Bab 28

4.3K 322 4
                                    

Adwa akhirnya dapat menarik nafas lega setelah kes stalkernya selesai. Pihak polis juga telah menyelamatkan Zul yang telah dikurung di apartment miliknya sendiri. Menurut Zul, Zaril telah bertindak mengurungnya untuk menyamar sebagai Zul dengan tujuan mendekati Adwa.

Zaril pernah menggantikan Zul untuk ke kelas atas permintaan Zul kerana ketika itu kembarnya ada hal yang penting untuk diuruskan. Ketika itulah, Zaril berjumpa dengan Adwa dan mula obses dengannya. Sejak "jatuh cinta'' pada Adwa, Zaril selalu merayu pada Zul untuk menggantikannya di kuliah. Akan tetapi Zul tidak setuju kerana kembarnya itu pernah didiagnose mempunya mental illness.

Zul dan Zaril pernah bergaduh besar sehingga Zul terpaksa ke klinik kerana dipukul oleh kembarnya sendiri. Baru-baru ini juga, Zul dapat tahu bahawa Zaril lah yang menjadi dalang di sebalik kemalangannya. Hanya kerana ingin mendekatkan diri dengan Adwa, Zaril mencederakan kembarnya sendiri.

Setelah kemalangan, Zaril merampas semua telefon milik Zul dan mengurung Zul di dalam apartmentnya sendiri. Selama dua bulan itu, Zaril telah berjaya menipu semua orang dengan menjadi Zul.

Aktiviti stalker Zaril diketahui oleh Zul apabila Zul terjumpa gambar-gambar kawan-kawannya yang bercoteng kecuali gambar Adwa di bilik Zaril. Zaril juga sanggup ke kampung Adwa untuk melihat wanita itu. Daripada Zaril jugaklah, Zul tahu bahawa Adwa dan Aakiff sudah berkahwin.

Apabila ditanya, bagaimana kembarnya itu tahu. Zaril menjawab " Aku nampak!" Dengan marah. Dari situ Zul tahu penyakit obsess kembarnya itu kembali, dan bertindak menyelongkar bilik Zaril.

"Aku betul-betul minta maaf pada korang semua. Kalau aku tak mintak tolong Zaril gantikan aku sem lepas. Semua ni mesti tak akan jadi dekat korang semua," Zul berkata dengan kesal kepada Adwa, Mawar dan Aakiff .

"Tak apa Zul. Sebab kau pun mangsa keadaan," kata Adwa yang memahami situasi Zul.

"Betul tu Zul. Kau pun jadi mangsa Zarul. Cuma aku minta maaf sebab aku tak boleh tarik balik dakwaan kes ni. Aku harap kau faham, aku risaukan keselamatan Adwa," kata Aakiff pula turut bersimpati. Namun begitu, keselamatan Adwa menjadi keutamaannya. Zul senyum kesal.

"Jujur aku cakap, aku faham. I'm also quite scared of him actually sebab Zaril unpredictable," Zul berterus terang tentang apa yang dirasakannya. Secara jujurnya, dia takut akan tindakan kembarnya sendiri. Jadi biarlah Zaril menerima rawatan yang sepatutnya.

"Kau lepas ni macam mana Zul? Kau masih duduk di apartment kau sorang-sorang ke?" Mawar pula bertanya. Zul geleng kepala.

"Aku balik kampung. Tinggal rumah makcik aku untuk sementara. Makcik aku pun ada call aku ajak aku tinggal kat rumah dia." jawab Zul.

"Baguslah kalau macam tu. Sekurang-sekurangnya Makcik kau boleh tolong kau. Aku doakan kau cepat sembuh seperti biasa dan dapat habiskan degree bila dah sihat nanti," kata Mawar ikhlas. Dia bersimpati kepada Zul yang terpaksa meng'extend' sem sebab kejadian itu.

"Thanks Mawar. Thank you korang sebab banyak tolong aku sepanjang kita kenal. Aku doakan korang semua graduate dengan jayanya,"

***** A few weeks later** After final exam‼️‼️‼️

"Ya Allah! Leganya dah habis! We officially sign out from degree," Mawar berkata dengan penuh rasa lega dan terujaa.

