Locker Puaka

172 8 0
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca Fiksyen Shasha. Masih ingat dengan kisah yang saya tulis yang bertajuk GANGGUAN TERSIRAT?.Jadi, kali ini aku akan ceritakan pada korang tentang satu lagi kisah di asrama aku. Tapi, berbezalah dengan kisah sebelum ini di mana kisah itu aku alami sendiri, tapi, kali ini aku akan ceritakan tentang locker sebelah pintu dorm aku yang mana locker paling berpuaka dan juga locker yang aku nampak “kain kafan” dan juga bau busuk dalam kisah GANGGUAN TERSIRAT tu.

Baiklah. Sebelum aku nak ceritakan dua kisah ni. Biar aku bagitahu satu perkara tentang locker ni. Baiklah, locker ni tidak digunakan selepas pemilik pertama dan kedua locker ini bagi megelakkan kejadian yang tidak diingini. Kisah dia terjadi begini. Kejadian ini berlaku sewaktu Amri {bukan nama sebenar} masih di tingkatan 1. Waktu itu ,minggu balik bermalam, jadi nak dijadikan cerita Amri ni dia tidak balik disebabkan rumahnya terletak di Sabah.

Oh! Lupa dia ni Islam tau. Tapi, aku tak tahu kenapa dia tak sekolah kat Sabah ja. Jadi, seperti yang korang tahu aku ada sebutkan tentang asrama aku yang terletak di Semenanjung Malaysia. Jadi, dia pun tak balik disebabkan pulang bermalam tu hanya 3 hari. Jadi, tinggalah dia dan beberapa orang yang lain. Dekat aras dia {aras paling atas}{aras yang aku kena ganggu tu} ada dalam 2-3 orang ja.J Diorang ni decide untuk stay kat dorm si Amri lo ni. Jadi, macam biasa malam tu diorang pergi kat bilik prep yang berada di aras 1 {atas ground floor}. Amri ni dia siap kerja sekolah awal jadi dia pun naik la dorm awal bersama dengan seorang rakan dia. Dah sampai aras kawan dia pula tertinggal barang. Jadi, kawan dia pun pergi la ambil. Sementara tunggu kawan dia sampai dia kemas la kejap locker dia.

Tiba-tiba, ada sekumpulan lelaki datang terkup dia jadi, dia tak sempat jerit meminta tolong lalu mereka pun b***h la dia dan menyimpan mayat dia di locker dia. Macamana boleh tahu?. Ini menurut suspek yang m******h Amri ni sendiri. Mereka {kumpulan yang m******h Amri} datang menyerah dan mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Jadi,mereka ceritakanlah kepada pihak polis tentang yang mereka berdendam dengan keluarga si Amri ni. Selepas itu, pihak polis cerita pada warden dan didengari oleh segelintir murid yang mulut murai.

Oh ya, balik kepada cerita kita tadi. Lepastu, malam masa kawan-kawan Amri ni nak balik tidur dan baru pulang dari bilik prep, diorang bau satu bau yang sangat busuk. Adakah sama seperti bau yang aku bau semasa diganggu dalam kisah GANGGUAN TERSIRAT?. Wallahuallam. Lepastu, diorang pergilah report pada warden. Apabila warden buka locker yang datangnya bau busuk tu. Tengok-tengok,mayat si Amri ni dah diikat dalam guni. Jadi, warden buat report polis. Dan, mayatnya selamat dikebumikan.

Tapi, ramai yang kata penyebab locker itu berhantu sebab darahnya tak dicuci sepenuhnya. Adakah d***h yang melekat di bawah locker tu dicuci?.Kita tak tahu. Dan dari itulah bermulanya kisah-kisah mistik dan misteri. Ada yang terdengar orang menjerit meminta tolong dan sebagainya. Jadi, inilah kisah asal-usul penunggu locker itu.

Baiklah, kisah kedua pula terjadi pada pertengahan tahun 2015. Mungkin cerita ini tidak tular di mana-mana media tapi kisah ini benar terjadi. Baiklah. Cerita ini bermula sama seperti permulaan wujudnya “penunggu” locker ini. Cerita ini juga dikatakan bertarikh sama dengan hari pembunuhan Amri. Jadi, Haikal {bukan nama sebenar} ialah pemilik kedua selepas 2 tahun kejadian Amri.

Haikal ni seorang yang berani, gagah, badannya tegap, wajahnya kacak dan semestinya pandai. Tapi, satu sahaja kelemahannya, tidak suka mengemas barang. Ok. Suatu hari {kejadian berlaku waktu malam sebelum ke prep}, Haikal ni nak ambil barang dalam locker dia yang berselerak tu. Dah habis dia tutup dan kunci pintu locker tu. Tiba-tiba, kedengaran satu suara yang menjerit minta tolong. Suara itu nyaring, seram dan boleh membuat bulu roma kita meremang habis. Lepas tu, Haikal ni cuba la cari dari mana datangnya suara itu. Apabila diteliti, rupa-rupanya ia datang dari locker dia a.k.a locker puaka tu.

Lepastu, dia cuba buka kunci pintu locker tapi tiada apa-apapun. Tetapi, suara itu tetap ada. Dia pun cari hingga ke koridor dan kedengaran seperti bunyi itu datang dari bawah. Jadi, dia menjenguk ke bawah. Tiba-tiba, ada sesuatu yang menolak dia ke bawah. Tetapi, dia hanya koma. Jadi, cerita ini dapat disebarkan semasa dia sedar.

Selepas Haikal ni sedar dan pulih sepenuhnya Haikal ni baliklah ke asrama dari cuti sakit sebab kejadian tu, esoknya asrama digemparkan dengan badan Haikal ni dah terdampar di bawah aras. Adakah ini gangguan daripada locker itu? Sebab kawannya ada cerita yang Haikal bangun dari tidur dalam pukul 1.30 macamtu dan pergi ke lockernya jadi kawan dia ni hiraukanlah sebab ngantuk. Tapi, walau bagaimanapun dan walaupun banyak cerita yang menjadi bualan ramai tentang cerita ni yang dikatakan ada kait mait dengan roh Amri, kes ni masih diiktirafkan sebagai kes b***h diri dan merupakan satu-satunya kes b***h diri yang aku ada cakap dalam kisah aku sebelum ni.

Dikatakan roh “Amri” ni tak sukakan orang yang tidak kemas locker sebab dia m**i semasa dia sedang mengemas locker. Jadi, siapa yang tak kemas locker siaplah. Tapi, sesetengah pelajar berpendapat bahawa itu hanyalah helah untuk menyuruh kita untuk mengemas locker. Tapi adakah benar locker ini berpuaka?.Wallahualam.

Jadi, Terima Kasih kerana sudi membaca sehingga ke penghujungnya. Jangan lupa rate dan komen. Sekian terima kasih.

Koleksi Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now