BAB 20

277 30 1
                                    

JESSE selesai mengubati tiga orang pesakit setakat ini. Kerana Jesse kehabisan peralatan perubatan di troli, dia terpaksa mencari peralatan perubatan di troli lain. Ketika melihat peralatan di juga sudah sedikit di troli lain, Jesse mengeluh tidak senang hati. 'Macam mana nak rawat patient kalau peralatan pun tidak lengkap? Kenapa Jeneral di tempat ini tidak kisah tentang keadaan tempat ni?'

"Sepatutnya, kawasan perubatan inilah yang perlu diutamakan sebab semua Tentera perlu dirawat dan dijaga sebelum perang seterusnya ada. Ini tidak, mereka cuma dibiarkan berbaring di sini, dirawat ala kadar saja... Entah boleh hidup atau tidak dorang ni di sini..." Jesse sedang membebel ketika dia sedang memungut peralatan perubatan di dalam sebuah troli.

Selesai dengan peralatan perubatan itu, Jesse pergi lagi mencari pesakit yang mengalami luka yang teruk. Dengan sabar, Jesse merawat mereka.

Setiap kali dia kehabisan ubat atau bahan pembalut, dia akan memeriksa setiap troli yang ada di Ruang Perubatan ini. Ketika dia sedang mengumpulkan peralatan perubatan untuk merawat pesakit seterusnya, dia mendengar ada suara orang lain sedang berbual.

Suara itu terdengar lebih kepada bebelan di telinga Jesse. Dia ingin tahu apa yang terjadi. Kerana dia sedang duduk mencangkung di tepi troli perubatan, dia terpaksa berdiri sedikit supaya dia boleh melihat siapakah yang sedang membebel.

Jesse melihat ada Mark dan Connor sedang berdiri di dekat sebuah katil. Mark ialah orang yang sedang membebel tadi dan mangsa bebelan dia ialah Ace sendiri.

Melihat Ace yang dimarahi oleh kawannya sendiri, mengundang rasa lucu di hati Jesse. Suara tawa kecil keluar dari mulutnya. Dia merasa lucu kerana Jesse melihat Ace sebagai seorang tentera dengan personaliti yang dingin dan dipandang tinggi oleh para tentera lain. Dia tidak pernah bayangkan jika suatu hari nanti yang Ace akan dimarahi oleh temannya sendiri.

Jesse membiarkan mereka berbual sambil memerhati Mark yang mula merawat luka Ace. Saat itu, Ace sudah duduk di atas katil dan sudah membuka baju yang dia pakai, meninggalkan tubuh berototnya terserlah.

Kalau Jesse melihat tubuh sasa lelaki itu, mungkin dia juga akan terpesona tapi saat ini, bukan itu yang dia perhatikan. Sebaliknya, dia sedang memerhati cara Mark mengubati luka Ace dan cara Mark membalut luka kawannya.

'Apa dia fikir Ace tu mumia? Kenapa dia balut badan Ace dengan kain tebal begitu?' Sakit kepala Jesse menyerangnya saat ini setelah melihat hasil kerja Mark yang tidak kemas itu. Mahu tidak mahu, Jesse harus pergi ke tempat mereka.

"Mark, you did it in the wrong way. Bukan macam ini kalau kau nak balut luka pesakit..."

Tiga orang tentera itu memusingkan kepala mereka saat mereka mendengar suara Jesse menegur Mark.

Mark terus berubah dari serius menjadi gembira saat dia melihat Jesse. "Jess! Apa yang kau buat di sini?" Ace di depannya sudah tidak dipedulikan lagi.

Jesse menahan dirinya supaya biji matanya tidak dipusingkan kerana geram. "Saya di sini sebab saya sedang jalankan tugas saya. Apa lagi yang saya akan buat di sini?"

"Huh? Jalankan tugas kau? Apa tugas kau di sini?" Mark menggaru kepalanya dengan wajah bingung.

"Kau bukan perawat yang dilantik, jadi apa yang kau buat di sini?" Connor bertanya pula, dengan sebelah keningnya dinaikkan.

Hanya Ace saja yang mendiamkan diri tapi matanya tetap menatap ke arah Jesse.

"Itu tidak penting." Jesse menolak Mark ke tepi dan memeriksa keadaan Ace yang sudah sedikit lagi berubah menjadi mumia disebabkan oleh Mark. Dia membuka semula balutan yang membalut luka Ace. "Cara kau balut luka dia ni salah, Mark. Bukan begini caranya..."

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now