CHAPITRE DIX-SEPT 🐺

8.2K 619 172
                                    

Skyler menutup tubuh Victoria yang kesejukan tidur di atas sofa menggunakan selimut lebih di dalam hospital itu. Kemudian dia bergerak ke katil dan wajah Simon direnung.

Nafas lega terhela apabila pembedahan Simon akhirnya berjaya. Meskipun berbaki 40% peluang untuk berjaya, tetapi Simon tetap berjaya untuk hidup.

Bibir Skyler tersenyum dan dia memandang pula Victoria yang tertidur di atas sofa di dalam wad itu.

"Skyler.."

Automatik kepala Skyler tertoleh memandang Simon yang sudah sedar. Mata lelaki itu separa terbuka.

"Papa." Tangan Simon dipegang.

"I'm alive." Jelas kedengaran nada gembira dari bibir Simon. Skyler turut tersenyum dan mengangguk sedikit.

"You did it." Rambut Simon diusap. Selepas ini bolehla dia membawa Simon melakukan pembedahan mata di luar negara.

"Mana Victoria?"

Soalan Simon mengundang kerutan di dahi Skyler. Dah kenapa papa dia ni tiba tiba bertanya tentang gadis itu? Papa macam dah suka Victoria walaupun mereka baru berjumpa. Masa dia bercinta dengan Vanessa dulu mana papa dia rapat dengan Vanessa.

"She's here. Sleeping." Mata Skyler kembali melekat pada si gadis yang berada di sofa. Tadi dia dah suruh Victoria tunggu dirumah sahaja jika gadis itu tidak mahu ke hospital tapi Victoria tetap ingin menemaninya. Alih alih, tertidur pula.

"I heard sparks from your voice when you're talking about Victoria." Simon tergelak kecil apabila suara Skyler seakan akan teruja apabila perkara berkaitan Victoria dibahaskan.

Skyler mengerutkan wajah.

"Mana adalah, papa." Nafi Skyler sambil menggeleng. Kenapa dia perlu teruja bercakap tentang gadis yang dirasakan agak menakutkan itu?

Victoria berperangai tidak ubah seperti  watak antagonis di dalam mana mana cerita klise. Menjadi perampas dan penghancur rumah tangga orang. Jadi itu cukup menakutkan dia untuk berhubungan dengan si gadis bernama Victoria ini.

"Papa rehat dulu." Ujar Skyler sambil menyelimutkan Simon pula. Lelaki itu hanya angguk dan memejam mata.

Skyler melihat si papa yang tidur itu terus berjalan ke arah Victoria. Gadis itu sudah bangun dari tidur dan hanya diam memandang dia dan Simon yang berbual seketika tadi.

"Penat ke?" Soal Skyler. Victoria agak kerap tidur hari ini, jadi dia beranggapan bahawa gadis itu kepenatan kerana perlu mengikutinya ulang alik dari rumah ke hospital.

"Taklah. I cuma bosan. Kalau I tak tidur, nanti I nak buat apa?" Soal Victoria sambil tersenyum nipis dan mengikat rambutnya. Skyler memerhati leher putih jinjang milik gadis itu sebelum dia melarikan pandangan ke lantai.

"Papa okey?" Soal Victoria lagi. Skyler angguk. Simon hanya perlukan beberapa rawatan susulan sahaja lagi sebelum lelaki itu boleh pulang ke rumah.

"Lepasni boleh lah aku bawa papa pergi bedah mata." Bersinar mata Skyler kerana teruja ingin Simon dapat melihat kembali.

Biar lelaki itu lihat perangai isterinya yang bertopengkan syaitan.

"Okay." Victoria tersenyum nipis dan dia hanya diam. Tiba tiba dia terasa dirinya telah banyak menyusahkan Skyler sedangkan lelaki itu juga mempunyai masalah keluarganya sendiri.

Lagi buatkan dia rasa serba salah kerana kisah dulu. Dia bersikap kurang ajar dengan menolak Skyler mentah mentah meskipun lelaki itu terlalu baik dengan mereka.

"You banyak sangat tolong I." Victoria memandang Skyler. Senyuman diukir.

"Terima kasih." Ucap Victoria. Skyler hanya diam dan angguk sedikit. Dia pun tak tahu kenapa dia peduli sangat tentang gadis ini kerana kebiasaannya mana pernah dia ambil peduli tentang homo sapiens di muka bumi ini selain ahli keluarga D'Ezekiel.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now