BAB 25

247 26 0
                                    

"Urgh! Dang it!"

Jesse berhenti sekejap dan bersandar pada bebatuan yang berhampiran. Dia memegang tangan kirinya yang berdarah. Jesse melontarkan pandangan ke hadapan, memeriksa keadaan sekeliling yang hanya dipenuhi dengan asap hitam dan ledakan demi ledakan yang berlaku.

Muncul seekor Dark Monsters yang sekecil anak harimau dan tanpa teragak-agak, Jesse menembak Dark Monsters itu. "Betulkah saya ni berpindah ke dunia lain? Kenapa saya rasa saya pindah ke dunia movie eh? Bukankah benda macam ni saja yang ada di movie?"

"Mana pula teammates saya yang lain ni?" gumam Jesse seorang diri.

Jesse terpisah dari kumpulannya setelah satu kejadian letupan yang berlaku diantara mereka. Lebih teruk lagi bila Jesse terpelanting di tepi lereng dan sekarang dia tidak tahu hendak ke mana. Nasib baik lereng tempat dia jatuh itu tidak curam dan di bawahnya adalah sungai.

ROBIN: [Jess, Jess... Can you hear me? Are you alright?]

JESSE: [Yeah, yeah.. I'm fine...]

VERNON: [Where the hell are you?]

JESSE: [Urm... Masih di war zone I think. Kau ni tanya benda yang sudah ada jawapan.] Sempat lagi Jesse menyindir Vernon saat ini.

VERNON: [I'm not joking around, woman. Kita kena bergabung bersama untuk membunuh The Controller tu... Barulah perang ini akan habis.]

QUINCY: [I found where The Controller is... Dia ada di 100 kilometer dari sini, arah Selatan. Jess, saya akan hantar koordinat The Controller tu pada kau dan kau perlu pergi ke sana. We will meet there!]

Jesse mengeluh dalam diam. [Roger that.]

'Baik, mari kita selesaikan perang ini dan pulang secepat mungkin. Supaya saya boleh berehat dan tidak perlu berada di tempat neraka macam ni!'

Ketika dia melihat ada Dark Monsters yang berhampiran, dia akan menembak Dark Monsters itu. Dia juga menolong tentera-tentera lain yang diserang.

Jesse mengikuti peta yang diberikan oleh Quincy melalui hologram di dalam topeng kepalanya. Ketika dia melintasi sebuah kawasan, dia melihat ada sekumpulan tentera di sana yang sedang berkumpul. Bila Jesse merenung dengan teliti siapakah kumpulan ini, barulah dia menyedari yang kumpulan ini ialah kumpulan Alpha.

Jesse melihat ahli lain yang mengelilingi Kayden. Kayden saat itu sudah bersandar di tepi sebuah dinding batu sambil memegang bahunya. Malah topeng yang seharusnya mereka pakai juga sudah dibuka.

"Hey, what happen?" Jesse segera menghampiri mereka dan bertanya apa yang berlaku.

Saat mendengar suara Jesse, Mark menjadi lega dan gembira. Dia segera menarik tangan Jesse agar segera memeriksa keadaan Kayden. "Can you help him? He got hurt and need medical attention."

Kayden melihat orang yang ditarik oleh Mark ialah Jesse. Wajahnya yang sudah berkerut kerana menahan sakit menjadi semakin berkerut. Dia tidak mahu Jesse ada di sini saat ini kerana dia berfikir jika Jesse akan berbuat sesuatu yang pelik.

"Dalam banyak-banyak orang, kenapa dia, Mark?"

"Shut up, Kayden. Kau sudah terluka dan perlukan bantuan medic. Jangan banyak bergerak dan biarkan Jess buat kerja dia," kata Mark dengan tegas menyuruh Kayden untuk diam.

Kayden mahu membantah lagi tapi Jesse tidak peduli dengan kata-kata Kayden. Dia segera membuka topengnya dan segera berlutut di depan lelaki itu. Dia meneliti keadaan Kayden yang sedang memegang bahu kirinya. Di sekeliling bahu dan lengan kiri Kayden mempunyai kesan terbakar dan darah mengalir dengan banyak.

Jesse menarik keluar sebatang silinder kecil dari paha kanan di seragam perangnya. Batang silinder itu adalah sejenis bahan ubat yang digunakan oleh tentera X-Forces di zon perang. Ubat ini menyerupai ubat tahan sakit tapi lebih efektif kerana ubat ini juga mampu menghentikan pendarahan darah secara berterusan.

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now