Asalamualaikum para pembaca fiksyen shasha. Terima kasih kepada fikshen shasha kerana mempublish kisah aku yang tak seberapa ini. Nama aku Ara . kisah yang aku ingin kongsikan ini adalah kisah yang benar terjadi kepadaku . kejadian ini berlaku dalam tahun 2015.
Dulunya aku tak percaya kepada perkara mistik dan kalau boleh aku memang tak nak tahu lansung pasalnya. Gangguan aneh mula berlaku selepas secara tak segaja mak aku tersnap gambar entiti di rumah nenekku . dalam gambar tu ada pernampakan separuh badan gadis memakai gaun putih. Pinggang ramping macam kerengga. Kebetulan masa tu kami sekeluarga berkumpul di beranda di luar rumah. Ketika itu mak aku nak ambil gambar anak buah aku. Petang tu tak perasan lagi kewujudan entiti dalam gambar tu. Keesokkannnya mak aku dah Nampak sipi sipi gambar tu. Aku menganggap mak aku salah faham. Aku ingatkan tirai sebab kebetulan tirai rumah nenek aku tu warna kuning cair . Namun selepas aku tengok berulang kali memang Nampak tubuh gadis. Aku pun pelik la sebab masa tu memang semua duduk kat luar dan tak dak sapa pon duduk dalam rumah. Aku suruh mak aku padam. Tapi dia tak nak. Ha sejak tu la gangguan tu jadi. Aku ceritakan bagaimana gangguan tu.
Gangguan pertama terkena kat aku. Nenek aku jenis suka tidur sorang sorang. Lagipun bilik nenek paling jauh. Tapi bilik dia dekat kat dapur dengan tandas. Bilik dia pon dalam. Sebelah luar biliknya pula hutan. Aku pernah cuba tidur dalam bilik tu , tapi aku tak pernah nak tidur m**i. Selalunya aku tidur m**i. Setiap kali aku nak tidur kat bilik nenek tu tepat pukul 1 pagi mesti ada bunyi cakaran dari luar. Mula mula aku ingatkan kucing sebab nenek aku ada bagi makan kucing liar yang datang. Aku pun buat tak endah jela. Sampai satu hari tu ada bunyi lain lak. Bunyi macam orang dok makan keropok dan bersembang. Aku paham sikit sikit sebab benda tu guna Bahasa jawa. Nenek aku pernah ajar Bahasa jawa kat aku. Benda tu cakap ‘aku takkan lepaskan keturunan kau. Lagi lagi cucu kau hehehhe’ meremang bulu romaku.
Keesokkannya aku rasa berat sangat bahu aku, sakit kepala aku masa tu. Sakit kepala tu aku ingat normal sebab aku selalu migrain. Aku pon telanlah Panadol yang aku selalu simpan buat stok. Tapi sakit kepala aku tu lain macam. Makin aku telan Panadol makin sakit. Hidung aku berdengung. Dekat 5 biji aku telan Panadol dalam masa 2 jam. Bahu aku pun semakin berat. Lutut rasa lembik je. Aku nak bagi tahu mak aku masa tu. Tengah nak jalan pergi kat mak aku tu tiba tiba ja hidung aku berdarah. Aku tak jadi bagi tau mak aku. Aku masuk bilik ambil tisu tekup hidung. D***h dia memang lain macam. Banyak gila dia keluar. Macam air paip masa tu. Aku memang cuak dah , dengan kepala macam nak meletup. Aku panggil mak aku. 4 kali aku panggil suara tak keluar. Kali ke 5 aku baca ayat kursi baru keluar suara aku. Sakit sangat. Mak aku datang. Memang terkejut mak aku tengok aku masa tu. Kelam kabut panggil abang aku. Abang aku cempung aku letak kat ruang tamu. Abang aku tu mata tak berhijab. Dia Nampak benda tu duduk berpaut kat bahu aku dengan mulut dia dok kemam kepala aku. Terus abang aku telefon ustaz kampung tu. Ajak pak imam sekali.
