Histeria - padah obses dengan kpop

695 33 2
                                    

Assalamualaikum wbt kepada admin Fiksyen Shasha dan para pembaca. Malam ni tiba-tiba je rajin nak type cerita biasanya buku je jadi mangsa hihi. Untuk pengatahuan admin saya antara peminat Fiksyen Shasha. Siap stalk apa bagai hihi. Follow ig pun ok kan. Harap-harap terpilihlah. Perkara ini berlaku 2 tahun yang lalu dan sekarang teringin nak kongsi untuk para pembaca. Bagi saya tahun itu ialah tahun perit dan ngeri bagi saya. Semoga kalian terhibur

Cerita saya agak panjang tapi insyallah saya akan cuba ringkaskan.
Hai. Nama saya Lisa (nama sebenar) kejadian ini saya sendiri yang alami.


Kejadian ini berlaku 2 tahun yang lalu semasa saya masih tingkatan 2. Waktu ini saya masih tertaksub dengan ‘kpop’. Hihi biasalah budak baru nak ‘up’. Setiap kali balik sekolah awal saya mesti nak balik lewat dengan geng peminat kpop. Lepak dalam kelas dengan gambar-gambar kpop (membawang). Hari seperti biasa cuma suatu hari tu tak silap saya hari isnin atau selasa keadaan jadi pelik sedikit. Kawan saya bernama Liya (nama samaran) ni jadi pendiam. Biasanya dia paling riuh sekali. Bila bertanya kepada dia, dia hanya menjawab dia mahu pulang. Sedangkan masih awal, biasanya kami pulang jam 2:50pm tapi dia ingin pulang pada jam 1;50pm. Kami tidak syak apa-apa dan benarkan dia pulang. Setelah dia berpaling untuk keluar, tiba-tiba tubuh ini rasa seram sejuk. Tetapi saya dan kawan-kawan saya tidak syak atau berfikir panjang dan terus melepak.


Keesokan harinya, pada setiap pagi, kami berkumpul di dewan untuk bacaan Yassin seperti biasa. Cuma saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kawan saya bernama Liya ini. Mukanya kelihatan pucat dan tidak bermaya. Dia hanya bersandar pada bahu kawan saya bernama Alya (nama samaran) . Alya tidak menunjukan apa-apa reaksi selain daripada fokus membaca Yassin. Setelah selesai bacaan Yassin dan bacaan doa dari ustaz, kami diminta untuk masuk ke dalam kelas.


Tibanya di kelas, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena kepada kawan saya (Liya) kerana dia belum masuk ke kelas. Tetapi saya tidak syak apa-apa kerana biasanya dia akan tolong guru untuk menghantar buku kehadiran. Setelah lama menunggu di dalam kelas, saya merasa hairan kerana guru belum datang ke kelas walaupun masa sudah tiba. Tiba-tiba Alya datang kearah saya dengan ketar-ketar dan pucat. Saya terus berlari ke arahnya kerana dia kelihatan sangat lemah dan ingin pengsan. Saya memegang tanganya dan menyuruh dia duduk. Dia memanggil saya dengan lemah. “Lisa.. Lisa.. Liya.. Dia.. ” dengan menunduk kebawah dan ketar-ketar. Saya menanya dia tentang Liya. “Kenapa dengan Liya? ” sambil memegang bahu dia. Dia hanya menjawab “tak ada apa-apa” dan berpaling ke arah lain. Saya merasa hairan dan kembali ke tempat saya di dalam kelas. Kerana tidak berbuat apa-apa saya hanya membuka beg dan menyusun gambar-gambar ‘kpop’.


Tiba- tiba bunyi sesuatu yang dihentak dengan sangat kuat. Saya hanya mengabaikannya kerana saya mengangap itu hanya perkara yang  dilakukan oleh pelajar lelaki yang sedang bergurau… Kerana terlalu kusyuk menyusun gambar-gambar kpop, saya tidak sedar bahawa sudah tiada sesiapa di sisi saya. Tiba-tiba suara teriakan kuat menerjah telinga saya. “Lisa!!! Lisa!!! Lari!!! Lari!!! ” kerana terkejut saya terus memandang ke arah pintu depan kelas. Saya terkejut dan hanya terdiam kerana takut dengan keadaan Alya yang memandang ke arah saya dengan pandangan yang mengerikan dengan senyuman yang pelik. Dia memandang terus kedalam mata saya. Saya terdiam. Tiba tiba tanganku terasa ditarik kuat. Rupa-rupanya Emma (nama samaran) menarik saya untuk membawa saya pergi dari situ. Tiba-tiba Alya menjerit dengan kuat dan memberontak. Dia kelakuan seperti seorang lelaki yang gagah sedangkan dia terkenal dengan lemah lembut. Dia menjerit dengan menyusuli tangisan dan ketawa yang seram. ( fuh tetiba rasa sejuk).


Kemudian datangnya seorang ustaz melaungkan azan dengan kuat. Secara tidak sedar Alya menerkam ke arah ustaz dan memukul ustaz dengan kasar. Kemudian dia merangkak keluar dan membuatkan pelajar yang berkerumunan di sekeliling kelas melarikan diri. Sunyi dari suara pelajar tetapi bising dengan suara ketawa seram Alya. Hanya saya dan beberapa kawan saya tidak melarikan diri kerana ingin membantu guru dan Alya (berlagak berani hihi). Tiba-tiba Alya berdiri dan melarikan diri. Tak pernah dia lari selaju itu. Penat saya dan kawan yang lain mengejar Alya.

Koleksi Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now