BAB 30

294 33 9
                                    

JESSE masuk ke dalam sebuah pusat ruangan yang dibenarkan untuk para tentera X-Forces masuk untuk memperbaiki seragam tentera mereka. Bagi Jesse, dia menyebut tempat ini sebagai bengkel.

Di dalam memorinya, Jesse masih ingat bagaimana Jessica selalu pergi ke bengkel ini untuk memperbaiki seragam tenteranya. Sebenarnya, tidak perlu bagi para tentera untuk memperbaiki seragam mereka jika ada yang rosak kerana ada mesin tertentu yang sudah disediakan untuk memperbaiki seragam mereka.

Tapi kerana Jessica selalu memperbaiki seragamnya dan memeriksa keadaan seragam perang itu sendiri, Jesse juga mahu mengikuti tabiat Jessica. Tidak salah pun jika dia juga memeriksa seragam tentera itu, terlebih lagi bila Jesse tidak pernah ada peluang untuk memeriksa seragam perangnya sendiri.

Jesse masuk ke dalam satu seksyen kecil di mana seragam perangnya diletakkan. Sebelum memulakan kerja, Jesse membuka jaket yang dia pakai dan diletakkan di atas sebuah bangku, meninggalkan Jesse yang hanya memakai singlet ketat berwarna hitam. Jesse mengikat rambutnya menjadi sanggul dan dia pun  mula bekerja.

Saat Jesse sedang memperbaiki seragam tenteranya, pintu bengkel itu terbuka dan seseorang masuk ke dalam.

Jesse hanya melirik ke arah pintu. Terkedu dia melihat Vernon yang tiba-tiba muncul dan masuk ke ruangan itu. Vernon hanya memandang ke arah Jesse seketika sebelum dia bergerak ke seksyen yang bersebelahan dengan Jesse di mana seragam perangnya berada.

Walaupun Jesse terkejut dengan kehadiran Vernon tapi dia tidak mengeluarkan suara untuk menegur atau menyapa lelaki itu. Hanya anak matanya yang sekadar mengikuti pergerakan Vernon.

Dahi Jesse berkerut. Dia mencuba mengingati sejak bila Vernon menginjakkan kakinya ke bengkel ini. Mungkin Vernon juga biasa datang ke sini tapi tidak akan pernah masuk jika ada Jessica. Lelaki itu tidak menyukai jika ada Jessica di dekatnya.

Mahu saja Jesse bertanya kenapa lelaki itu tiba-tiba masuk ke sini sedangkan dia ada di sini tapi kerana malas mahu bercakap dengan Vernon, Jesse pun mengabaikan lelaki itu. Lebih baik dia menyibukkan diri dia dengan seragam perangnya.

Vernon sedang berdiri di tepi sebuah troli berisi peralatan mekanik dengan belakangnya menghadap ke arah Jesse. Untuk beberapa minit dia merasa ragu untuk menyapa Jesse. Selama ini dia tidak pernah yang pertama kali menyapa wanita itu melainkan sebaliknya. Jadi ketika dia melihat yang Jesse tidak menyapa dia tadi membuatkan Vernon menjadi sedikit marah.

Selama ini, wanita itu selalu mengejar dia dan selalu memberi dia senyuman manis setiap kali mereka bertemu. Namun sekarang, ketika mereka bertemu Jesse hanya akan melirik ke arah dia tanpa pergi bercakap dengan dia. Malah wanita itu juga akan menjauhkan dirinya dari Vernon, kalau boleh mereka harus berdiri 1 kilometer antara satu sama lain.

Vernon tidak mahu mengaku tapi sedikit sebanyak, sikap Jesse yang mula menjauhi dia mempengaruhi Vernon. Vernon sudah terbiasa dengan kehadiran Jessica sebelum ini walaupun pada masa yang sama membenci melihat wajah wanita itu setiap masa.

"You look pretty close with him." Vernon membalikkan badannya ke belakang, memandang Jesse yang sedang membuka skru pada seragam perangnya.

Pergerakan Jesse berhenti dan dia memandang Vernon dengan wajah bingung. "What?"

"Maksud saya, saya nampak kau sangat rapat dengan Kapten dari kumpulan Alpha itu. Saya nampak kau boleh lagi bergelak ketawa dengan dia," Suara Vernon terdengar sedang memerli Jesse saat ini walaupun sebenarnya dia hanya ingin mengatakan apa yang dia nampak.

Jesse merasa tercengang dengan kata-kata Vernon. 'Kenapa cara dia bercakap ni macam nak tuduh saya buat benda tak baik di belakang dia?'

