CHAPITRE TRENTE-HUIT 🐺

7.9K 663 209
                                    

Skyler memerhati telefon yang berdeting. Bibirnya tersenyum lebar melihat nama di skrin.

Mine, l'amour

Tangannya mula berhenti menaip dan melihat mesej yang masuk dari kekasih hati.

Belum sempat dia membuka mesej, tiba tiba ada satu panggilan lain masuk. Dahi berkerut melihat nombor yang tidak dikenali ingin membuat panggilan video.

Ikon hijau diseret.

Jantung Skyler seakan terhenti.

"Fucking hell." Bisik Skyler perlahan dan melihat Hazzel yang sedang terbaring dan terikat di sebatang pokok.

Pokok di laman rumahnya.

"Kau sentuh dia kau mati, Titiara. Jangan cabar aku." Skyler mula bangun.

"Wow, you kenal nombor I rupanya." Kata Titiara sinis. Telefonnya dihala ke sekeliling.

"Say hi to your daddy."

"Hazzel!" Jerit Skyler apabila rakaman Hazzel berada di sudut laman. Di kepalanya terdapat cairan darah.

"Erghhh!" Jerit Skyler sambil membaling telefonnya ke dinding sehingga berkecai dan pantas mencapai kunci kereta dan berlalu keluar dengan laju.

Kereta dipandu dan dia menekan pedal minyak sehingga rapat tanpa menghiraukan lampu isyarat dan bunyi hon dari kereta lain.

Hazzel.

Hanya itu sahaja di dalam kepalanya sekarang. Rahang terketap rapat.

Setibanya di rumah, terus dia melangkah masuk dan berlari ke laman rumahnya.

Kaki terhenti melihat kejadian di depan mata.

"Hazzel?"

Skyler mendekati Hazzel yang sedang terikat. Kelihatan darah kering di pelipis kanak kanak itu.

Terus Skyler membuka ikatan dan menyambut tubuh Hazzel yang lembik.

"Hazzel dengar suara daddy? Hazzel tolong buka mata, tengok daddy." Pipi Hazzel ditepuk lembut. Hazzel membuka matanya sedikit dan jarinya terhala ke dalam rumah.

"What?" Soal Skyler. Hazzel terus menunjuk ke dalam rumah dengan mata yang terpejam kembali.

Skyler mendukung Hazzel dan melangkah masuk ke dalam rumah. Keadaan rumah diperhati dan Skyler melihat rumah yang agak tunggang langgang.

Rahang Skyler terketap rapat. Tubuh Hazzel dibaringkan di atas sofa dan dia terus berlalu pergi ke dalam bilik memeriksa rakaman CCTV.

"Fuck, Titiara." Bisik Skyler apabila melihat satu per satu pengawal keselamatan di rumahnya tumbang apabila satu bom diledakkan di kawasan keselamatan. Darah berlumuran dan daging manusia bersepai.

Kemudian Skyler melihat dua orang lelaki berotot membawa Ace keluar dan Hazzel cuba menghalang, namun kanak kanak itu pula dibelasah.

Skyler terus keluar dan pintu bilik Ace dibuka.

"Ace? Ace!" Skyler membulatkan mata melihat Ace tiada didalam bilik.

"Dia bawa pergi." Akhirnya suara Hazzel keluar. Skyler mengacip gigi dan mendekati Hazzel.

"Daddy bawa Hazzel ke hospital. Hazzel rehat dekat sana ya?" Soal Skyler lembut sambil mengusap kesan luka di kepala Hazzel. Nasib baiklah luka Hazzel tidak teruk.

Hazzel angguk dan terus Skyler membawa kanak kanak itu ke Ezekiel Specialist.

"Dia tak apa apa. Small injuries dekat kepala dan bahu." Kata doktor itu sambil menunduk hormat. Skyler mengangguk.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now