"*Yes!! Lepasni aku nak rehat puas-puas. Hilangkan stress dulu," sambung Adwa pula.

"Lepasni kau boleh lah pergi honeymoon Wa," Syifa mengusik nakal. Adwa mencebik.

"Banyaklah kau punya honeymoon,By the way, lepasni korang terus balik rumah ke?" Adwa bertanya.

"Aku bertolak petang sikit kot. Sebab banyak lagi barang-barang aku yang tak kemas. Lagipun rumah aku tak jauh sangat," balas Mawar. "Kaulah Syifa. 5 jam perjalanan,"

Syifa menjuihkan bibir. Awal-awal lagi mummynya sudah menelefon bertanya bila dia akan bertolak balik. Risau anak daranya sampai malam. 

"Mummy aku tu bising. Dia suruh aku bertolak awal sebab risau aku duk atas jalan malam-malam,"

"Bukan mummy kau je risau. Kitorang pun risau jugak. Kau bawak kereta hati-hati," pesan Adwa. Adwa kemudian tayang muka sedih.

"Alaaa. Nanti aku mesti rindu dekat korang semuaaa," ujar Adwa sedih. Berat pula rasa hati hendak berpisah dengan kawan-kawannya.

"Yaaa.. Lepasni korang berdua jangan lupakan aku pulak," ujar Mawar pulaa.

"Sama." Mereka berdua terus berpelukan. Masing-masing sudah mula rasa sebak. Entah bila pula mereka dapat berjumpa dan berkumpul bertiga lagi. Lama mereka menghabiskan masa mengucapkan selamat tinggal. Yang pasti bukan selamat tinggal untuk selamanya. Sampai masing masing menangis teresak-esak barulah mereka bersurai dengan janji untuk berjumpa lagi dalam masa terdekat nanti. 


"Tak habis lagi berdrama air mata?" Aakiff bertanya sebaik sahaja kereta mereka meluncur keluar daripada perkarangan universiti.

"Kau tahu apa? Orang lelaki memang hati batu," Adwa menyindir.

"Lah. Rumah Zaid tu dekat je. Dalam sejam dah sampai. Kalau aku call nak jumpa. Bila-bila masa je boleh jumpa," kata Aakiff dengan bangga. Adwa mencebik.

"Kiff, kita balik rumah mama dulu kan sebelum balik kampung?"

Aakiff angguk. Mereka ada buat perancangan untuk balik ke rumah dua dua belah keluarga Aakiff dan Adwa untuk melawat, sebaik sahaja mereka berdua habis belajar. Lepaskan rindu dulu pada keluarga.

"Wa, jom pergi honeymoon," Aakiff tiba-tiba bersuara memberi cadangan.
Adwa buat muka pelik.

"Kenapa tiba-tiba?" Adwa bertanya.

"Bukan tiba-tiba. Sebenarnya dah lama aku nak bawak kau pergi honeymoon jalan jalan tempat kau nak pergi," Aakiff mengerling sekilas ke arah Adwa. Adwa diam berfikir sejenak.

"Kita nak pergi mana?" soalan Adwa membuatkan Aakiff tersengih lebar.

"Kita pergi Paris? The city of love?"
Aakiff senyum.

"City of love?" Adwa angkat kening.

"Yup! Let it be our memory of our sweet love," kata Aakiff mengukir senyuman nakal ke arah Adwa.

"Gatal!" Kata Adwa malu-malu kucing.

"Aku gatal dengan kau je," Aakiff sengih lagi. Adwa menjeling manja Namun perlahan-lahan bibir Adwa turut mengukir senyum bahagia.

Hey you alls. Just to inform.. next chapter will be a time skip after 2 years.  A fast forward Adwa & aakiff story. 

Hello guyss. Macam biasa jangan lupa Vote & Comment. Your vote help this story tu level up. Thank you everyone. Enjoyy. ❤️❤️

Lets make it up to 100 votes

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now