CHAPTER 9

330 34 13
                                    

Sambungan dari sebelumnya

Blaze POV

Insiden di library tadi memang tak dapat aku lupakan. Kenapalah aku yang malu, sedangkan aku yang nak tolong?
Ai..memang memalukan.

Tapi kalau tengok secara dekat, Ice ni nampak comel jugak sebenarnya. Walaupun kulit dia tu maca pucat sikit. Dah macam mana tak pucat, kalau malas sangat bergerak?

Aku juga teringat masa nak pulang tadi. Rasa macam ada sesuatu perasaan dalam hati aku. Tapi...aku tak tau. Korang tau tak apa dia?

Flashback on

Seusai belajar hampir 1 jam lamanya mereka segera mengemas barang dan alat tulis untuk pulang. Gempa, Taufan dan Solar menaiki kereta manakala Blaze, Ice dan Halilintar jalan kaki.

Malang menimpa. Hujanlah pulak! Kalau balik tak pakai apa2, konfem basah kuyup dan esoknya demam. Mujurlah Ice dan Blaze bawa baju hujan. Halilintar yang tsundere lak, nasib. Tak bawa apa pun.

Halilintar hanya duduk di sebuah bangku panjang yang terletak di perpustakaan itu dan menongkat dagu. Ibu bapanya tidak dapat menjemputnya awal dan  tidak bawa payung mahupun baju hujan. Jadi, macam mana nak balik? Maka dia perlu menunggu lama.

Ice berasa kasihan melihat
maka memberikan baju  hujan miliknya kepadanya. Hali yang menyedarinya bertanya.

"Kenapa kau bagi aku?"

"Takpe. Amik jelah. Kesian lak tengok kau ni." Katanya dan memberikan baju hujan tersebut kepada Halilintar.

"Tapi kau macam mana pulak? Takkan nak balik basah2 ni." Halilintar cuba menolaknya kerana risau akan keadaan Ice nanti.

Blaze baru selesai mencari baju hujannya terTONTON adegan tersebut memalingkan mukanya. Tak sanggup nak tengok. (Jeles ke?~ 😏)

"Takpe pun. Aku ada jaket. Boleh je nak pakai nanti. Kau ambik je. Simpan terus." Ice menunjukkan jaket yang diikat pada pinggangnya kepada Hali.

Hali mengambil baju hujan tersebut dan memakainya. Lalu mengucapkan terima kasih dan berlari ke rumah. Baru lari dah jatuh tergolek 3 kali. Hilang standard.😂

Ice dan Blaze juga on the way pulang kerumah. Mereka melalui laluan yang sama kerana rumah Blaze hanya di lorong sebelah rumah Ice je.

End Flashback

Entak kenapa...aku rasa cemburu? Ya. Kenapa perasaan tu ada dalam diriku? Ahh! Fikirlah Blaze! Kenapa?!

Kalau aku berpasangan dengan dia...kalian rasa kami serasi tak?

End Blaze POV

Esok di sekolah

Hari ni, kelas 5 Ikhlas ada kelas PJ. Jadi semua murid ke tandas untuk menyalin pakaian masing2.

Nak tau tak? Masa Ice nak pergi salin baju, nyaris lagi nak masuk tandas lelaki. Nasiblah Ying bagi warning (?) awal2. Kalau tak, faham2 jelah ye. Hehe :v

Masa bersukan, yang lelaki main bola sepak. Perempuan lak main bola baling. Ice dah berlebam muka pasal tak fokus masa main. Bagaimana? Easy Question. Tertidur masa main. Sampaikan orang lembang bola pun lena lagi. Haha 😅😂

30 minit berlalu dengan pantas. Wisel dibunyikan tandanya guru Pendidikan Jasmani iaitu Cikgu Mahrizal (cikgu saya sendiri. Pinjam nama dulu ye. XD) menyuruh mereka berkumpul dan melakukan aktiviti menyejukkan badan.

Macam biasa, lepas tarik hembus nafas, mereka tukar baju semula dan kembali ke kelas. Kelihatan guru Sains sudah menungggu. Dan apa lagi? Belajar lah.

WAKTU REHAT

Para murid dan guru keluar berpusu dari kelas dan bilik guru. Guru besar yang umurnya sudah mencecah 50 tahun sempat lagi joget main tiktok lagu Blackpink " Ice cream". Katanya nak jadi femes.
Haih...siapa punya anak lah ni...😑😅

Tersedar bekal makannya tertinggal, si empunya biru laut meninggalkan kawan kawannya yang lain untuk kembali kekelas. Sudahlah hari ni emaknya masak kuah favoritnya. Kuah ayam masak kurma woo.....😋

Baru saja tiba di pintu kelas, Ice terpandang Blaze yang kelihatan kepala ke kiri dan ke kanan. Seolahnya memastikan tiada orang disitu. Setelah memastikannya, Blaze menarik nafas lega.

Ice? Dia menyorok di tepi pintu luar kelas. Nak 'sekodeng' apa yang dia buat.

"Kenapa dia pakai baju sukan lagi? Bukan kena tukar ke?" Bisiknya perlahan.

P/s: Baju je tak tukar lagi. Seluar pakai. Jangan slh fhm lak. XD

Dengan selambanya Blaze membuka bajunya dalam kelas. Nasiblah takde orang. Kalau tak, bergegar satu sekolah dengan jeritan gadis!

Apa tadi? Dan terserlahnya kulit sawo matangnya serta badannya yang sedikit berotot (Fuh...) dan lengannya yang terlihat jelas.

Ice pula bagaimana? Pabila melihat tubuhnya yang dikatakan 'menggoda', segera dia menekup mukanya dan terlihat ada garis2 merah di muka maupun pipinya. Dalam hati ,mahu je dia jerit malu dan pengsan. Tetapi hakikatnya, perlu tahan.

Siap saja salin baju, Blaze mengambil duit poketnya dari beg dan berlalu pergi. Tak sedar pun Ice ada tepi pintu. Ice cepat2 mengambil bekalnya dan lari turun tangga. Hingga terlanggar guru perempuan yang angkat kertas ujian terjatuhkan kertas tu.

"Ice! Lambatnya kau! Gi daki gunung ke apa?!" Ying menyoalnya dengan tangan yang memegang dim sum kegemarannya.

"Ta-takde pape. Cepatlah makan. Nanti lambat lak!" Ice mengalih topik perbualan dan duduk di antara Ying dan Yaya.
Mereka tidak senyap. Melainkan berbual tentang pelbagai topik dan disalutkan dengan gelak tawa gadis itu.

Dari jauh, kelihatan seseorang memerhatikan mereka.

To Be Continued

Assalamualaikum. Maaflah dah lama tak update. Maaf juga pasal chapter ni pendek sangat. Author bebetul kurang idea ni. Huhu....TvT

Maklumlah, baru habis periksa. Jadi baru nak update. Terima kasih sebab sudi menunggu! Jumpa lagi di Chapter seterusnya! 🤗

Paling penting , jangan lupa vote dan komen!

I Love You, Ice {✔}Where stories live. Discover now