CHAPITRE VINGT 🐺

9.4K 628 212
                                    

[Matured]

***

"Tak, apa masalah kau nak marah marah aku ni? Aku tak ada kacau hidup kau pun kan?!"

"Dahtu siapa yang rosakkan kasut mahal aku?!"

Skyler mengerutkan dahi apabila terdengar bunyi manusia saling bertelagah dari ruang di tingkat bawah. Punyalah kuat masing masing menjerit sehinggakan bunyi jeritan itu sampai ke bilik Skyler yang berada di tingkat dua.

Lelaki itu bangun dan mengelipkan mata yang terasa mengantuk sebelum membuka pintu bilik. Kelihatan dua manusia sedang merenung sesama sendiri seolah olah ingin membunuh sesama sendiri.

"Victoria, no!" Skyler pantas berlari dan menarik Victoria yang semakin mengganas ingin menarik rambut Titiara dengan kuat.

"Ergh!" Titiara menolak Victoria sebelum Victoria turut maju untuk mencakar wajah Titiara.

"No hey hey, calm down." Skyler menarik pinggang Victoria dan gadis itu dipeluk bagi menenangkan amukan Victoria.

"Orang tua ni melampau! Ada ke patut dia rosakkan kasut I yang mahal tu? I kerja berbulan bulan tau untuk dapatkan kasut tu!" Victoria mengepal tangannya dengan kuat kerana geram dengan Titiara.

Pagi tadi, dia bangun kerana bau sesuatu terbakar. Pantas sahaja dia pergi ke arah kebakaran itu untuk melihat apa yang hangus dan bulat matanya melihat kasut miliknya yang mencecah hampir lima ribu euro dibakar oleh Titiara. Mana tidak berapi dia dibuatnya?

"Kasut apa?" Soal Skyler sambil memandang Victoria.

"Kasut mahal konon. Dah tahu diri tak mampu beli, jangan beli." Sinis suara Titiara menghina Victoria. Membuatkan api kemarahan Victoria menjadi semakin membuak buak.

"Kau!" Tangan Skyler dipinggangnya ditolak kasar sehingga lelaki itu terdorong ke belakang dan terus tangannya naik mencengkam rambut Titiara sehingga wanita tua itu menjerit.

"Kurang ajar!" Titiara menjerit sambil cuba untuk menarik rambut Victoria kembali. Skyler meleraikan dua wanita itu.

"Stop!" Tajam renungan diberi pada Titiara apabila wanita itu masih ingin mencari hal dengan Victoria.

"Kau ingat aku takut ke dengan kau?" Bidas Titiara kepada Skyler. Victoria terus menaikkan kakinya dan menendang Titiara menggunakan kakinya sebelum Skyler menarik dia menjauhi Titiara.

"Kurang ajar!"

"Kau yang kurang ajar! Dasar tak reti nak hormat orang!" Tengking Victoria. Skyler mengeluh perlahan dan menghadapkan Victoria ke arahnya.

"Pergi masuk dalam bilik, cool down and rest. Nanti aku ganti kasut tu balik." Skyler menyelitkan rambut Victoria ke belakang telinga gadis itu. Victoria menjeling Titiara sebelum menghentakkan kakinya masuk ke dalam bilik.

Skyler memandang Titiara sekilas sebelum dia berlalu pergi. Titiara tersenyum sinis. Ingatkan berani sangat nak lawan dia.

Nafas dihela kasar dan bibir tersenyum lebar. Puas hatinya setelah dapat membuat Victoria naik angin. Sekarang baru gadis itu tahu siapa dia yang sebenarnya. Dasar orang luar sibuk nak masuk campur urusan dia.

Skyler di luar rumah memandang kelibat Titiara yang berada di dalam rumah. Kemudian pandangannya menumpu kepada kereta Ferrari milik Titiara di garaj.

Bibir mengukir senyum.

Titiara melangkah keluar dari rumah apabila terasa lapar. Sekaligus untuk meraikan kejayaannya menyakitkan hati Victoria, jadi dia ingin berbelanja untuk dirinya sendiri.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now