Dendam Penghuni Laut Part 2

192 10 0
                                    

Bahagian 1
Sisik Ular (Ep.2)

Dalam tempoh sebulan Shila di asrama, keluarga aku meneruskan kehidupan seperti sedia-kala. Hanya kakak masih terkesan dengan kejadian yang lepas. Sering menyalahkan dirinya kerana hampir melukakan Udin.

Manakala, aku berhenti kerja di tempat lama dan memulakan pekerjaan baru sebagai Admin di sebuah kilang kayu milik kawan Dadi.

Selang seminggu selepas tercetusnya peperangan antara kami dengan Permaisuri Gustika, keadaan yang damai mulai bergoncang memberi amaran dengan aku.

• * * *

Amaran 1

Malam masih muda dan jiwa aku masih muda, Melepak dengan kawan-kawan adalah rutin harian kami. Mereka yang aku kenal dari zaman tadika, tidak tahu kelebihan yang aku ada dan aku tak pernah bercerita dengan mereka. Bagi aku, setiap persahabatan itu masih ada jarak yang perlu dijaga. Persahabatan kami berenam tetap kekal walaupun kini (2020) kami mempunyai keluarga masing2.

Jam menunjukkan tepat 9:30pm, aku dan Shelly mengundur diri selepas puas membawang dan menghalia dengan member. Seperti yang korang tahu, Shelly sering menumpang aku memandangkan dalam perjalanan pulang aku akan melalui perkampungan dia. Sekurang2nya aku tak lah balik sorang2kan.

Malam tu, dia datang membawa utusan lagi. Memberitahu dia masih tak putus asa untuk mendapatkan aku.

Selepas menghantar Shelly, aku memandu dengan berhemahnya sambil melayan lagu *New Rules* - Dua Lipa.

Tengah syok2 aku nyanyi, tiba2 pulak radio aku pandai tukar siaran. Dalam gangguan signal radio tu aku dengar bunyi gamelan dan seruling silih berganti.

Aku memberi signal ke kiri, memberhentikan kereta aku di tepi jalan. Jam di skrin radio menunjukkn 10:43pm. Radio kembali meneruskan lagu *New Rules*. Aku pejamkan mata seketika. Bau wangi menusuk ke hidung aku. Radio mula menyepi, tiada kedengaran kereta lalu-lalang. Aku mulai tenangkan diri, fokus dengan deria pendengaran. Bunyi ombak mula bertandang, semakin jelas.

Chinggggg *
Chinggg *

Bunyi loceng yang masih menjadi igauan aku. Dia mendekat. Bunyi loceng itu semakin jelas mendekat.

"Aku kembali ....." - dalam dialek jawa (aku translate .. sebab aku tak tahu bahasa apa yang dia pakai. Tapi aku boleh faham.

Seiring itu, aku rasakan ada sesuatu mula menjalar dari tapak tangan aku sehingga ke siku.

Indra ku buka. Ular tedung selar menjelirkan lidahnya yang bercabang memandang tepat ke arah muka aku. Belum sempat dia bertindak hendak membuat lovebite dimuka aku, aku dulu mencengkam tubuhnya sambil membaca Surat Ash Shaffaat Ayat 79.

#Surah tersebut boleh diamalkan untuk menghindari diri kita dari binatang berbisa. InsyaAllah dengan izin Allah S.W.T

Perlahan-lahan genggaman aku leraikan, ular tersebut hilang dari radar. Dari mana dia datang dan ke mana dia menghilang, bukan itu yang aku ingin tahu.

Aku menghembus nafas panjang.

Beristighfar.

Sesampai dirumah, aku mengambil wudhuk dan menunaikan solat Isya yang aku tinggalkan kerana leka membawang .. hihihi .. aku manusia biasa tak lepas dari kesilapan..

. . . .

Amaran ke-2

Aku dan Nono dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menziarahi Kak Nia. Nono lelap di kerusi penumpang, kepenatan bermain dengan Udin sepanjang hari.

Malam makin kelam, kabus mulai muncul entah dari mana datangnya menyelubungi kawasan perumahan kami.

Aku mulai tak sedap hati. Aku cuba bangunkan Nono tapi tidak ada tindak balas. Aku perlahankan kenderaan takut terlanggar anjing2 jiran yang sering berkeliaran di kawasan tersebut.

Koleksi Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now