Bab 22

5.3K 364 60
                                    

Aakiff terus keluar daripada kereta sebaik tiba di rumah Sewa Mawar dan Syifa. Tiba sahaja di sana, dia disapa oleh Mawar dan Syifa yang sedang berpeluk tubuh di muka pintu. Seutas kunci diberikan kepada Aakiff. Aakiff sempat berterima kasih sebelum melangkah masuk ke rumah tersebut dan menuju ke bilik yang pernah didiami oleh Adwa. Pintu bilik diketuk.

"Wa,?" Aakiff memanggil lembut. Namun tiada sahutan daripada orang yang berada di dalam.

"Wa, aku masuk ya," ujar Aakiff pula. Kunci yang diberikan oleh Mawar tadi digunakan. Dengan perlahan-lahan dia menolak pintu berwarna koko itu. Adwa sedang berpeluk tubuh di atas katil dengan muka yang masam dan kelat.

Adwa beri layanan dingin kepada Aakiff. Dia lansung tidak mendongak untuk pandang Aakiff.

"Wa," Aakiff cuba memaut tangan Adwa tapi laju Adwa larikan tangannya.

Aakiff menghela nafas kecil.

"Wa, cakap dengan aku wa," Aakiff memujuk. Namun riak waja Adwa tetap tidak berubah. Masih kelat.

"Wa," Aakiff panggil dengan lembut.

"Kau nak apa? Asal kau tak pergi dengan Imani je?" Adwa marah. Aakiff tarik nafas dalam.

"Wa. Imani tu bukan siapa-siapa tapi kau Isteri aku," balas Aakiff .

Adwa ukir senyum sinis.

"Kau lupa ke kita kahwin sebab aku ajak? Kalau kau suka Imani, kau kahwinlah dengan dia," suara Adwa naik lagi senada. Wajah Aakiff terus berubah serius.

"Adwa Sofea.!" Suara Aakiff juga meninggi sedikit.

"Kau fikir kalau kau ajak aku kahwin dengan kau. Aku akan terima bodoh-bodoh jeke. Kau anggap aku ni lelaki jenis apa? Wa. Kenapa susah sangat kau nak nampak? Kau nak aku buat apa? Aku kahwin dengan kau, sebab aku nak kau jadi isteri aku. Sebab aku sayangkan kau," akhirnya perkataan itu terpancul juga daripada bibir Aakiff. Adwa kelihatan terkaku seketika. Namun begitu, dia masih diam.

"I love you Adwa Sofea. I love you so much it hurts. Dalam hati aku takkan ada perempuan lain selain kau. Imani atau mana-mana perempuan pun takkan dapat gantikan kau," Aakiff akhirnya meluahkan perasaannya yang selama ini terpendam di dasar hatinya.

"Habis tu kenapa kau back up Imani?" Air mata Adwa juga sudah mula bertakung.

"Aku tak back up dia Wa. Aku taknak orang lain buat cerita bukan-bukan pasal kau. Kau tengah marah, kau tak nampak perangai orang yang duk sibuk merakam. Ummi dengan Abah tu ibu bapa mertua aku. Takkan aku tergamak nak biar orang hina mereka,"

Air mata Adwa akhirnya gugur juga. Sungguh dia sedar dia terlampau ikut perasaan ketika itu. Aakiff terus menarik Adwa ke dalam pelukannya.

"Demi Allah wa tak ada perempuan lain dalam hati aku," Aakiff berkata dengan lembut. Adwa menyembamkan wajahnya ke dada Aakiff. Ini kali pertama dia menangis bersungguh-sungguh di hadapan Aakiff.

"I'm sorry," kecil suara Adwa meminta maaf. Dia tahu dia terlampau emosi. Perasaan cemburu dan sakit hatinya kepada Imani membuatkan dia melepaskan amarah kepada Aakiff.

"It's okay. Tapi lain kali jangan buat macam ni. Jangan larikan diri. Janji dengan aku yang kita akan bincang baik-baik. I can't stand the thought of you being mad at me. Or even hate me. So cakap dengan aku. Kalau kau nak marah aku. Marahlah Wa. Jangan larikan diri. Ni nasib baik dekat rumah Mawar dengan Syifa. Kalau tak, boleh naik gila aku Wa," kata Aakiff meleraikan pelukan. Adwa angguk kepala.

"Promise?" Aakiff angkat jari kelinking. Adwa memaut jari Aakiff dengan jari kelingkingnya. Pinky promise.

"Promise."

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now