BAB 27

253 30 1
                                    

>>Who are you?<<

Jesse menunjukkan wajah bingung ketika The Controller itu bertanya soalan seperti itu. "Apa maksud kau siapa saya? Kau tidak nampak saya ini ialah seorang manusia?"

The Controller tersebut tidak mempercayai Jesse begitu saja. Ia menggerakkan Jesse ke kiri ke kanan, membiarkan Jesse terhayun ke sana ke mari.

>>No, you're not a normal human. I can feel it in your soul. Kau berbeza dari manusia yang biasa.<<

Kali ini Jesse sedar apa yang ingin dikatakan oleh Controller itu. 'Controller ni boleh tahu kalau saya bukan berasal dari sini?'

"What do you mean by that? Kau tidak nampak saya ini sekadar manusia biasa?"

>>Kamu nak cuba memperdaya saya, manusia yang lemah? Tidak mungkin sangkaan saya ini salah!<<

Di dalam jiwanya, Jesse mula merasa panik. Dia boleh melihat kalau The Controller ini sudah mengetahui yang dia bukanlah manusia biasa, melainkan seseorang yang datang dari dunia lain.

>>HEHE... Anyway, it doesn't matter. Kalau saya makan kau, mungkin kekuatan saya akan semakin bertambah. Kau nampak unik dan ini sangat sesuai untuk saya. Huh, today is my lucky day. Saya tidak sangka saya akan dapat makanan yang paling berharga seperti ini!<<

Wajah Jesse menjadi pucat setelah mendekati rancangan makhluk mengerikan itu. Dia tidak mahu menjadi santapan makhluk ini dan tidak rela mati dalam keadaan seperti itu. Jesse harus melepaskan diri dengan segera. Sedang dia berfikir bagaimana caranya dia boleh melepaskan diri dari cengkaman makhluk ini, Jesse teringat yang dia menyimpan pisau kecil di belakang pinggang di seragam perangnya.

'Dang it! Kenapa saya boleh lupa yang saya ada pisau? How stupid!'

Jesse lekas menarik keluar pisau itu. Dia mengangkat badannya ke atas. Pisau tadi digunakan untuk menyerang tangan The Controller yang masih memegang kakinya.

Satu luka hirisan yang panjang terbentuk di tangan makhluk itu. Kerana merasa kesakitan, ia terpaksa melepaskan Jesse dan memegang tangannya. Suara pekikan yang nyaring dan mengerikan memenuhi ruangan itu.

Badan Jesse terhempap ke atas bebatuan dengan keras. Walaupun sakit, Jesse mengabaikan perasaan sakit itu dan merangkak untuk menjauhi dari makhluk tadi. Ini adalah kesempatan besar untuk dia melarikan diri.

Setelah merangkak jauh beberapa meter dari makhluk itu, barulah Jesse berdiri dan berlari meninggalkan tempat itu. Dia tidak mahu ditangkap ketiga kali oleh makhluk menakutkan ini.

Makhluk itu melihat Jesse sudah melarikan diri dan ia menjadi semakin marah. Ditambah lagi dengan luka di tangannya yang disebabkan oleh wanita ini.

>>How dare you! You just a small creature, soon to be my food. You think you can run away from me! HAHAHAHAHA!<<

Jesse terus berlari, tidak berani untuk berhenti walaupun sedetik. Jika dia berhenti, tentu dia akan ditangkap lagi.

'Okey, jangan terlalu cemas. Saya hanya perlu alihkan perhatian dia dan berhati-hati supaya tidak ditangkap. Vernon dan yang lain sudah dalam perjalanan ke sini. Dorang mungkin tidak jauh dari tempat ini. Saya hanya perlu bertahan dan menunggu dorang datang.'

Jesse berlari di setiap kawasan, berusaha agar dia boleh menghindar daripada ditangkap oleh The Controller itu. Memandangkan sekarang senjata yang hanya dimiliki oleh Jesse adalah sebilah pisau, Jesse tahu jika dia ditangkap lagi, nyawanya akan hilang.

Tapi baru saja Jesse sampai di satu kawasan yang mempunyai banyak bebatuan yang membentuk gerbang, The Controller tadi muncul secara tiba-tiba di depan Jesse.
Jesse terkejut dan segera berhenti.

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now