CHAPTER 19 (End)

437 35 45
                                    

"Baiklah. Semua mesti dah siap kerja sekolah yang cikgu bagi semalam kan?" Tanya Cikgu Ami berkenaan kerja sekolah berupa surat yang patut disiapkan semalam. Namun terdapat juga beberapa murid yang menggelabah dan gelisah kerana tidak siap kerja sekolah.

Kebanyakan murid di kelas 5 Jujur sudah menyiapkannya tetapi ada juga yang belum. Peluh mengalir dari muka ke tubuh.

"Siapa yang tak siapkan, berdiri kat luar sambil pegang katak sampai habis masa!" Denda diberi kepada sesiapa yang tidak menyiapkan kerja sekolah. 5 orang pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah tersebut hanya pasrah dan berdiri di luar. Bukan itu sahaja, katak besar yang telah mati turut dipegang di tangan. Rasa takut dan geli berleluasa.

"Okey. Semalam cikgu suruh tulis surat kepada orang yang disayangi kan?" Soalan keluar dari bibir Ami. Semua murid mengangguk.

"Hm..okey. Untuk hari ni, cikgu nak kamu baca surat yang kamu tulis di hadapan. Cikgu akan pilih secara rawak."

Ucapan Cikgu Ami membuatkan para pelajar menggelabah, takut dan gementar. Cikgu Ami tidak mengendahkannya malah bersiap sedia untuk mencari mangsanya.

"Saya nak mula dengan siapa dulu ek? Hm.." Wajah para pelajar diteliti sehabis-habisnya sebelum dipilih untuk membaca surat yang ditulis oleh para pelajarnya itu.

"Ha! Saya pilih awak yang tengah melukis kat belakang sana!" Jari telunjuk Cikgu Ami mengarah kearah seorang murid perempuan. Murid itu dikenali sebagai Khairunnisa atau panggilan mesranya ialah Runi.

P/S: Tak salah kan kalau masukkan diri sendiri dalam fanfic? 😅

"Runi, sila baca surat yang awak tulis ke hadapan."

Namun, arahan Cikgu Ami langsung tidak didengari oleh Runi. Semua mata memandang kearahnya. Sebaliknya Runi masih lagi leka melukis.

"Khairunnisa!!"

Runi terangkat kepala dan bahunya tanda terkejut. Pensel yang dipegangnya diletakkan atas meja. Melihat sahaja semua orang memandangnya, dengan gugup dia bertanya. Apabila difikirkan semula, menyesal pula dia buat kerja lain sewaktu pembelajaran berlangsung.

"Y-ya cikgu..? Ada apa?" Dengan gugupnya Runi bertanya semula kepada guru berkaca mata itu. Cikgu Ami mendengus kesal sambil membetulkan kedudukan cermin matanya.

"Baca surat yang kamu tulis tu kat depan. Lain kali jangan buat kerja lain masa pembelajaran berlangsung! Faham Runi?"

Runi mengangguk faham. Kemudian dia mengambil surat yang ditulisnya untuk dibaca dihadapan seisi kelas.

TIME SKIP

Sudah beberapa orang murid telah dipilih untuk membacakan surat mereka dan sekarang ialah waktu untuk murid terakhir untuk membacanya.

"Cikgu nak pilih siapa pula ya? Em..."

Matanya yang ditapis lagi dengan kaca mata sibuk mencari mangsa terakhirnya. Selepas beberapa detik barulah dia terjunpa mangsa terbaru.

"Aha! Blaze Fire sila baca surat kamu ke depan."

Gulp! Ah mampuslah Blaze! Dahlah isi surat yang dia tulis tu bukan main puitis dan romantik! Tapi kerana takut, Blaze bangun, kedepan dan menghadap seisi kelas.

Tangannya terketar-ketar dan tubuhnya seakan mahu meletup. Setiap perkataan keluar dengan terketar-ketar dari bibirnya.

"Kehadapan kawan baikku,

Apa khabar awak sekarang ni? Saya harap awak gembira selalu. Jika awak ada masalah, ceritakan sahaja. Saya sedia mendengar luahan hati awak.

I Love You, Ice {✔}Donde viven las historias. Descúbrelo ahora