BAB 4

394 39 0
                                    

JESSE menaiki sebuah tiub dengan dinding kaca dengan berhati-hati. April yang berada di sebelah Jesse hanya memerhati Jesse.

Jesse dan April sekarang berada di pusat pemeriksaan mental dan fizikal. Jesse mahu mengetahui sampai mana kekuatan fizikalnya masih ada dan memeriksa jika keadaan tubuhnya saat ini masih baik-baik saja atau dia perlukan banyak latihan lagi untuk mengembalikan kekuatannya seperti dahulu.

Setelah pintu kaca tiub itu ditutup dengan erat, penjaga yang bersama mereka menekan butang untuk memulakan sesi pemeriksaan.

Cahaya berwarna biru muncul dari atas dan turun ke bawah dengan kelajuan stabil, memeriksa keseluruhan fizikal Jesse.

Jesse hanya diam. Matanya hanya memandang sekeliling tiub itu. Dia ingin tahu alat teknologi yang digunakan di dunia ini. Dalam pemantauan Jesse, alat di dunia ini ada maju sikit dari dunia dia yang sebelum ini.

Beberapa minit saja, pemeriksaan pada Jesse pun siap.

Jesse menapak turun dari tiub pemeriksaan tadi. Dia berdiri di depan petugas tadi untuk menunggu keputusan.

April segera berdiri di sebelah Jesse dan ikut menunggu.

Petugas tadi menyerahkan sekeping kertas kepada Jesse. Jesse menyambut kertas itu sambil mengucapkan terima kasih. Dia dan April pun tidak membuang masa untuk memeriksa kertas itu.

"Damn, berat saya cuma sebegini?" kata Jesse perlahan.

April menoleh ke arah Jesse untuk sekejap sebelum dia memandang kembali ke arah kertas tadi. Mulutnya yang ternganga besar itu tidak ditutup sejak tadi.

Kerana perbuatan Jessica berlapar selama dua minggu dan beberapa minggu lagi ditahan di hospital, berat badan Jessica menurun secara mendadak. Saat ini berat badan dia sudah pun menurun kepada 40kg.

"Yang saya ingat, berat badan kau sebelum ini adalah 52kg. Wah, saya tidak sangka berat kau akan turun 12 kilo," kata April.

Giliran Jesse memandang April dengan mulut ternganga. "What?"

April mengangguk laju. "Ya, saya ada periksa kad pemeriksaan kau dulu. Oh, maaf... Saya bukannya sengaja nak pergi periksa. Saya cuma nak tahu saja."

Jesse tidak kisah jika April sudah berani memeriksa hasil pemeriksaan Jessica sebelum ini kerana Jesse sendiri pun tidak ingat berat badan Jessica sebelum ini.

'Gilalah, Jessica sudah diet habis sebelum ini tapi berat dia cuma turun sekilo-sekilo saja... Tapi bila berat badan dia sudah turun begini, Jessica sudah... Aiyoo, tidak sempat pula dia tengok hasil berat badan dia ni. Mesti dia gembira nampak berat badan dia yang sudah menurun ni...'

Jesse dapat mengagak yang Jessica berusaha menurunkan berat badannya dengan cepat setelah Jesse melihat kepada semua memori Jessica.

Kalau bukan Jessica berdiet melalui makanan, dia akan berlatih dengan keras agar berat badannya turun. Sebab itulah kenapa badan Jessica sebelum ini dipenuhi dengan otot-otot tegap.

Memikirkan badan Jessica yang berotot tegap macam lelaki membuatkan badan Jesse meremang secara tiba-tiba.

Dia bukannya tidak suka badan yang berotot tapi jika lelaki yang mempunyai badan berotot tegap itu, Jesse tidak kisah. Cuma dia bukan penggemar badan yang berotot tegap.

Jesse memeriksa badannya, dia melihat badannya masih lagi berotot tapi tidak terlalu ketara. Jesse menghembus nafas lega dalam diam. 'Tak mengapa mungkin kalau hanya ada sikit otot dalam badan saya.'

"Apa yang kau akan buat, Jess? Kau perlu latihan banyak lagi kalau kau nak kembalikan badan kau macam yang dulu," kata April dengan wajah yang agak risau.

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now