KISAH WAD 2

97 4 0
                                    

Hai semua. Terima kasih admin approvedkan cerita aku. Kalini aku nk sambung kisah wad yang aku ceritakan baru-baru ni. Aku nak cerita kisah pelik / seram yang berlaku kepada Nana pulak. Kisah ini diceritakan kepada aku oleh Nana setelah kami discharged daripada wad…

Kisah yang pertama, berlaku pada satu senja, sewaktu pesakit-pesakit kebanyakkan sibuk membersihkan diri dan get ready untuk waktu Mahgrib. Ketika itu, Nana hanya baring dikatilnya sambil main game pokemon go. Nasib baik juga kawasan wad kami ada pokestop dan gym pokemon. Takdelah boring sangat kami disitu. Okay2 sorry melalut sikit. So long story short, tiba-tiba ada seseorang datang kepada Nana untuk meminjam telekung darinya.

Untuk pengetahuan pembaca, kami tidak dibenarkan untuk meminjam atau memberi pinjam sebarang item peribadi. Nana menjawab, sorry saya tiada telekung kepada orang itu. Sebenarnya literally, Nana memang tiada telekung, sebab macam yang aku cerita haritu, Nana ni tak menjaga solat sangat. Jadi telekung pun dia tak bawak masa warded haritu. Yang seramnya, semenjak dari tu, dia langsung dah tak nampak wanita yang ingin meminjam telekung tu. Jadi apakah wanita itu bukan manusia? Kami pun tak tahu. Tapi aku cuba buat lawak kepadanya, nasib baik dia nak pinjam telekung, kalau. Dia nak jd friend pokemon kau. Lagi haru…

Kisah kedua pulak berlaku dekat tandas. Nana cerita dekat aku sewaktu dia mandi, dia menyangkut towelnya disebelah kiri penyangkut yang berada dibalik pintu shower room itu. Tetapi apabila selesai mandi dan nak ambil towel tu, towel tu berada disebelah kanan pulak. Selepas selesai mandi tu, Nana ke cermin pula dibahagian sinki untuk memakai tudung. Sewaktu tengah pakai tudung tu, tiba-tiba merasakan macam ada orang tengah tengok dia walaupun dia seorang je dikawasan sinki tu. Mungkin Nana tersilap. Tp bagi aku, tak mustahil perkara pelik macam itu berlaku. So aku anggap seram jugak lah cerita Nana ni.

Cerita ketiga ni, juga berlaku dikawasan tandas, lebih kurang pukul 2pm. Nana menceritakan kepadaku dia masuk ke tandas untuk kencing. Disebabkan waktu itu petang dan keadaan tidak menyeramkan, takdelah Nana kencing dishower room sahaja. Dia berjalan ketoilet yang berada dibelakang sikit. Ada dalam 5 cubicle toilet yang berada disitu. Semuanya tiada orang. Sewaktu kencing tu, dia ada dengar cubicle sebelah ada orang masuk. Kedengaran bunyi air dijirus dilantai dan kemudian pintu dibuka kembali. Dalam hati Nana, ni mesti jenis orang yang kencing atas lantai je ni. Sebab takde bunyi flush air. Setelah selesai kencing, Nana pun keluar dan melihat cubicle sebelahnya kering dan lantainya juga kering seperti tiada orang yang menggunakannya. Semenjak peristiwa itu, Nana dah tak berani untuk ke cubicle toilet, sebaliknya hanya kencing di shower room sahaja walaupun waktu siang.

So, itulah sedikit sebanyak kisah wad yang aku nak share dengan pembaca semua. Syukur tiada apa-apa yang teruk berlaku kepada kami sewaktu berada diwad tersebut. Selepas ni, kalau ada kesempatan, aku nak share kisah seram sewaktu berada di asrama zaman aku sekolah pulak.

Sekian
Tasha.

Koleksi Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now