CHAPITRE NEUF 🐺

7.9K 600 50
                                    

Thanks for 1K ! Here's ur reward dearest villain witches 🙈♥️

***

Victoria mengerling telefon yang dari tadi berdering. Kemudian matanya teralih pada Skyler yang sedang mengeringkan bulu Ace yang baru lepas mandi.

"Jangan angkat jika panggilan itu dari orang yang aku tak save contact."

Itu pesannya. Victoria menggigit bibir dan mengambil telefon Skyler memandangkan lelaki itu berada agak jauh darinya. Macamana dia nak biarkan jika nombor ini menelefon Skyler tanpa henti. Mustahil salah nombor.

Victoria menarik nafas dalam dan panggilan itu diangkat.

"He..."

"Rentre à la maison maintenant si tu as encore de l'empathie en toi-même. Votre père est malade et vous lui manquez. Maintenant, il a besoin d'une opération mais il refuse parce qu'il veut d'abord vous rencontrer. (Pulang sekarang jika kamu masih punya hati perut. Papa kamu sakit dan rindukan kamu. Sekarang dia perlu dibedah tetapi dia menolak kerana ingin bertemu dengan kamu dahulu.)" Laju sahaja suara itu berbicara dalam bahasa Perancis kerana risau Skyler akan memutuskan talian.

Victoria terkedu.

"Skyler?" Suara itu berbunyi lagi. Suara wanita.

"Argh!" Jerit Victoria apabila secara tiba tiba telefon yang melekap di telinganya itu dirampas secara kasar. Terus dia mendongak dan melihat wajah Skyler yang merah menahan amarah dari meletus.

"Aku dah kata jangan angkat kalau orang yang tak kenal call kan?" Soal Skyler dengan nada keras. Telefonnya dicampak ke atas permaidani dan dia menumpukan perhatian pada Victoria.

"Tapi.."

"Aku tak kisah apa pun alasannya, bila aku cakap jangan then jangan! Susah ke nak dengar cakap aku?" Skyler memanah wajah Victoria sehingga gadis itu menikus takut.

Nafas kasar dihela dan dia pergi untuk meninggalkan Victoria.

"Papa you sakit. Dia kena operate tapi dia taknak sebab dia nak jumpa you dulu." Jelas Victoria senafas sambil memandang Skyler yang membelakanginya.

"Tak ada kaitan dengan aku." Itu sahaja yang keluar dari bibir Skyler sebelum dia meneruskan langkah.

"Dia papa you."

Bibir Skyler menyenget ke atas. Dia kembali memandang Victoria yang turut memandangnya. Kakinya perlahan lahan menapak mendekati Victoria sehingga gadis itu mengundur ke belakang.

"Jadi kau nak aku buat apa?" Soal Skyler apabila jarak mereka sangat dekat sehingga nafas masing masing menampar muka mereka.

"Balik France. Jumpa papa you."

Skyler tersenyum sinis dan mengangkat dagu Victoria lalu mata hijaunya bertentang dengan mata biru milik si gadis.

"Satu syarat. Kau pun kena ikut aku balik France dan jumpa dengan keluarga kau."

"No!" Victoria membantah. Dia masih tidak bersedia untuk berjumpa dengan keluarganya yang berada di Perancis itu. Lagi lagi selepas keluarganya memaksa dia berkahwin dengan Skyler. Ingat ini cerita kuno main kahwin kahwin paksa? Meskipun itu kisah lama, tapi ia melampau.

"So am I. Aku takkan balik ke France selagi kau tak setuju untuk ikut aku dan jumpa keluarga kau. Kau faham macamana perasaan itu, kan? Jadi tolong faham aku." Skyler menjauhkan badannya dari Victoria.

Victoria hanya memandang kelibat Skyler yang berlalu pergi sebelum dada tempat terletak jantungnya disentuh.

Laju.

3 |   VILLAIN'S   [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat