CHAPITRE TRENTE ET UN 🐺

8.4K 582 95
                                    

"Apa kau buat disini?"

Vanessa tersenyum lalu memandang Skyler yang berada di hadapannya.

"Saja. Lawat kakak I. Salah ke?" Soal Vanessa. Dia mendekati Skyler sebelum lengan Skyler dipeluk.

"Kesian Victoria. Baru je gembira dapat jadi model, terpaksa hadap kebencian orang ramai nanti bila semua tahu yang dia rampas you dari I."

Skyler merentap tangannya.

"Vanessa, dengar sini. Empat tahun lepas, kau yang pergi dari aku dengan alasan kau mengandung anak Bernard, bukan aku yang tinggalkan kau." Ujar Skyler sambil mengetap rahang.

"Yes. I know. Tapi you tak ada bukti untuk tunjukkan benda tu betul. Nanti bila Victoria dibenci, nama dia takkan boleh dibersihkan tanpa bukti. Lainlah I, I ada semua kenangan kita bercinta dulu. I boleh tunjukkan pada semua dan buat mereka percayakan I." Provok Vanessa. Dapat dilihat muka Skyler merah padam menahan marah.

"Kau nak apa?" Soal Skyler akhirnya.

"I nak you. I nak kita bersama kembali macam dulu. Sebelum terlambat. Sekelip mata je I boleh jatuhkan kerjaya Victoria jadi fikir baik baik, Ace Skyler. Jangan buat keputusan bodoh." Vanessa merapatkan jarak mereka sebelum leher Skyler dipeluk dan hidung mereka hampir berlaga.

"I bagi you masa, dua hari. Fikir baik baik. Bye." Bisik Vanessa sebelum dia mencium pipi Skyler sekilas dan tersenyum.

Kaki mula melangkah keluar dari hotel yang diduduki oleh Skyler memandangkan rumahnya sekarang diduduki oleh Victoria.

***

"What?! You ada disini?" Soal Victoria terkejut. Skyler tersenyum.

"Si. (Ya.) Aku dah ada di rumah dah ni." Ujar Skyler. Victoria tersenyum lebar.

"Okay. I kena habiskan satu sesi lagi lepastu I balik." Victoria bernada teruja. Skyler angguk sebelum mereka mematikan talian.

Victoria tersenyum lebar dan menyimpan telefonnya.

"Wazeer! Can we make it faster? I kena balik awal." Ujar Victoria kepada pengurusnya. Wazeer yang sedang berehat berkerut dahi.

"Dah kenapa nak balik awal?" Soal Wazeer. Victoria tersenyum sumbing.

"Boyfriend I datang sini." Ujar Victoria malu malu.

"Oh." Wazeer buat muka menyampah. Dah naik muak dia dengar Victoria bercerita tentang teman lelakinya.

Akhirnya setelah selesai kerja, Victoria mula berkemas untuk pulang dengan hati berbunga bunga. Sempat singgah di kedai coklat untuk membeli pelbagai coklat.

Nak dating dengan Skyler!

Victoria menggigil teruja.

Keretanya tiba di garaj dan enjin dimatikan. Victoria mengambil beg tangan dan plastik coklat sebelum melangkah masuk.

Pintu dibuka.

"You?" Soal Victoria sambil memandang sekeliling rumah mencari kelibat Skyler. Kemudian dahinya berkerut apabila mendengar suara orang bercakap.

Suara perempuan.

Victoria meletakkan beg dan coklat di atas meja.

"I risaulah, macamana kalau Victoria balik?"

"Dia cakap dia ada satu sesi lagi. Lambat lagi dia nak balik."

Victoria tergamam mendengar suara Skyler. Pantas pintu dibuka sedikit dan dia mengintai ke dalam bilik.

3 |   VILLAIN'S   [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum