BAB 34

231 26 6
                                    

Jesse melutut di depan seorang tentera yang terduduk di atas tanah sambil bersandar di sebuah batu sebagai sokongan. Tangan kanannya memegang perutnya yang sudah terluka sementara tangan kirinya sedang memegang senjata.

Ketika dia melihat ada Jesse, wajahnya bertukar menjadi gembira walaupun masih ada kerutan kerana menahan sakit.

"Hold on, alright. I will take a look at you first!" Jesse berkata lalu dia memeriksa luka pada tentera itu.

Tentera itu hanya mampu menganggukkan kepalanya dan membiarkan Jesse melakukan kerjanya kerana saat ini dia memang memerlukan bantuan dari Jesse.

Walaupun di saat situasi perang begini, Jesse masih lagi sempat memeriksa keadaan tentera itu.

Tidak lama kemudian, Ace pula tiba di tempat itu dan melihat Jesse yang sedang memeriksa keadaan tentera tadi.

"What are you doing? We don't have time to treat patient right now! Let's go. You will get killed if you stay here!" ujar Ace.

Jesse menggelengkan kepalanya. "Saya tidak akan tinggalkan dia di sini jika saya tahu saya boleh selamatkan dia."

Ace tidak dapat menghentikan Jesse lagi bila wanita itu sendiri yang degil mahu memeriksa keadaan tentera tadi. Dia melihat ada beberapa ekor Dark Monster yang kecil tapi ganas sedang menuju ke arah mereka. Lelaki itu dengan cepat menembak Dark Monsters itu agar tidak menyerang Jesse atau tentera yang luka tadi. 

Oleh kerana dia tidak dapat menghentikan perbuatan Jesse, setidaknya dia akan melindungi wanita itu.

"He was injured severely, we must take him back to the base." Jesse memusingkan kepalanya ke arah Ace pula.

"We can't take him right now. Besides, we were in a battle zone. We will die together if we take him with us..."

Jesse menggetap bibirnya. Dia memandang sekeliling dan tahu kalau apa yang dikatakan oleh Ace itu ada betulnya. Tapi dia juga tidak mahu meninggalkan tentera itu di sana kerana dia merasakan tentera itu masih boleh diselamatkan lagi.

Jesse memandang tentera itu lagi. "Don't worry. I'll get you home!"

Tentera itu tersenyum senang saat mendengarkan kata-kata Jesse. Walaupun pendek tapi ayat itu sudah mampu menenangkan hatinya kerana saat ini dia sudah merasa putus asa untuk kembali.

"Saya masih ingat jika ada kapal perang yang akan datang ke bahagian tanah lapang di atas bukit sana untuk menghantar bantuan tentera ke sini. Jika saya boleh bawa dia ke sana, dia boleh kembali ke base untuk dapatkan rawatan..." Jesse berkata kepada Ace.

Ace kemudian memandang Jesse dengan perasaan tidak percaya. "Are you serious? Kau tahu tempat itu sangat jauh dari sini, bukan?"

"Saya tidak akan paksa kau kalau kau tidak mahu. Saya yang akan hantar dia sendiri," kata Jesse pula. Tanpa menunggu balasan dari Ace, Jesse terus memapah tentera itu secara berhati-hati, tidak mahu membuatkan kecederaan tentera itu bertambah lagi.  

Mahu tidak mahu, Ace terpaksa juga mengikuti Jesse dari belakang agar dia boleh melindungi mereka berdua.

Mereka melewati setiap kawasan yang dipenuhi dengan kebakaran. Mereka hampir tiba di kawasan tanah lapang tapi tidak disangka muncul pula seekor Dark Monster yang besar di depan mereka.

Jesse terkejut dan segera berhenti.

Ace segera bergerak ke depan mereka dan mengacukan senapangnya ke arah Dark Monster itu. "Get back!"

Ace bertarung dengan Dark Monster itu sambil mengalihkan perhatiannya dari Jesse dan tentera cedera yang dipapahnya. "Go! I'll distract this monster. Go and take him!"

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now