Assalamualaikum kepada admin dan pembaca fiksyen shasha. Seperti biasa kita kena berterima kasih dahulu kepada admin yang menyiarkan cerita aku sebelum ni. Okay, lepas admin siarkan part 3 baru-baru ni aku jadi sangat malas sambung cerita sebab masa aku dok taip pena biru part 3 lagi aku rasa ada yang tak kena.
Telinga aku berdesing beberapa kali nak habiskan cerita part 3 tu and yes guys, aku kena lagi semalam selepas hampir sebulan aku dah tak kena, tu pun last aku berubat sebelum PKP.
Cerita semalam aku dah siap taip untuk korang baca, tapi lambat lagi untuk aku submit kat admin sebab jauh lagi perjalanan cerita sebelum ni untuk sampai ke kisah semalam. Nanti korang blur-blur comel gitu kalau aku skip banyak sangat.
Oh ya, lepas pertama kali aku berubat dengan ustaz dari darul syifa tu, setiap kali ada benda tak elok nak mai telinga aku akan berdesing dan jari kaki kiri aku semua meregang macam orang yang kena strok. Benda tu suka main kat kaki aku, tak tau kenapa. Kalau dia meregang kejap tak pe, takde la sakit, cuma kalau lama dia akan sakit.
Aku dapat rasakan benda tu bergerak-gerak dalam badan aku. Benda ni suka main kat urat-urat badan aku dan aku akan rasakan denyutan yang kuat kat bahagian tu. Bila aku bacakan al-fatihah dan tiupkan kat bahagian tu, hilang la denyutan tu.
Ustaz Hafiz datang balik seminggu kemudian. Sebelum aku sambung cerita, aku lupa nak selitkan dalam part 3 hari tu. Masa awal-awal ustaz Hafiz nak rawat aku, dia ada tanya jin tu kau kenal aku ke? Aku mengganggukkan kepala tanda jin tu kenal ustaz Hafiz. Masa tu tangan aku dah start menari-nari dan kadang-kadang aku akan duduk bersila sambil kepala sujut ke lantai.
Ustaz Hafiz tanya, macam mana aku boleh kenal dia. Tangan aku yang sedang menari tu tunjuk kat umi aku. Aku cakap dia yang tunjukkan kat aku yang kau boleh merawat orang, masa tu hari raya aidil adha.
Lepas solat sunat aidil adha sambil tunggu ayah aku kat kereta, umi aku ternampak ustaz Hafiz dari jauh. Umi aku cakap, tu la ustaz Hafiz yang boleh merawat orang tu. Ustaz hafiz la yang selalu rawat budak-budak yang kena histeria kat sekolah umi aku.
Sambil dok tunggu ayah aku tu umi aku tanya la aku nak ke tak jumpa ustaz Hafiz? Mintak dia tolong-tolong tengokkan aku. Aku gelengkan kepala. Aku cakap takyah la, entah-entah aku ni takde paper pun. Nampak tak guys permainan jin ni. Kalau kita nak berubat, dia akan timbulkan keraguan dalam diri kita supaya tak yah berubat.
Back to the story, lepas tu ustaz Hafiz tu tanya, oh jadi kau la yang kacau anak-anak aku lepas balik solat raya hari tu? Aku mengganggukkan kepala sambil senyum-senyum. Umi aku tanya ada gangguan ke? Ustaz Hafiz cakap tiba-tiba anak dia kena kacau lepas balik solat raya tu. Kitorang pun terkejut guys. Rupa-rupanya, lepas balik dari solat raya tu, kitorang balik ke rumah tapi jin tu boleh pulak ikut ustaz Hafiz balik dan kacau keluarga ustaz Hafiz. Kami rasa bersalah pulak dengan ustaz Hafiz masa tu.
Lepas tu, macam biasa ustaz Hafiz mulakan proses rawatan sama dengan yang sebelum ni, dia tanya jin islam dan jin kafir ada berapa ekor melalui kaki kanan dan kiri aku. Kalau korang masih ingat, dalam part 3 ustaz hafiz sebelum ni ada tanya berapa ekor jin dalam badan aku, benda tu respond bila ustaz hafiz tanya lebih daripada 20 kan.
Surprisingly guys, rupa-rupanya dalam badan aku ada lebih daripada 200 ekor jin. Ustaz hafiz tu cakap, “ ha, tu dia. Patut la kejap jadi benda lain kejap lagi jadi benda lain”. Bila aku teringatkan balik, aku pernah bermimpi aku berada di dalam bangunan 4 tingkat yang terbengkalai.
Dalam mimpi tu lantai bangunan tu ada banyak gila ular yang berwarna hitam, dari yang kecil sehingga la lagi besar dari aku sampaikan aku tak dapat nak pijak lantai tu and almost semua tingkat dipenuhi ular sehingga ke luar bangunan. Dalam mimpi tu aku tak tahu nak lari ke mana.
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...