"So what? Dia kan Kapten dari kumpulan Alpha. Kalau dia bercakap dengan saya, saya tidak boleh abaikan dia begitu saja..."

"So is this your new revenge on me? To make me jealous?"

"What?" Jesse menjadi semakin bingung. Dia tidak faham kenapa Vernon tiba-tiba bertanya soalan begitu. Dia tidak pernah terfikir pun untuk membalas dendam pada Vernon kerana dia sedang sibuk memikirkan cara bagaimana hendak mengelak dari lelaki itu. 'Macam mana saya nak balas dendam pada dia kalau selama ini saya hanya mahu mengelak dari dia?'

"Sebelum ini, kau cakap yang kau tidak akan kacau saya lagi sebab kau fikir mungkin saya akan bagi perhatian saya pada kau tapi bila saya tak layan kau, kau gunakan lelaki lain untuk buat saya cemburu? Adakah ini cara baru kau untuk tarik perhatian saya?"

Jesse melihat ada senyuman sinis yang terukir di wajah Vernon. Entah kenapa senyuman itu membangkitkan kemarahan Jesse. Dia tidak percaya yang Vernon masih belum percaya dengan kata-katanya. Memang betul Jesse berhenti mengganggu Vernon kerana dia tahu Vernon tidak mungkin akan menyukai dia. Tapi apa yang Vernon katakan tadi sudah melebihi batas.

"Kau sengaja nak buat saya cemburu dengan cara mendekati Kapten dari kumpulan Alpha itu? Kau—"

TAKK!

Jesse meletakkan pemutar skru besi di tangannya ke atas meja troli dengan wajah bengang. Caranya sangat kasar sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Jesse merasa usaha dia menjauhi Vernon selama ini sudah cukup kerana Vernon tidak perlu lagi menghadapi wajah dia 24 jam tapi kenapa perbuatannya mendekati orang lain dianggap sengaja untuk buat Vernon cemburu pula.

Vernon terdiam ketika Jesse meletakkan pemutar skru besi tadi. Saat melihat wajah bengang Jesse, dia terkaku kerana dia tidak pernah melihat Jesse yang begini.

"Jadi, kalau saya buat begitu, kau akan rasa cemburu?" tanya Jesse.

Vernon tersentak. Dia tidak menyangka yang Jesse akan bertanya soalan itu.

"Tidak, kan? Look, Vernon... Mungkin saya menyukai kau sebelum ini tapi selepas insiden di mana saya hampir meninggal disebabkan kau... Saya rasa saya sudah tahu apa perasaan saya pada kau. Saya tidak mahu terus ada di sisi kau kalau kau tidak tahu hargai saya. Saya juga mahu ada seseorang yang boleh jaga saya dan terima saya seadanya. Saya mahu dihargai, bukan diabaikan..."

Jesse mengambil kain yang ada di tepi untuk mengelap tangannya. Dia berjalan mendekati Vernon dan berhenti di depan lelaki itu. Vernon juga hanya diam saja dan memandang wanita di depannya.

"Saya tidak akan jadi penghalang untuk kau dapatkan apa-apa lagi. Kau nak cari pengganti saya, cari saja. Sebab selepas ini saya akan keluar dari kumpulan Beta. Kau tidak perlulah tengok muka annoying saya ni setiap hari..."

Raut wajah Vernon bertukar menjadi tidak senang saat mendengar kata-kata Jesse, walaupun dia sendiri tidak sedar raut wajahnya berubah seperti itu. "Apa maksud kau yang kau akan tinggalkan team ini? Kau nak pindah ke team lain?"

Jesse tersenyum sinis. "Bukan urusan kau nak tahu saya pindah ke mana lepas ni. Selama ini kau selalu abaikan saya, jadi kenapa kau tidak teruskan saja macam mana kau layan saya selama ini?"

Jesse meletakkan kain yang dipegang tadi ke rak besi yang berdekatan. Dia mengambil jaket yang dia letakkan di atas bangku tadi dan berjalan meninggalkan bengkel. Jesse tidak mahu berlama di tempat itu lagi.

Berdirilah Vernon di sana. Dia hanya mampu memandang Jesse berlalu pergi. Vernon mahu menghentikan Jesse dan bertanya dia akan berpindah ke mana tapi setelah kata-kata terakhir Jesse tadi, badan Vernon menjadi kaku.

Melihat Jesse yang sudah menghilang dari sebalik pintu bengkel, Vernon hanya mampu mengeluh. Perlahan-lahan, dia mengangkat tangannya ke dada. Pada pertama kalinya, dia merasa sakit di bahagian tersebut.

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now