BAB 46

201 16 3
                                    

HARI ini akan menjadi hari pertama Jesse akan masuk dan melapor diri ke Institusi Perubatan. Sudah beberapa hari setelah terakhir kali mereka minum tapi Jesse tidak mengingati apa-apa pun pada malam itu. Dia diberitahu oleh Cris jika dia dihantar oleh Ace pada malam itu. 

Tapi Jesse tidak lagi pernah melihat Ace lagi selepas hari itu.

Dan Jesse juga tidak mahu mencari lelaki itu. Entah kenapa tapi dia merasa ada sesuatu yang buat dia tidak sedap hati apabila dia mengingati malam itu.

'Ada sesuatu yang saya buat sampai saya rasa tidak sedap hati macam ni?'

Meskipu begitu, Jesse membuang perasaan tidak sedap hati itu. Dia menyibukkan dirinya untuk hari pertamanya di tempat kerja baru. 

Jesse memakai seragam yang sudah disediakan dan bertemu dengan April di depan bangunan Institusi Perubatan. April merasa gembira kerana dia boleh bekerja di tempat yang sama dengan Jesse. 

Di Institusi Perubatan ini, hanya terdapat 10 Unit saja. Jesse dan April telah ditempatkan di satu Unit yang sama iaitu Unit 5. Ketika Jesse dan April berkumpul di depan Institusi Perubatan itu, seorang lelaki yang memakai kemeja putih mendekati mereka.

Ekspresi wajah lelaki itu saat ini nampak serius tapi tenang. 

"Kamu berdua adalah pelatih baru yang akan mendaftar masuk ke Institusi Perubatan?" Lelaki itu bertanya.

Jesse dan April memandang lelaki itu secara serentak. 

Mulut April terus ternganga kerana dia terkejut melihat orang yang baru saja menegur mereka. "Senior Aaron!"

Aaron memandang April untuk beberapa saat. "Kamu berdua adalah pelatih yang akan ditugaskan di bawah Miss Avelyn?" Dia bertanya sekali lagi.

Jesse dan April mengangguk untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Ada perubahan pada jadual yang sepatutnya kamu akan lakukan hari ini. Kamu tidak akan terus melapor kepada Miss Avelyn. Mari ikut saya..."

Aaron berjalan masuk ke dalam bangunan Institusi Perubatan. Jesse dan April mengikuti lelaki itu dari belakang. 

April memeluk lengan Jesse dengan wajah ceria. "Saya tidak percaya yang saya akan berjumpa dengan Senior Aaron di hari pertama saya datang ke sini. Gembiranya dapat berjumpa dengan dia lagi..."

"Kau suka dia?" tanya Jesse sengaja mahu mengusik April.

April segera menggelengkan kepalanya. "Saya suka dia? Benda tu tidak akan pernah terjadi. Senior Aaron tu seorang yang dihormati orang ramai. Siapalah saya jika nak dibandingkan dengan orang yang akan mendampingi Senior nanti...'

Jesse memutarkan bebola matanya setelah mendengar penjelasan dari April. Kemudian, dia memandang belakang Aaron dengan mata yang dikenyitkan. "Kenapa dia nampak familiar? Kita pernah jumpa dia sebelum ini kah?"

"Mestilah pernah... Senior Aaron kan pernah tolong kau masa kau dibuli dulu? Macam mana kau boleh lupa dengan Senior Aaron pula? Dengan wajah kacak macam tu pun kau boleh lupa?" April dengan senang hati mengutuk Jesse. Dia tidak menyangka jika Jesse sudah pun melupakan Aaron sedangkan lelaki itu pernah menolong mereka sebelum ini.

Jesse yang sudah dikutuk oleh April di hadapan matanya itu kini memandang April dengan wajah tidak puas hati. 'Walaupun muka dia tu kacak macam tu, kenapa saya perlu nak ingat juga? Sekadar muka kacak macam tu, ada orang lain yang lagi kacak dari dia...'

Aaron membawa mereka ke dalam sebuah dewan. Di dalam dewan itu, ramai orang sudah berkumpul di sana dan masing-masing membuat kerja mereka. 

Jesse memandang sekeliling dan wajahnya berubah menjadi terkejut. "Ini adalah pelatih baru yang masuk juga?"

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now