Taman Hutan Gunung Ledang

415 25 1
                                    


Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Terima kasih pada admin jika cerita aku disiarkan . Aku juga merupakan pembaca setia Fiksyen Shasha . Okay let’s start !

Aku nak ceritakan pasal pengalaman aku di Taman Hutan Gunung Ledang . Okay , masa tuh aku masih seorang pelajar form six di salah satu sekolah menengah di daerah Muar . Disebabkan peperiksaan penting akan datang , jadi semua guru decide nak buat kem motivasi di Gunung Ledang .

Bila dengar berita itu , mestilah kitorang teruja sangat . Ye lah , kem motivasi di luar sekolah , siapa yang tidak terujakan . Lagi-lagi , bila ada kawan aku yang bukan asal dari Johor . So , excited dia tuh mengalahkan orang lain . Hari yang ditunggu telah tiba . Masing-masing berpot-pet pot-pet sana sini . Bingit .

Bila sampai di Gunung Ledang , kami sangka kami akan pergi ke resort Gunung Ledang yang ada kolam renang tuh semua tapi jauh sekali dengan sangkaan kami . Bas kami berhenti di Taman Hutan Gunung Ledang . Tidak fikir apa-apa , kami semua turun daripada bas . Lihat kiri kanan , sunyi sepi . Tak tahu kenapa hati aku mula tak sedap .

” Okay pelajar ! Semua ke sini . ” laung Cikgu Erin ( bukan nama sebenar ) .

Kami semua pun bergegas ke bangunan yang menempatkan satu tempat yang agak besar , cukup untuk 102 orang pelajar . Cikgu Erin kata ini tempat untuk sesi penceramah semua subjek . Aku meliarkan pandangan . Nice , ada aircond . So , tak de lah aku berpanasan di sini . Kami gelarkan tempat itu sebagai dewan .

” Cikgu nak bagi kunci setiap bilik ! Setiap bilik boleh muat 10 orang . Cikgu panggil sorang nama sebagai wakil bilik , awak datang ambil kunci . ” ujar Cikgu Erin .

Setelah ambil kunci bilik itu , semua berpusu pergi ke bangunan yang menempatkan bilik kami semua . Aku lihat dari luar bangunan itu . Bangunan kayu satu tingkat . Agak usang dan bersebelahan dengan hutan . Rasa tidak sedap hati mula mengundang . Mungkin tak de apa-apa kut . Aku cuba sedapkan hati .

Bangunan itu ada enam bilik . Jadi , bilik pertama dan kedua untuk junior aku . Bilik keempat dikunci rapat .  Aku tak tahu kenapa . Kami semua pergi ke bilik yang kelima . Selebihnya , pergi ke bilik keenam . Terdapat lima katil double decker . Kawan aku yang bernama Sarah ( bukan nama sebenar ) suruh ambil katil di tepi tingkap . Kawan aku ada lima orang , jadi mereka semua bersetuju kecuali aku . Aku bertegas tidak mahu katil di tepi tingkap . Aku dapat rasakan ada sesuatu yang memerhati di sebalik tingkap itu . Aku tiada kebolehan nampak makhluk halus , tapi aku boleh rasa .

Lepas berkemas apa yang patut , kami turun balik ke dewan untuk sesi penceramah subjek Pengajian Am . Semasa dalam perjalanan ke dewan tuh , aku ternampak ulat bulu yang sangat besar . Badannya sebesar lintah dan panjangnya seperti lipan . Tapi macam dah m**i . Sebab badan ulat bulu itu tidak bergerak langsung . Aku berhenti dan panggil kawan aku supaya lihat ulat bulu tuh . Kawan aku semua kagum , aku keluarkan telefon bimbit untuk ambil gambar tapi tidak sempat apabila cikgu jerit panggil nama kami semua . Bergegas kami pergi ke dewan .

Habis saja dengar ceramah subjek Pengajian Am , kami semua menjamah selera di dewan itu juga . Hari pun dah senja . Sebelum berangkat ke bilik , Cikgu Hamid ( bukan nama sebenar ) berpesan sesuatu .

” Lepas nih , kamu semua pergi mandi dan solat maghrib . Yang bagi non muslim , kamu semua boleh duduk di bilik diam-diam . Mulut jangan celopar sangat . Ingat sikit kamu dekat mana . Lagi satu , cikgu nak bagitahu . Di depan sana tuh ada bukit yang agak tinggi . Cikgu dengar dekat situ ada sorang budak lajak meninggal dunia . Baru seminggu lepas , jadi mulut tuh jaga . Kalau mulut tuh celopar sangat , nanti budak tuh kacau kamu semua padan muka . ”

Muka semua sudah cuak . Rata-rata ada yang merungut . ” Ish cikgu nih . Saja nak takutkan kitorang . ” Cikgu Hamid ketawa kecil sebelum berpesan sekali lagi dan semua pergi ke bilik . Semasa hendak ke bilik , aku pergi ke tempat ulat bulu itu tadi . Aku agak terkejut sebab ulat bulu tadi dah tak ada . Mana mungkin ulat bulu yang dah m**i boleh tak ada pula . Aku pusing sekeliling mencari ulat bulu itu . Tiba-tiba bulu roma aku naik . Tanpa berfikir panjang , aku terus masuk ke bilik .

Koleksi Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now