CHAPITRE QUINZE 🐺

7.9K 577 137
                                    

"Ace!!" Victoria berlari ke arah serigala yang sedang berada di atas permaidani sebelum dia menghempap tubuh Ace.

"Woff!! Woff!" Marah Ace.

"Victoria!" Skyler terjerit melihat aksi stunt Victoria itu. Tak tahukah benda itu boleh mencederakan Ace? Hei budak ni!

Victoria beralih dari menghempap badan Ace dan bersila di tepi serigala itu. Cepat sahaja Ace turut naik ke atas ribanya.

"Don't do that again." Tegas nada Skyler sambil merenung Victoria tajam. Ace pun satu, lepas kena hempap pun baik lagi dengan Victoria. Cubalah cakar sikit, baru gadis itu tahu langit tu tinggi atau rendah. Suka jiwa je nak hempap binatang orang.

"Sorry." Gigi ditayang pada Skyler. Lelaki itu menggeleng dan mula ke dapur membawa stok makanan dan berus Ace yang baru dibeli tadi.

Telefon yang berdering dilihat sekilas.

"Siapa call? Titiara ke?" Soal Victoria sambil turut melangkah ke dapur bersama Ace yang besar gedabak didalam dukungan.

Apabila tiada balasan dari Skyler, Victoria menjeling telefon Skyler dan matanya membulat besar.

"You berhubung dengan Vanessa?"

"I'm not! Dia tu dapat nombor aku dari mana aku pun tak tahu. I blocked her for the third time tapi dia sanggup beli nombor baru semata mata nak call aku." Jelas Skyler dengan wajah bengang. Geram apabila Vanessa kelihatan agak psiko untuk mendapatkan dirinya kembali.

Perasaan dia buat Vanessa sudah mati. Langsung tiada rasa apa apa buat gadis itu dan memori percintaan mereka dulu sudah hilang. Seolah olah mereka tidak pernah bercinta.

"Habistu kenapa you save nombor dia?" Victoria mengambil telefon Skyler dan nama yang tertera nama Vanessa (3) itu ditunjukkan pada Skyler.

"Sebab aku taknak tertukar nombor dia dengan nombor unknown yang lain. Panggilan dia aku taknak angkat walau sekali pun." Skyler menutup kabinet setelah siap menyusun makanan Ace. Kemudian dia berlalu pergi untuk menyimpan berus Ace.

Victoria memandang lelaki yang semakin menjauh itu sebelum telefon Skyler kembali berdering.

Jemari Victoria menggesek ikon hijau ke tepi lalu telefon dilekapkan ditelinga.

"Skyler! Finally you angkat panggilan I. Are you free? Sebab I nak ajak you jumpa sekejap." Suara Vanessa terus menerjah ke dalam telinga Victoria membuatkan gadis bermata biru itu berapi.

"Victoria, mana..." Skyler terjeda melihat telefonnya yang melekap di telinga gadis itu lalu matanya membulat.

"Kau angkat?!" Hampir naik seoktaf suara Skyler. Tangannya pantas ingin menggapai telefon di telinga Victoria namun gadis itu menjauhkan diri.

"You dengar kan? Skyler pun tak hadaplah nak bercakap dengan you. Terima je lah kenyataan yang dia dah tak suka you. Dia suka I dan kami bakal berkahwin tak lama lagi." Victoria berkata sambil menilik kukunya.

"Victoria? Ergh! Mana Skyler?" Suara Vanessa seolah olah menahan marah. Victoria tersenyum sinis lalu meletakkan telefon di atas meja tanpa mematikan talian.

Kaki melangkah ke arah Skyler yang beriak tidak puas hati memandangnya.

"Dia cakap apa pada kau?" Soal Skyler serius. Victoria menggeleng.

"Tak ada cakap apa pun." Jawab gadis itu sebelum dia mendekatkan bibir di telinga Skyler yang paras dahinya.

"I nak tanya you satu soalan. Jawab dengan jujur. Apa perasaan you pada Vanessa?" Soal Victoria. Mata hijau Skyler direnung.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now