CHAPITRE DIX-HUIT 🐺

8.1K 589 185
                                    

"Victoria."

Bunyi pintu diketuk membuatkan kepala si gadis bermata biru tertoleh. Terus dia bangun meninggalkan Ace yang baru siap dimandikan sebelum pintu dibuka.

"Skyler?!" Jerit Victoria terkejut melihat lengan Skyler yang berdarah. Terus gadis itu memegang tangan Skyler dan lelaki itu didudukkan di sofa. Darah menitis ke lantai.

"What's wrong? Siapa buat you macamni? Nak I call doktor tak?" Kalut Victoria berlari mencari telefonnya untuk menelefon doktor.

"No need, lambat. Just give help me to take out this bullet." Ujar Skyler sambil menunjuk lengannya yang terbenam sebutir peluru dan darah yang masih mengalir itu.

"What?! You gila? I.. I tak pernah buat benda tu." Victoria membulatkan mata mendengar permintaan Skyler.

"Please. This hurts as hell."

Victoria memandang telefonnya seketika sebelum beralih pada Skyler yang sedang memegang tangannya sendiri. Terus gadis itu mendekati Skyler dan kotak ubat diambil.

"Benda ni sakit sikit. You tahan, ya?" Victoria mengambil alat untuk mencungkil peluru keluar dan mula mengeluarkan peluru yang berada di lengan Skyler.

"Argh.." desis Skyler perlahan sambil gigi diketap kuat.

"I can't! You tunggu kejap I panggil doktor." Victoria kembali meletakkan alat pengepit itu sebelum bangun mengambil telefonnya. Peluru itu agak kecil jadi susah untuknya mengeluarkan peluru itu. Tambahan lagi, dia tidak pernah membuat kerja sebegini.

Tidak lama kemudian, doktor yang dibayar mula datang ke rumah dan memeriksa peluru di dalam lengan Skyler.

Setelah hampir lima minit, peluru kecil itu dikeluarkan dan lengan Skyler dibalut kerana darah masih mengalir sehingga mengotorkan sofa dan lantai rumah itu.

"Ini ubat tahan sakit. Telan selepas makan apa apa makanan. Okey?" Doktor itu menyerahkan plastik berisi ubatan yang dibawa lalu begnya ditutup kembali. Victoria mengangguk dan mengambil plastik itu.

"Thanks, doc." Senyum manis diberi sebelum doktor itu berlalu pergi. Victoria kembali melangkah ke arah Skyler yang hanya diam menilik lengan yang berbalut.

"You pergilah bersihkan diri dulu. Biar I cuci sofa and lantai ni." Meskipun banyak perkara yang bermain di dalam mindanya, Victoria hanya memendam dahulu soalan yang ingin ditanya kerana faham ini bukan masa sesuai.

Pagi tadi keluar elok je nak pergi ke pejabat tiba tiba balik ni terus kena tembak di lengan.

"No, just call the cleaner. You're not the maid here." Skyler berkata sebelum bangun dan melangkah ke dalam bilik untuk membersihkan dirinya.

Victoria memandang kelibat lelaki yang semakin menjauh itu sebelum lantai dan sofa yang terdapat titisan cecair darah diperhati.

"Who did it?" Setahu Victoria, Skyler tidak mempunyai musuh lain selain Titiara di Perancis ini. Tetapi bagaimana pula dia boleh ditembak?

***

Pintu bilik dibuka dan Victoria membawa masuk dulang berisi makanan buat Skyler. Lampu bilik itu juga dibuka memandangkan Skyler suka tidur dalam gelap. Langsir pun tidak dibuka.

Dulang itu diletakkan di atas meja dan Victoria membelek kesan balutan di lengan Skyler yang sedang tidur itu. Balutan itu dibuka dan Victoria mula mengambil kapas bersih lalu ditekap lembut di luka Skyler cuba membersihkan luka itu.

"Auch auch!" Skyler terus terbangun apabila terasa lukanya disentuh.

"Ops, sorry. I cuma nak tukar balutan." Bibir digigit dan Victoria meniup luka Skyler agar rasa sakit itu berkurangan.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now