CHAPITRE VINGT-HUIT 🐺

8.6K 685 381
                                    

"Tunggu."

"Arghh!" Jerit Victoria terkejut apabila ada manusia menarik tangannya dari belakang. Terus gadis itu berpaling ke belakang.

Hunter melepaskan tangan Victoria dan berpeluk tubuh.

"Berani betul kau munculkan diri lagi lepas apa yang jadi." Hunter berkata sambil memandang Victoria yang kelihatan cuba menyorokkan wajahnya.

"I tak pernah terdetik untuk lari." Victoria turut menikam mata Hunter dengan renungannya. Hunter tersenyum sinis.

"Good. Sebab sekarang Skyler memang tengah cari kau. Kau dah hampir bunuh orang kanan D'Ezekiel. Apa yang kau rasa akan berlaku pada kau nanti?" Soal Hunter.

"Skyler takkan apa apakan I. Tengoklah, dia hapuskan semua bukti tentang I dan dia yang suruh I Iari. He loves me." Victoria berkata yakin.

"Tak. Dia tak hapuskan. Dia cuma minta aku sorok. Semua bukti ada dengan aku." Ujar Hunter sambil mengeluarkan telefonnya.

Victoria cuba merampas telefon ditangan Hunter namun Hunter lebih pantas menyorokkan telefonnya ke belakang.

"Goda dia."

Victoria berkerut wajah.

"Apa?"

"Dengan semua bukti yang ada sekarang ni, sekelip mata je kami boleh hapuskan kau. Jadi goda Skyler untuk selamatkan diri kau." Ujar Hunter santai.

"I tak perlu goda dia kerana dia dah jatuh cinta pada I."

Hunter tergelak sinis.

"Tak sangka aku yang Skyler suka perempuan over confident seperti kau. Okay fine, baguslah kalau macamtu." Hunter menyimpan telefon di dalam poket dan berlalu pergi kembali.

Victoria hanya memerhati sebelum nafasnya terhela lemah.

"Wait."

Hunter berhenti melangkah.

"I sebenarnya.. dapat tawaran modeling di Asia. I need to go there. Ini je satu satunya peluang untuk I capai cita cita yang I idamkan selama ini." Jelas Victoria.

Hunter berkerut wajah dan memandang Victoria.

"Asia? Victoria kau tahu kan Skyler takkan izinkan kau pergi?" Victoria mendapat tawaran kerja di Asia, manakala Skyler perlu berada di Perancis kerana dia ketua D'Ezekiel disana. Benua Asia dan Eropah tidaklah dekat jadi semestinya Skyler tidak akan membiarkan Victoria pergi.

"I know. That's why I kena tinggalkan dia sekejap."

"You choose your career over him?" Soal Hunter. Victoria angguk tanpa ragu.

"I takkan pilih dia selagi dia tak betul betul serius dengan I. I nak fokus pada kerjaya I dan beri dia masa untuk berfikir tentang masa depannya. I dah penat. Penat bertepuk sebelah tangan. Kalau dia pilih I, dia akan cuba untuk jadi lelaki yang lebih serius dengan masa depan dia but he's not."

"Betullah. Kau memang bodoh." Penuh kejam Hunter menyuarakan pendapatnya mengenai Victoria.

Victoria membulatkan mata.

"Apa?" Soal gadis itu mula naik angin.

"Lepas kau tengok perangai dia selama ini, kau masih tidak tahu perasaan dia? He's about to build his life with you."

Victoria terkedu.

"What?" Soal gadis itu perlahan.

"Skyler tahu Elijah sukakan dia dan gay. Tapi dia pura pura tak tahu sebab dia taknak Elijah apa apakan kau. Dia dah hampir berjaya gugurkan nama Elijah dari D'Ezekiel dan rampas segala harta Elijah dengan bantuan Vanessa yang ada segala maklumat tentang Elijah tapi semua hancur sebab tindakan bodoh kau yang rahsiakan pasal kandungan kau! Dia dapat tahu kau mengandung, he monitored you from afar dan dia terpaksa berhenti dari musnahkan Elijah sebab kau lebih penting bagi dia. Dia lebih pilih untuk jaga kau dari hapuskan Elijah." Jelas Hunter geram.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now