Masa tu aku rasa panas sangat. Aku nangis tak keluar suara sakit dia ya Allah, tak tahu aku nak cakap macam mana. Mak aku risau sangat tengok aku. Hidung aku still berdarah. Mak aku tekup dengn tuala. Separuh tuala tu penuh dengan d***h aku. Pucat teruk bibir aku macam aku makan bedak. 5 minit tu ustaz pun sampai. Aku rasa nak mengamuk time tu. Ustaz tu beristigfar tengok aku. Dia kata asal lambat bagi tahu. Teruk sangat dah ni. Terus dia baca ruqyah. Aku rasa panas sangat. Akhirnya aku sawan pastu badan aku kejang. Aku x sedar dah lepastu.
Ni mak aku yang cerita lepas aku tak sedar tu. Aku duduk mencangkung dengan rambut serabai aku menyerigai tengok ustaz tu. Ustaz kata benda tu dah sebati dengan aku, ustaz cuba buang bende tu. Berpeluh ustaz sebab benda tu degil. Sampai luka tangan aku sebab benda tu gigit tak nak lepaskan aku. Lebih 4 jam ustaz lawan benda tu akhirnya keluar gak. Terus aku sedar. 10 minit ustaz suruh aku minum air Yassin tu dan dia scan aku dia kata benda tu ada lagi. Tapi lemah lagi, mak aku naik risau dengar. Ustaz kata esok dia datang lagi. Ustaz pesan suruh pasang ayat ruqyah dalam bilik aku. Mak aku pun pasang la.
Tapi malam tu aku tutup ayat ruqyah tu. Aku pun tak tahu sebab apa. Aku rasa rimas sangat. Mak aku pasang balik. Aku megamuk teruk masa tu habis semua aku baling. Ni paling sedih ni. Aku pi baling powerbank aku. Sedih do. Okok sambung. Mak aku menjerit panggil abang aku. Ayah aku ade kat Putrajaya outstation. Tinggal abang aku jela laki dalam rumah tu. Dipeluknya aku kuat kuat. Kuat aku meronta rontan nak lepaskan diri. Aku maki abang aku. Abang aku beristigfar dengar. Dia tahu aku tak pernah tinggi suara ataupun maki orang tua dari aku. Dia baca ayat kursi 7 kali pastu aku rasa lemah sangat. Aku pun tertidur kar situ sebab penat bergelut.
Abang aku cerita kat mak aku yang dia Nampak ada gadis gaun putih pinggang ramping tanpa wajah duduk dalam bilik aku masa aku mengamuk teruk tadi. Mak aku terkejut. Dia keluarkan telefon dan tunjukkan kata bang aku. Gambar entity yang mak aku tak sengaja snap. Abang aku tanya kenapa simpan gambar macam ni. Mak aku tak tahu jadi teruk macamni. Abang aku kata jangan padam lagi. Tunjuk kat ustaz esok. Abang aku lansung tak tidur hari tu. Dia taku aku mengamuk lagi. Sakit badan dia aku pukul masa aku mengamuk tu. Kesian aku.
Esok pagi selepas subuh ustaz datang. Keadaan aku sama macam aku kena hari tu. Hidung berdarah kepala pening lutut lembik. Aku penat sangat. Mak aku cerita masa aku mengamuk kat ustaz. Beristigfar ustaz tu dengar. Dia kata benda ni dah melampau. Sebelum dia ubat kan aku mak aku tunjukkan gambar tu. Akhirnya ustaz tahu sebab apa benda tu ganggu aku. Ustaz mulakkan rawatan. Aku tak tahu nak cerita macam mana cara ustaz ubatkkan aku. Masa berubat tu angin sejuk keluar ikut pintu depan. Ustaz kata benda tu marah sebab simpan gambar dia. Hmm. Aku akhirnya pulih.
Namun tak sepenuhnya sebab aku dah kena rasukkan. Jadi ada laluan untuk jin jin lain masuk dalam badan aku, mata aku pun dah hampir tak berhijab. Kadang kadang ternampak benda tu . Masa aku tulis ni pun ada benda tengah tengok aku kat hujung bilik.
Setakat ni jelah cerita aku. Pesan aku buat korang janganlah simpan gambar entiti tak diundang tu kalau tersnap ke ape. Buruk padahnya. Teruk aku kena sebab gambar tu je. Aku pun dah nak jadi macam abang aku dah sebab benda tu je. Thank you baca kisah aku yang tak seberapa ni. Asalamualaikum , semoga kita terhindar dari gangguan jin dan syaitan.
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...