BAB 23

247 28 1
                                    

JESSE menghembus nafas lega dan dia duduk di atas sebuah astaka kecil disediakan di tempat itu. Tangan kanannya sedang memegang sehelai tuala dan dilapnya peluh yang menitik di dahi dan leher. Jesse melirik ke arah kumpulan Beta yang sedang berkumpul tidak jauh darinya.

Ketika matanya melekat ke arah Vernon, Jesse teringat memori lama Jessica. Sebelum ini, setiap kali mereka siap latihan, Jessica akan berkepit dengan Vernon. Apa yang dia buat, dia akan menolong mengelap peluh Vernon dan memberikan minuman kepada lelaki itu. Jessica tidak suka berlatih dan lebih suka berkepit dengan Vernon semata-mata mahu menjaga lelaki itu.

Jesse mencemuh dalam diam. Dia tidak percaya yang Jessica adalah wanita yang bodoh kerana selalu mencuba mencari perhatian Vernon tapi pada akhirnya, lelaki itu tidak pernah menghargai kebaikan dia. 'Why can't you realize it before, Jessica? Semua yang kau buat selama ni jadi sia-sia dan akhirnya kau meninggal tanpa sebarang makna bagi lelaki ni...'

"Nah!"

Jesse yang sedang tenggelam dalam dunia khayalannya sendiri, perlahan-lahan menggerakkan kepalanya ke depan. Ada sebuah botol minuman yang masih baru dihulurkan kepadanya. Kepala didongakkan supaya dia boleh melihat dengan kelas wajah orang yang sudah baik hati memberi dia air.

Robin berdiri di depan Jesse dengan wajah kosong. Tapi botol tadi masih dihulurkan. Pada akhirnya, Jesse pun mengambil botol itu dari tangan Robin.

"Thanks."

Robin kemudian duduk di bahagian tempat duduk yang tinggi sedikit dari Jesse. Botol minuman yang dipegangnya dibuka.

"So, sampai bila kita akan stay di sini kali ini? Adakah misi kali ini lebih lama dari yang sebelum ini?" tanya Jesse. Dia tidak tahu kenapa Robin tiba-tiba jadi baik padanya tapi Jesse tidak menolak. Selagi Robin tidak berbuat apa-apa yang membawa masalah kepada Jesse, dia akan membiarkan lelaki itu buat apa yang dia mahu.

"Who knows. Mungkin kita akan stay di sini lama sikit. Keadaan di sini masih belum tenang sepenuhnya. Dark Monsters tu akan menyerang bila-bila masa saja..." jawab Robin sambil meletakkan botol minuman tadi di sampingnya.

Selepas itu, Jesse pun mendiamkan diri. Dia tidak mengatakan apa-apa selain daripada merenung genggaman tapak tangannya. 'Maknanya, saya perlu bertahan hidup di sini sehinggalah saya boleh kembali ke kota lagi...'

Melihat yang mereka tidak perlu berlatih lagi setelah ini, Jesse memilih untuk beredar dari kawasan latihan. Dia mahu pergi ke Bilik Perubatan untuk memeriksa keadaan pesakit yang ada di sana.

"Oh, Jesse!! Kau datang pun!"

Sebaik saja Jesse sampai di Bilik Perubatan, dia sudah pun disapa oleh Mark. Tidak cukup dengan itu, Mark juga menarik tangan Jesse dan membawa dia ke satu tempat.

"Eh, apa main tarik ni? Kau nak bawa saya ke mana pula?" Jesse merasa rimas kerana ditarik sesuka hati oleh Mark. Ingat saya ni anak patung yang boleh kena tarik ke hulu ke hilir ke?

"You help Ace yesterday so you have to help him again. Luka di bahu dia berdarah lagi sebab dia paksa berlatih tadi. Jadi saya bawa dia ke sini supaya kau boleh rawat luka dia. Untung saja kau pun baru masuk tadi... Tapi kalau kau tiada di sini pun, saya tak kisah nak cari kau di serata tempat ni!" Mark seolah-olah tidak peduli dengan perasaan Jesse. Dengan wajah cerianya, dia terus mengheret Jesse ke tempat Ace sedang berada.

Kayden sedang merawat luka Ace apabila dengan tiba-tiba Mark datang bersama dengan Jesse. Berkerut dahi lelaki itu melihat ada Jesse. Dia memandang Mark dan Jesse silih berganti dengan wajah dingin. "Kenapa kau bawa dia ke sini?"

"Jesse yang tolong rawat Ace sebelum ni jadi saya bawa dia ke sini supaya dia boleh tolong Ace. Don't worry, she is an expert in this," Mark sekadar menunjukkannya sengihan yang lebar, berlagak seperti seorang anak kecil yang memenangkan piala emas setelah sebuah pertandingan.

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now