BAB 19

274 28 3
                                    

Ketika Vernon dan Quincy sudah hampir kalah mahu melawan The Controller itu, Jess bersama dua orang lelaki itu segera turun dari atas pokok dan menolong mereka.

"Saya sudah letakkan bom itu di sana. Kita kena ikat The Controller ini supaya ia mati terkena bom itu," Quincy meluruskan jari telunjuknya ke arah pokok di mana dia meletakkan bom tadi.

"Biar saya yang buat!" teriak Heidi pula. Kerana dia sudah diikat oleh makhluk itu tadi, kini Heidi ingin membalas dendam pada makhluk itu. Dia mengeluarkan segulung tali terbuat dari bahan elastik tapi kuat dari dalam beg kecil di tepi pinggangnya.

"Kau ke sebelah sana, saya akan ke sebelah sini. Kita tarik dia ke pokok tu!" Heidi melemparkan hujung tali tadi ke arah Robin. Bersama-sama mereka berlari ke arah makhluk tadi dan menarik dia ke pokok yang disuruh oleh Quincy tadi. Mereka dengan pantas membuat pusingan untuk mengikat makhluk itu.

Makhluk itu mencuba untuk melepaskan diri dan suara ngaumannya terdengar ke seluruh arah.

"Okey bagus! Jangan sampai terlepas lagi!" teriak Quincy.

Makhluk itu meronta-ronta ingin melepaskan diri tapi tidak berhasil. Robin dan Heidi mengikat tali itu di batang pokok yang teguh untuk mengelakkan makhluk itu daripada terlepas.
Vernon melepaskan tembakan ke kepala makhluk itu. Walaupun peluru itu tidak akan membunuh makhluk itu, setidaknya peluru itu boleh melemahkan makhluk tersebut.

"Okey, siap! Ayo pergi!" teriak Heidi.

Setelah mereka menyelesaikan mengikat makhluk itu, Vernon memerintahkan mereka untuk keluar dari kawasan gua itu. Mereka tidak membuang masa dan segera keluar dari gua tersebut.

Mereka sempat keluar dari gua itu ketika bom yang dipasang oleh Quincy meletup. Kerana letupan itu sangat kuat, mereka harus bersembunyi di sebalik batu atau serpihan-serpihan bangunan supaya tidak terkena batu-batu yang terbuang.

Jesse menghembus nafas lega dan bersandar pada batu besar tempat dia bersembunyi tadi. Dia merasa lega kerana mereka sudah berjaya membunuh The Controller itu.

Setelah The Controller itu berjaya dibunuh. Dark Monsters yang lain perlahan-lahan mulai melemah. Dengan keadaan ini, kemenangan pun berpihak kepada tentera X-Forces. Setelah perang yang berlangsung agak lama, akhirnya mereka kembali lagi ke kawasan pangkalan utama untuk berehat.




SEBAIK saja mereka sampai di pangkalan utama, Jesse tidak tinggal lama-lama di dekat kumpulannya dan terus kembali ke dormnya. Cris segera mengejar Jesse dan bertanya tentang keadaan Jesse saat itu.

Vernon baru saja turun dari kereta dan menatap ke arah Jesse yang ditemani Cris sambil berjalan pergi. Kerutan di dahinya menunjukkan Vernon sedang memikirkan sesuatu tapi tiada yang tahu apa yang bermain di fikirannya saat itu.

Quincy juga melihat Jesse sudah berlalu pergi. Tawa sinis keluar dari mulutnya. "Oh, dia sudah pergi? Selalunya lepas saja misi perang kita, dia akan berkepit dengan kau. Tolong kau itu, ini... Dan tanya keadaan kau baik atau tidak. Sekarang dia sudah abaikan kau. Hmmm..."

"Baguslah kalau dia sudah sedar dan tinggalkan saya sendiri. Saya rimaslah selalu tengok muka dia," kata Vernon dengan suara acuh tak acuh. Vernon juga tidak mahu menunggu lama dan dia pergi dari sana tanpa memikirkan tentang Jesse lagi.

Jesse yang mahu ke dewan makan setelah selesai mandi, tidak jadi pergi ke sana kerana dia memaksa Cris pergi ke Ruang Perubatan setelah Jesse melihat luka di bahagian dahi dan bahu lelaki itu.
Tapi ketika mereka tiba di sana, keadaan di Ruang Perubatan mengejutkan Jesse. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah melihat Ruang Perubatan yang seperti ini, walaupun di kehidupannya sebelum ini.

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now