Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita ku. Namaku Tasha. Berusia 28 tahun. Harini aku nak share beberapa cerita seram aku sewaktu dikuarantin kerana positive covid 19 di salah sebuah hospital diutara tanah air. Aku disahkan positive covid selepas disaring ketika menjadi salah seorang close contact kepada housemateku. Long story short, aku telah dibawa ke wad covid sehari selepas disahkan positive. Secara kebetulan, aku ditempatkan di wad yang sama housemate aku, Nana ditempatkan…
Aku tiba diwad lebih kurang pukul 7pm. Urusan pendaftaran, mengambil masa lebih kurang sejam termasuk briefing dan sebagainya. Setelah semuanya selesai, aku ke katil aku untuk berehat. Pada malam itu aku tidak perlu mandi. Kerana sebelum ambulance datang mengambilku tadi, aku telah selesai semuanya dirumah. Selepas itu, aku tertidur sehingga la jam menunjukkan pukul 11pm. Pada ketika itu, barulah aku teringat yang aku belum menunaikan solat maghrib dan isyak. Tetapi kerana terlampau tak larat, aku decided untuk teruskan berehat (berdosanya rasa)…
Keesokkan harinya, aku tersedar dalam pukul 5:30am. Aku lihat, keadaan wad masih lagi gelap. Sambil aku bermain handphone, notification menandakan waktu subuh dah masuk. Keadaan masih lagi sunyi. Jam hampir menunjukkan pukul 7am dan masih ramai yang sedang lena diulit mimpi. Aku bangun untuk menunaikan solat subuh dan menggantikan solat maghrib dan isyak yang aku tinggal semalam. Aku gagahkan diri untuk ke toilet, walaupun takut kerana keadaan masih lagi sunyi.
Setibanya aku di toilet aku lihat kawan ku Nana baru keluar dari bilik shower. Aku menegurnya, awalnya kau mandi. Dia cakap, aku bukan mandi tapi buang air kecil sambil sengih2. Aku yakin dia takut untuk ke toilet yang agak kebelakang dan decided untuk kencing di bahagian shower sahaja. Aku pun terus mengambil wuduk dan kembali ke katilku untuk menunaikan solat. Aku tidak mengajak Nana, sebab sepanjang aku berkawan dengannya, aku tahu dia seorang yang tidak menunaikan solat. Selepas selesai, aku baring dan whatsapp Nana untuk ajak berborak. Tetapi tidak direply. Dalam pukul 9am barulah Nana reply dan minta maaf sebab lambat reply kerana baru bangun tidur. Aku terkejut, aku bertanya, bukan ke kau bangun untuk kencing pagi td. Dia menjawab tidak. Aku hanya berdiam diri sahaja. Kalau bukan Nana, then siapa yang aku tegur tadi?
Kejadian seram kedua berlaku beberapa hari sebelum aku discharged. Lebih kurang pukul 2am, aku terjaga kerana terasa ingin membuang air kecil sangat2. Keadaan sangat sunyi dan gelap. Kerana bimbang akan terkencing dekat katil, aku ke meja nurse untuk mengajak salah seorang daripada nurse untuk menemani aku. Terdapat beberapa nurse disitu dan aku menyuarakan hasrat aku. Salah seorang nurse bersetuju untuk menemani aku. Sebagaimana yang aku beritahu diatas tadi, toilet wad ni, bila kita masuk, kita akan jumpa shower room dulu. Belakang sikit barulah toilet.
Setibanya aku di toilet, aku terpaksa menebalkan muka dan memberitahu nurse untuk aku kencing sahaja di shower room. Seakan memahami ketakutan aku, nurse tersebut memberitahu, kalau takut, kencing sahaja dikawasan paip air bersebelahan sinki. Kawasan itu agak terbuka, tetapi nurse tersebut membelakangkan dirinya supaya tidak nampak aku kencing. Aku pun mencangkung dikawasan paip itu lalu melepaskan kencingku.Setelah aku selesai, kami pun kembali ke wad, sewaktu melintas di meja nurse berkumpul td, kesemua nurse berada di situ agak terkejut kerana aku berani untuk ke tandas seorang diri. Tapi aku memberitahu ada seorang nurse menemani aku. Berkerut muka mereka, kerana pada malam tersebut, hanya ada 3 orang sahaja yang bertugas. Dan semua tidak menemani aku aku. Meremang bulu roma aku bila dapat tahu perkara itu. Persoalannya, siapakah yang menemani aku malam tersebut?
Itu adalah antara kisah2 yang pada aku agak seram. Aku menceritakan perkara ini kepada
Nana, dan Nana pun memberitahu ada beberapa kisah seram yang dialami olehnya. Tapi itu nanti lah aku ceritaSekian
Tasha
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...