CHAPITRE DIX 🐺

7.8K 588 148
                                    

Victoria tersenyum lebar memandang skrin telefon. Nampaknya reporter memang cekap membuat kerja. Berita tentang pengambil alihan jawatan dari Elijah oleh Skyler telah tersebar dengan cepat dan sekarang semua bising.

Ada yang berpuas hati kerana kata mereka, Elijah memang semakin teruk dalam mengendali Ezekiel Invest. Ada juga yang tidak berpuas hati kerana mereka tidak kenal siapa Ace Skyler. Entah entah lagi teruk dari Elijah!

"Kenapa diorang kecoh sangat? You cuma tukar tempat dengan Elijah je. I rasa berita ini tak patut tersebar ke seluruh negara." Komen Victoria apabila Skyler melabuhkan duduk di tepinya setelah selesai menguruskan Ace.

"Mestilah kecoh. Hampir 25% ekonomi di negara ini bergantung pada Ezekiel Invest. Jika Elijah terus mengendali syarikat tu, ranaplah hampir separuh ekonomi disini. Sebab tu mereka bising. Mereka takut aku ni lagi teruk dari Elijah. Kalau Ezekiel bankrup disini, habislah 25% ekonomi negara ni."

Victoria mengangguk kecil. Ya, walau hanya 25%, tapi jumlah itu sudah terlalu besar untuk melayakkan Ezekiel dilabel sebagai jutawan dunia. Manakala di Malaysia, Ezekiel menakluk hampir 40% ekonomi disana. Tidakkah benda sebegitu amat gila?

"You can handle it. I tahu you hebat." Bahu Skyler ditepuk tepuk oleh Victoria. Skyler tersenyum nipis. Semestinya. Sekali amanah itu diletakkan dibahunya, meskipun perlu mati, dia akan mati asalkan nama bangsawan elit D'Ezekiel tidak tercemar.

"Mereka buat majlis untuk meraikan kedatangan aku. So.. would you mind to come with me?" Pelawa Skyler. Terus membulat mata Victoria.

"Betul ke?!" Soal gadis itu teruja. Skyler angguk. Victoria menjerit dan menggigil teruja.

"Of course I nak! Bila?" Tanya Victoria dengan nada bersemangat.

"Minggu depan."

Victoria terus menganggukkan kepalanya. Semestinya dia akan ikut! Siapa sahaja yang akan menolak perlawaan untuk ke majlis bangsawan elit?

Skyler melakarkan senyum melihat Victoria yang teruja lain macam.

***

"Mulai awal Mac, syarikat pelaburan terkenal, Ezekiel Invest Holdings bakal bertukar pengarah urusan yang dulu dipegang oleh Elijah D'Ezekiel kepada Ace Skyler D'Ezekiel."

Mata gadis itu bersinar melihat nama lelaki yang terdapat di skrin telefon. Ace Skyler D'Ezekiel.

Bibir si gadis tersenyum dan dia memeluk telefonnya seolah olah memeluk empunya nama Ace Skyler itu. Kemudian skrin telefon dicium.

"Mama! Mama." Si gadis berlari riang ke arah wanita yang sedang membersihkan mukanya.

"What?" Soal si ibu apabila melihat anak yang teruja.

"Mama tahu tak yang Ezekiel Invest akan ada pemilik baru?" Soal gadis itu sambil tersenyum misteri. Wanita bernama Olivia itu mengangguk.

Ya, semestinya dia tahu kerana berita itu sudah menjadi panas sejak dua hari lepas.

"Do you know who is the next holder of that company?" soal gadis itu lagi.

Kali ini, Olivia menggeleng.

"Ace Skyler D'Ezekiel." Sebut si gadis. Terus Olivia membulatkan mata dan menekup mulut.

"Serius?"

"Ya, mama! Nampaknya takdir mempertemukan kami kembali." Gadis itu berpusing riang sambil rambutnya turut berpusing.

"Baguslah kalau begitu. Jadi sekarang ni kamu perlu pikat dia kembali. Mama yakin dia masih cintakan kamu." Ujar Olivia sambil mengusap kepala anaknya. Gadis itu mengangguk.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now