanya saling menyalahkan Solar kerana membuat satu kelas terkantoi.

"Kau tengok apa dah jadi, Solar! Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!" Sempat lagi Gempa menyelitkan peribahasa Melayu didalam ayatnya. Solar apa lagi, mengena lah jawabnya.

"Salahkan aku dah kenapa?! Salah dioranglah sebab main tolak orang! Bila aku dah jatuh salahkan aku pulak. Padahal salah diorang!" Marah Solar sambil jari telunjuknya menghala kearah pelajar lain yamg berebut ingin meminta tisu darinya tadi. Apa salah dia? Padahal salah murid-murid lain sebab berebut dan bertolak-tolak.

"M-maaf.." Semuanya meminta maaf kepada Solar. Darah yang mengalir dari hidung tadi sudah dikesat menggunakan lengan kemeja masing-masing. Eww..🤧

Solar menggulingkan bola matanya tanda kesal. "Apa-apa jelah-ehh?" Balasan Solar terhenti ketika dia ternampak sesuatu yang bergerak didalam semak itu.

"Apa tu?" Kerana ingin tahu, Solar memasukkan tangannya kedalam semak itu. Tangannya mencari-cari benda tersebut.

Setelah berjaya menangkapnya, Solar mengeluarkan tangannya dan apa yang dilihat olehnya membuatkan mukanya pucat lesi. Iaitu..seekor lipas yang besar.

Secara tiba-tiba, lipas itu terbang kearah dirinya dan secara tak sengaja Solar menjerit kerana takut.

"AAAAAAAAA!!!!!! LIPASSS!!!"

Semua yang mendengar jeritan Solar turut terkejut dan terus menjerit-jerit ketakutan bercampur geli apabila lipas itu terbang kearah mereka. Dan hal itu menyebabkan mereka semua terkeluar dari semak secara serentak.

"Oohh...jadi koranglah yang sekodeng kitorang dari tadi ye?!" Soal suatu suara garau. Diangkat sahaja kepala mereka, terlihatlah Blaze dengan Ice dibelakangnya. Muka Blaze terlihat serius sekali.

"Berjaya pun tangkap korang. Aku memang dah agak korang akan buat macam ni. Nasib baik aku ada tangkap lipas masa rehat tadi."

"Huhuhu..sampai hati kau Blaze. Kau tau tak yang aku takut lipas? TAT" Solar sudah berdrama entah apa-apa disitu.

"Ada aku kesah pasal kau? Sebab korang dah sekodeng kitorang dari tadi, buat tekan tubi 40 kali! Kalau tak aku bagi serangga lain pulak! " Dengan selambanya Blaze memberi denda yang amat melelahkan bagi mereka. Nak buat tekan tubi 10 kali pun dah tak larat. Apatah lagi 40 kali!

Tambahan pula, Blaze ada tangkap macam-macam lagi serangga yang menakutkan dan menggelikan. Kerana takut serangga, semua yang menjalankan aktiviti sekodeng tadi terpaksa ikut.

Memandangkan sudah waktu pulang dan subjek Bahasa Melayu ialah subjek terakhir sebelum pulang, memang mudahlah denda tersebut dijalankan.

"Habislah kita.."

"Menyesal aku cadang sekodeng diorang."

"Letihlah badan aku nanti.."

Dan akhirnya mereka semua didenda untuk melakukan tekan tubi sebanyak 40 kali. Balik rumah dengan penuh keluhan tambah kesakitan tambah penyesalan. Kesian..

Hmm..saya nak tanya, korang nak tak saya buat satu lagi bonus seterusnya? Tapi pasal lamaran dan perkahwinan Blaze dan Ice. Nak tak? UwU

Harap korang enjoy. Tata dan Assalamualaikum! XD :3

I Love You, Ice {✔}Onde histórias criam vida. Descubra agora