Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada Fiksyen Shasha kerana sudi menerbitkan cerita saya. Saya, Hani..selama ini silent reader di Fiksyen Shasha..tapi, kali ini memberanikan diri untuk bercerita mengenai kehidupan sahabat baik saya, Sofea yang bertahun sakit kerana dendam manusia. Kisah ini adalah benar berlaku dan telah mendapat kebenaran dari beliau untuk dinukilkan di sini. Tapi, sebelum itu..saya mohon maaf sekiranya penulisan saya tidak sebaik penulis yang lain. Sis cuba ok..
Dalam penceritaan ini, saya akan bahasakan diri sebagai “Aku” untuk memudahkan penceritaan. Kisah hidup Sofea ini dah berlaku hampir 25 tahun yang lalu, tapi masih segar dalam lipatan ingatan aku dan Sofea sendiri..baik..kita mulakan kisah hidup Sofea, bahagian pertama..
Sofea..secantik namanya..begitu la cantik orangnya. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, Sofea merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Yang sulung, Abg Long..dan, kakak Sofea bernama Kak Yati. Sofea dari kecil anak yang cerdik dan cantik, putih mulus kulitnya..sehinggalah Sofea menginjak remaja..beliau menjadi kegilaan ramai remaja lelaki. Tak kira la ke mana pun beliau pergi, pasti ada yang berkenan dan cuba memikat.
Tapi, apa yang aku lihat..Sofea hanya layan sebagai sahabat sahaja. Aku pernah bertanya pada Sofea, “Kenapa kau anggap sebagai kawan aje? Ramai kot yang tergila-gilakan kau” aku berseloroh sambil tersenyum. Sofea, gadis tinggi lampai dan lemah-lembut hanya tersenyum manis..lalu menjawab “Kita baru 15 tahun Hani, aku belum terfikir nak ada boyfriend ke, serious relationship ke..aku nak jadi macam Kak Yati, belajar rajin-rajin sampai dapat masuk universiti. Ko pun kena ikut aku masuk uni tau! Jangan hilang fokus! Study”. Iya, itulah sahabat baikku, bukan sahaja cantik, malah pandai pula. Kadang aku cemburu tengok Sofea yang sentiasa fokus dengan targetnya, tak pernah terfikir nak couple-couple pun walaupun berderet lelaki sanggup sujud di kaki dia. Dan, Sofea..tidak pernah pula sombong dengan kecantikan yang dimiliki..solat sentiasa terjaga sebab mak ayah Sofea orang yang tegas. Dia bukan gadis liar, walaupun sesekali ajak aku teman dia bila ada budak lelaki ajak pegi minum atau nak belanja makan.
Suatu hari, Ila..rakan sekelas kami yang duduk di meja belakang Sofea meminta tolong..”Sofea, aku nak minta tolong kau boleh tak?”. “Tolong apa?” Sofea bertanya semula. “Erm…aku ni tak berapa pandai la nak bercakap dengan budak lelaki..aku nak minta tolong kau bagitau kat sorang budak lelaki ni yang aku belum bersedia nak couple-couple ni..boleh eh, tolong jadi orang tengah aku?”, rayu Ila. Aku dan Sofea bila terdengar permintaan Ila tu, hampir nak tergelak..memang kami ni rata-rata tak pandai bercakap dengan budak lelaki sebab kami sekolah semua perempuan. Mana-mana peminat Sofea ni datang dari sekolah-sekolah berdekatan atau di kejiranan beliau.
“Hmm..ok la..aku tolong cakapkan..nanti kau kena belanja aku makan la kalau gitu” Sofea membalas dengan gurauan. Sofea memang sentiasa ceria orangnya..mungkin sebab itu ramai suka berkawan dengan beliau. “Ok, nanti aku bagi nombor telefon rumah kau pada dia, aku suruh dia cakap sendiri dengan kau, thanks Sofea..kau memang penyelamat aku”, ujar Ila sambil berlalu keluar kelas. Disebabkan 25 tahun lepas remaja zaman tu takde telefon bimbit atau apa pun media sosial, maka telefon rumah la yang biasanya jadi penghubung. Dan, telefon rumah Sofea memang setiap hari berdering dengan panggilan-panggilan peminat Sofea.
Tapi, Sofea dijaga rapi oleh kedua orang tuanya & Abg Long. Setiap panggilan yang masuk, akan ditapis dulu siapa orangnya dan dari mana. Kadang peminat Sofea ni pandai juga minta tolong adik, kakak atau kawan mereka untuk telefon kan Sofea sebab takut dengan Abg Long Sofea.Tapi, pada malam tu, Sofea sendiri yang menjawab telefon. Ternyata, orang yang membuat panggilan ialah kawan lelaki Ila yang Ila beritahu pagi tadi. “Hello, assalamualaikum..boleh saya bercakap dengan Sofea?”. “Waalaikumussalam, ya..saya Sofea….siapa di sana?”. “Saya…Ray…kawan Ila…”. Maka, bermulalah perkenalan mereka melalui telefon semenjak pada malam itu. Walaupun Sofea cuma ingin maklumkan pada Ray yang dia hanya orang tengah antara Ray dan Ila, tapi Ray masih berkeras ingin mengenali Sofea dengan lebih dekat. Mungkin Ray juga sudah terpikat dengan suara Sofea yang manja dan lemah-lembut itu. Sofea pula agak kagum dengan keberanian Ray bercakap sendiri dengan Abg Long setiap kali telefon ke rumah, walaupun Abg Long selalu soal-siasat Ray. Disebabkan Ray kellihatan sebagai seorang yang “gentleman”, Sofea akhirnya bersetuju untuk bersemuka dengan Ray.
YOU ARE READING
Koleksi Fiksyen Shasha
HorrorYou locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati nanti tak dapat tidur malam kekekekekeke Seram tak seram bacalah dulu MUAHAHAHAAHAHA Credit to some...