CHAPITRE TRENTE-CINQ 🐺

8.1K 631 273
                                    

"Victoria?" Skyler mencari kelibat Victoria di dalam rumahnya. Pintu bilik dibuka dan gadis itu tiada.

"Mana pula kau pergi ni?" Gumam Skyler sambil melangkah keluar. Ingin ditelefon, telefon Victoria ada dengannya sekarang.

Tiba tiba poketnya terasa bergetar dan Skyler mengambil telefon Victoria yang berdering lalu skrin dilihat.

Unknown number.

"Hello?"

"Ace Skyler! You datang sini sekarang! Bencilah I kena hadap muka polis tua hodoh ni!"

Skyler menjauhkan telefon Victoria dari telinganya apabila suara gadis itu menjerit menyakitkan gegendang telinganya.

"Victoria? Kau dimana ni?" Soal Skyler pelik.

"I dekat balai polis! Vanessa tak guna tu buat laporan I culik Hazzel! You datang sini sekarang!"

Skyler pantas melangkah keluar. Bukan apa, dia risaukan polis disitu. Victoria ni sekali mood nenek sihir dia datang, kalau terlanggar tiang letrik pun tiang letrik tu yang minta maaf dulu.

Setibanya di balai polis, Skyler melangkah masuk dan terus mencari Victoria.

"You!"

Victoria pantas berlari mendapatkan Skyler dan lengan jejaka itu dipeluk bersama wajah cemberut marah.

"What happened?" Soal Skyler sambil memeluk Victoria yang bagai gunung berapi.

"Kami mendapat laporan bahawa Cik Victoria menculik kanak kanak yang merupakan anak kepada Puan Vanessa."

"Masalahnya sekarang ni you nampak ke Hazzel dengan I? Tak ada kan? Kenapa.." bicara Victoria terhenti apabila tangan Skyler naik memekup mulutnya. Terus dia mendengus.

Skyler menggeleng. Panas baran betul.

"Teruskan." Ujar Skyler.

"Dan kami dapati melalui rakaman kamera litar memang ada Cik Victoria di dalam rakaman tersebut. Sekarang kami sedang tunggu Puan Vanessa datang untuk kita selesaikan perkara ni." Sambung pegawai polis itu.

Skyler angguk dan menarik Victoria duduk di salah sebuah kerusi.

"Calm down." Ujar Skyler sambil merenung ke dasar mata biru milik si teman wanita yang kelihatan berapi.

Victoria mengeluh dan cuba menyabarkan diri sendiri.

"Come." Tubuh Victoria ditarik ke dalam pelukan dan kepala gadis itu dicium lembut. Victoria akhirnya tersenyum. Suka apabila dimanjakan oleh Skyler.

"Wow. Korang berdua masih bercinta rupanya."

Suara Vanessa dari belakang membuatkan Victoria dan Skyler serentak menoleh.

"Eh kau!" Victoria mula bangun bersama hati yang membara kembali. Skyler pantas memeluk pinggang Victoria.

"I asked you to calm down." Ujar Skyler mengingatkan Victoria. Victoria mendengus dan memeluk tubuh.

"Bagi Hazzel pada I dan semua akan selesai." Kata Vanessa mendatar.

"Masalahnya sekarang ni Hazzel tak ada dengan I!" Bentak Victoria.

Vanessa berpeluk tubuh dan tergelak sinis.

"Jangan ingat I bodoh, Victoria. Mana you sorok Hazzel?"

"Kenapa you beria ria sangat nak Hazzel?"

"Sebab dia anak I!" Bentak Vanessa.

"Anak ke kalau sampai mendera?" Satu suara kedengaran.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now