BAB 51

177 19 3
                                    

Bukan hanya sekali Jesse mendapat mimpi buruk seperti itu. Setelah dia bermimpi di mana Ratu Dark Monster sudah menguasi badan perempuan blond tersebut, Jesse sering mendapat mimpi buruk setiap malam. Disebabkan itulah Jesse tidak mendapat rehat yang cukup.

Pekerjaannya menjadi terganggu dan Jesse sering berkhayal kerana asyik memikirkan mimpi buruk yang dialaminya.

Aaron juga sedar yang Jesse akhir-akhir ini tidak fokus dengan kerja mereka. Akhirnya, dia membenarkan Jesse untuk mengambil masa rehat lebih.

Jesse yang dibenarkan rehat itu pergi ke kawasan taman buatan yang disediakan di sebuah bangunan kecil. Walaupun badannya merasa sangat penat tapi Jesse tidak berani untuk tidur kerana takut akan bermimpi benda yang sama.

"Kenapa saya asyik mimpikan benda yang sama? Apakah yang terjadi di mimpi tu adalah betul?" Suara berbentuk bisikan keluar dari mulutnya.

Jesse mengeluh kecil dan mengusap kepalanya yang mula terasa pening. Jesse mencapai tin minuman yang terletak di meja berhadapan dengannya.

Tin minuman itu dibuka sebelum Jesse meneguk minuman itu sebanyak tiga kali.

'It would be crazy if that dream really comes true..'

"You don't look too good. What happen to you?" Sebuah suara milik lelaki terdengar menyapa Jesse.

Jesse menoleh ke arah pemilik suara tersebut.

Di dekatnya, ada Kayden yang sedang berdiri sambil memerhati Jesse.

"Kenapa kau ada di sini?" tanya Jesse.

Kayden berjalan mendekati tempat Jesse duduk. Dia pun melabuhkan punggung di tempat duduk yang berhadapan dengan Jesse. "Kenapa? Saya tidak boleh datang ke sini?"

"Saya tidak maksudkan seperti itu. Saya cuma nak tahu kenapa kau boleh berada di sini sedangkan sekarang ini masa kerja."

Jesse meneguk minuman itu lagi.

"I should say the same to you. Why are you instead of working? Kau curi tulang atau apa?" Kayden bertanya dengan sengihan kecil.

Sesaat sahaja, jelingan kecil diberikan oleh Jesse kepada Kayden. "Apa kau cakap?"

Kayden tertawa melihat Jesse yang sudah terlihat marah itu. "Actually, saya datang ni sebab ada benda yang saya nak beritahu kau..."

Kening kanan Jesse terangkat. Dia merasa ingin tahu pula apa yang ingin Kayden katakan. "Saya harap kau tidak mengungkit apa yang terjadi di masa lalu..."

Kayden tidak membidas. Malah dia hanya menatap Jesse dengan renungan mata tenang.

Melihat sikap Kayden yang hanya mendiamkan diri itu membuatkan Jesse menjadi salah sangka. Dia pun mula bercakap dengan suara geram,"Kau nak cakap benda masa lalu saya lagi? Benda tu sudah lama berlalu... Kenapa kau nak bangkitkan lagi?"

"I just want to say... Thank you." Kayden tidak menunggu Jesse bercakap lebih lama. Dia segera mengutarakan apa yang terbuku di dadanya.

"Walaupun di masa lalu saya sangat - Apa tadi?"

Kelu lidah Jesse sekejap setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Kayden tadi. Rasanya dia sudah salah dengar. Ada perkataan yang dikatakan oleh Kayden yang Jesse rasa lelaki itu tidak pernah akan ucapkan pada sesiapa, terutama pada dirinya.

Melihat wajah Jesse yang sudah bertukar menjadi terkejut itu, Kayden pun kemudian menolehkan kepalanya ke tepi. "Thank you... For helping me before."

Jesse membuka mulutnya tapi tiada suara yang keluar dari mulutnya. Sah, memang dia memang betul-betul terkejut.

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now