CHAPITRE TRENTE TROIS 🐺

8.5K 604 257
                                    

Victoria menguap panjang lalu membuka mata. Terkelip kelip dia memandang Skyler yang terlena di sebelahnya. Bibir tersenyum lebar dan gadis itu mencium bibir Skyler sekilas sebelum bangun.

Rambutnya disanggul tinggi dan Victoria mula berdiri.

"Sekejap."

"Argh!" Victoria terjerit apabila tubuhnya ditarik sehingga dia terjatuh di atas tilam kembali.

"Aku nak tidur. Sekejap." Gumam Skyler sambil memeluk erat tubuh Victoria. Gadis itu menggeleng dan menampar lembut tangan Skyler di pinggangnya.

"Macamana bilik ni boleh dibina?" Soal Victoria pelik. Bilik ini sangat hebat dan canggih sehingga mampu memanipulasi manusia.

"I don't know." Jawab Skyler dengan nada mengantuk.

"You, sekarang dah pukul 10 malam. Kita masih di ofis you tau. Jom balik. Esok you kerja." Rambut Skyler diusap dan pipi itu dicium lagi.

Skyler membuka sedikit matanya dan memandang Victoria. Bibir dimuncungkan.

"What?" Soal Victoria pelik.

"Nak kiss." Jawab Skyler. Victoria tergelak dan menepuk dada Skyler. Bibirnya menyentuh bibir si teman lelaki sekilas.

"Jom balik. Kesian Ace dekat rumah."

Skyler bangun dari katil dan mencapai hoodie yang diambil petang tadi lalu dipakaikan di badan Victoria.

"Jom." Tangan gadis itu digenggam dan mereka mula melangkah keluar dari pejabat.

***

"Wof!"

Victoria tersenyum lalu tunduk dan memeluk Ace. Bulu Ace diusap lembut.

Skyler turut masuk ke dalam rumah dan pintu ditutup.

"Hei." Kepala Ace diusap dan Skyler mencium Ace seketika. Kemudian jejaka itu menanggalkan kemeja apabila Ace lebih sibuk bermanja dengan Victoria berbanding dirinya.

Dasar pilih kasih.

Skyler tersenyum nipis.

Victoria memandang tubuh tegap Skyler yang hanya bersarung singlet hitam bersama renungan gatal. Kacak betul Skyler.

"Gila." Mata Victoria ditutup apabila gadis itu memandang tubuhnya seperti perogol bersiri.

Victoria tergelak dan menepis tangan Skyler di matanya.

"Tidur sinilah malam ni." Pelawa Skyler. Victoria menggeleng. Tempah maut ke mamat ni? Nanti Vanessa tiba tiba datang dan nampak dia disini habis musnah kerjayanya.

"Kalau you penat tak boleh hantar I balik tak apa. I boleh suruh Wazeer jemput I disini." Ujar Victoria.

"No. Biar aku hantar."

Victoria tersengih melihat riak Skyler seperti cemburu dengan Wazeer, pengurusnya. Comel.

"I balik dulu. Esok I datang sini lagi, okey?" Victoria menepuk lembut badan Ace yang berada di atas ribanya.

"It just 10. Sabarlah, kalut kalut nak pergi mana? Vanessa takkan datang malam malam buta begini." Ujar Skyler sambil berkerut dahi. Dia tak puas lagi bermanja dengan Victoria.

"Alright."

Skyler tersenyum lebar dan melangkah ke dapur. Tangan mencapai dua gelas kaca dan dia mula membancuh air coklat suam untuk Victoria dan air kosong suam untuk dirinya.

Kemudian, air itu dibawa ke ruang tamu dan diletakkan di atas meja. Lampu ditutup dan Skyler memasang hanya tiga putung lilin buat menemani mereka bertiga.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now