BAB 43

214 16 4
                                    

DALAM masa beberapa hari kemudian, Jesse dan April pun dipanggil oleh Jeneral Han ke pejabatnya. Jeneral Han memberitahu mereka berdua jika keputusan mereka untuk berpindah ke institusi perubatan sudah diluluskan oleh pihak atasan.

Memandangkan Jesse mempunyai surat persetujuan yang diberikan oleh Jeneral Caleb, dengan senang urusan Jesse berpindah ke institusi perubatan diluluskan.

April juga telah diluluskan untuk berpindah bersama Jesse. Dia sudah mengambil ujian semasa Jesse pergi ke benteng kota.

Jeneral Han menyuruh mereka untuk melaporkan diri dalam masa seminggu ke pejabat institusi perubatan.

Jesse merasa lega kerana akhirnya dia boleh keluar dari kumpulan Beta. April yang juga merasa gembira dengan berita yang menggembirakan ini mencadangkan kepada Jesse untuk keluar dan meraikan kejayaan mereka.

Jesse bersetuju dengan cadangan April dan mereka akan keluar bersama dengan Cris dan Stephen nanti. Jesse juga bercadang mahu menjemput Sydney bersama mereka.

Seperti yang dirancang, mereka berlima pun keluar untuk merayakan kejayaan Jesse dan April berpindah ke institusi perubatan.

Mereka memilih salah satu restoran yang terletak di tepi sebuah tasik. Restoran itu bukanlah seperti restoran biasa. Kebanyakan pelanggan yang datang ke sini hanya datang untuk meminum alkohol kerana di tempat ini, minuman alkoholnya adalah yang terbaik.

"Korang makan apa saja yang korang mahu, biar saya yang bayar untuk hari ini!" kata Cris kepada semua kawannya.

Sydney sangat gembira dengan kata-kata Cris. Lagipun, siapa yang tidak suka makanan percuma kan?

Sydney sudah pun berkenalan dengan Cris dan Stephen setelah Sydney sudah menjadi rakan Jesse dan April. Cris tidak kisah jika ada seorang lagi rakan baru Jesse dan Sydney juga nampaknya selesa berkawan dengan Cris dan Stephen.

Pada mulanya Sydney juga tidak suka dengan perangai Stephen yang selalu acuh tidak acuh tapi setelah Jesse meyakinkan Sydney yang perangai Stephen memang begitu, akhirnya Sydney pun berani mengusik Stephen.

"That's great! Saya selalu nak minum arak dengan kawan-kawan saya! Alright, ladies! Let's drink until the dawn!!!" Sydney yang teruja itu terus menarik tangan Jesse dan April menuju ke tingkat atas.

Di tingkat atas, ada sebuah balkoni yang terbuka di mana pelanggan boleh duduk bersantai sambil menikmati pemandangan di tasik. Selain itu, di bahagian luar restoran juga disediakan tempat duduk untuk pelanggan. Mereka yang suka dengan angin di luar boleh juga duduk di sana.

Keadaan di balkoni restoran itu juga sangat luas, selesa dan cantik. Di sekeliling kawasan balkoni itu dihiasi dengan lampu berwarna-warni. Manakala di bahagian tempat duduk disediakan bantal-bantal kecil untuk pelanggan dan malah setiap kerusi juga dilapisi dengan bantal empuk.

Cris tersenyum melihat gelagat tiga orang wanita itu. Mereka sudah pun berlari ke tangga tanpa menunggu Cris dan Stephen. Cris tidak mengikuti para wanita itu. Dia dan Stephen pergi ke kaunter untuk memesan makanan dan minuman mereka.

Stephen bersandar di kaunter sambil menunggu Cris siap membuat pesanan. Sambil itu, dia bercerita dengan Cris. "It's hard enough to keep up with one woman, sekarang kenapa tiba-tiba datang lagi satu yang sama hyperactive macam Jessica?"

Cris sekadar ketawa dengan kata-kata Stephen. Dia tahu Stephen bukannya membenci kehadiran Sydney tapi lelaki itu hanya mengeluh kerana Sydney selalu mengusik dan mengganggu dia bila ada peluang.

"Tapi baguslah kalau Jessica sudah ada kawan baru... At least she wasn't lonely like before... Selagi kawan baru Jess itu tidak melukakan Jess, saya biarkan saja mereka berkawan..."

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now