Bab 39

6.3K 281 49
                                    

Three months later ....

"Wa, nanti jangan lupa hantar gambar anak buah aku tu," sempat Syifa berpesan sebelum menamatkan video call mereka.

Adwa bangun apabila dia rasakan perutnya mula sakit. Nafas dalam ditarik. Mungkin hanya contraction yang biasa saja. Rasa sakit kembali hilang. Namun, Adwa mula panik sedikit apabila dia dapat rasa cecair mula menuruni kakinya.

Terkedek -kedek dia melangkah menuju ke bilik air yang terletak di dalam bilik mereka itu. Pintu bilik air itu diketuk.

"Abang," Adwa panggil Aakiff yang sedang mandi. Apabila rasa contractionnya makin teruk, pintu dihadapannya makin kuat diketuk.

"Abang," Adwa laung. Dia memegang perutnya yang mula sakit. Matanya dipejam seketika.

"Kejap yang,"Aakiff balas.

"Abang, sebelum Wa terajang pintu ni baik abang cepat," Adwa mengetap gigi. Mula tercungap-cungap.

"Abang! Wa dah nak terberanak ni abang!"

Sekali lagi Adwa laung menahan sakit contraction. Automatik pintu bilik air dibuka.  Aakiff dengan muka panik yang hanya memakai tuala dengan rambut yang masih basah keluar mendekatinya.

"Baby dah nak keluar?" tanya Aakiff seperti orang hilang arah.

"Yes." ujar Adwa menahan sakit.

"Jom kita pergi hospital sekarang," Aakiff bersedia untuk memimpin Adwa. Adwa pandang suaminya seperti orang hilang akal.

"Abang! Takkan abang nak pergi hospital pakai tuala je. Pergi pakai baju dulu. Wa tunggu dekat bawah. Jangan lupa bawak beg yang Wa dah siap kemas," ujar Adwa. Dia terus melangkah turun

Aakiff yang ketika itu panik terus melangkah ke almari untuk mencapai baju dan seluar yang sempat dicapai. Usai pakai baju, dia laju turun namun belum sempat dia turun tangga. Dia teringatkan sesuatu.

"Beg beg," dengan kalut Aakiff naik balik ambil beg yang telah dikemas barang keperluan.

Adwa sudah menunggu dalam kereta semasa Aakiff turun . Isterinya itu kelihatan berkerut menahan sakit.

"Are you okay sayang?" Aakiff bertanya sebelum menghidupkan kereta.

"Abang. Wa nampak okay ke sekarang?'" Adwa menjeling maut. Aakiff telan air liur. Jangan cari pasal.

****

Tiba di hospital, Adwa terus dimasukkan ke wad bersalin.

"Are you scared?"

"Gila tak takut," balas Adwa seraya menarik dan menghembus nafas seperti yang diajar.

"Kalau takut genggam tangan abang,"
Adwa mengerang kesakitan. Terus digenggam dengan kuat tangan Aakiff yang turut memegangnya.

"Please stay with me," Adwa sedikit merayu. Jelas kelihatan dia gelisah.

"I promise," cium dahi Adwa. Tangan Adwa tak dilepaskan walaupun dia rasa Adwa mungkin boleh patahkan tangannya ketika itu. Hanya isterinya sahaja yang dapat rasakan rasa sakit tika itu. Jadi dia tidak ada hak untuk merungut. Apalah sangat sakit pada tangannya jika hendak dibandingkan dengan rasa sakit yang terpaksa dihadapi oleh isterinya itu.

"I wish I could take away all your pain," ujar Aakiff lembut. Sekali lagi Adwa menjerit sakit. Aakiff tak putus beri kata semangat.

Selepas doktor memeriksa pembukaan Adwa untuk ke sekian kalinya. Doktor memberi isyarat pada nurse yang lain .

"She's ready,"

Makin kuat genggaman di tangan Aakiff. Aakiff tahu ketika itu, isterinya itu sedang takut. Mana tidaknya, ini merupakan anak pertama mereka.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now