Bab 20

5.8K 367 20
                                    

Adwa mengambil tempat di sebelah umminya yang sedang mengupas kulit buah mangga. Tangannya laju mencuri hirisan mangga yang telah dipotong dari pinggan. 

"Budak-budak ni tak balik lagi ke ummi?" Adwa bertanya. Budak-budak yang dimaksudkan termasuklah Aakiff, Faris, Azzam dan Azzim. Pagi-pagi lagi si Faris dah tarik Aakiff untuk ikut keluar. Pergi mana pun dia tak tahu. Akhirnya, dia pula yang bosan ditinggalkan. Bila dia kata, dia nak ikut, selamba si Faris balas "Boys only,"

Adwa mencebik. Ceh! Boys only konon. Kalau aku dapat tahu si Aakiff keluar cuci mata. Siap aku kerjakan. Ralit makan mangga, Si Rania pula muncul.

"Rania! Muncul pada waktu yang sangat tepat. Akak bosan. Jom keluar jalan-jalan ronda kawasan," belum sempat pun sepupunya itu hendak melabuhkan punggung, Adwa terlebih dahulu menarik tangan Rania.

"Ish! Kak Fea. Bagilah Rania rasa buah mangga dulu," Rania tidak puas hati. Adwa rolled eyes.

"Kau tu dah makan mangga tiap hari. Tepi rumah Rania pun adakan pokok mangga .petik je," Adwa tarik Rania mengikutinya.

"Ummi," Rania merengek kepada mak saudaranya yang masih ralit mengupas buah mangga. Mak saudaranya itu sekadar angkat bahu.

"Tak payah nak ummi-ummi," Panggilan ummi itu sudah menjadi panggilan biasa untuk Puan Shilla. Kebanyakkan anak -anak saudaranya lebih selesa memanggilnya dengan panggilan ummi.

"Kak Fea ni," Rania tarik muncung. Dia berpeluk tubuh tanda protes.

"Betul kau tak nak ikut Kak Fea? Akak baru ingat nak belanja kau makan Mee Celup kegemaran kau," Adwa mengumpan. Daripada reaksi Rania yang teruja dengan mata yang bersinar, Adwa yakin dia sudah dapat memancing sepupunya itu.

"Nak! Nak! Jom," Rania terus tarik Adwa dengan teruja.

Tiba sahaja di kedai, Rania terus pesan Mee Celup kegemarannya. Yang special pulak tu.

"Kau dengan Mee celup memang tak boleh berpisah," Adwa memerli. Rania sengih tayang gigi.

"Biarlah Rania nikmati Mee Celup kedai Cik Lin ni puas-puas. Nanti bila dah kena belajar jauh-jauh nanti. Mesti susah dah nak rasa Mee Celup Cik Lin ni. Bagi Rania kan Kak Fea, tak ada orang tau boleh lawan Mee Celup Cik Lin ni. Sedap dia, pergh," siap dengan gaya lagi Rania memuji masakan Cik Lin. Tetapi Adwa tak menafikan memandangkan Cik Lin memang tersohor dengan masakannya yang sedap.

Bila makanan dah terhidang depan mata, lagilah bersinar mata si Rania. Baca bismillah, terus makan. Nasib ingat baca bismillah. Kalau tak, ada yang kena sindir lagi nanti.

Baru sahaja sesuap Adwa merasa mee celup Cik Lin, notifikasi whatsappnya tidak henti-henti masuk tiba-tiba. Adwa kerut dahi. Tertanya siapa yang spam message.

Satu nombor tak dikenali. Adwa mula rasa tidak sedap hati. Teragak-agak whatsapp daripada nombor yang tidak dikenali itu dibuka. Berderau darah Adwa apabila melihat gambarnya yang sedang berjalan dengan Rania, yang sedang makan dan banyak lagi. Automatik matanya memandang sekeliling cuba mencari siapa yang telah mengambil gambarnya secara curi-curi itu. Perasaan cuak mula mengusai diri.

"Kak! Kak Fea," Adwa tersentak. Matanya memandang Rania yang kelihatan sedikit risau.

"Akak okay tak? Dari tadi Rania panggil tapi Kak Fea tak menyahut," sepupunya itu bertanya. Adwa telan air liur. Satu senyuman kelat terukir di bibirnya.

"Kak Fea okay. Makanlah," Adwa cuba bertenang walaupun ketika itu dia rasa ingin lari dan bersembunyi di dalam bilik. Rasa takutnya hanya Allah sahaja yang tahu. Lebih-lebih lagi dia tidak tahu identiti stalker yang selalu menganggunya.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now