Epilogue

7.2K 314 16
                                    

2 tahun kemudian...

Aakiff dan Zaid bersama beberapa kawan mereka meluangkan masa waktu petang bermain sepak takraw di gelanggang sukan milik keluarga Arshad.

Berhenti rehat, Zaid terus memeriksa telefonnya. Dia mengerutkan dahi apabila tidak melihat sebarang mesej daripada Mawar.

"Kenapa?" Aakiff yang baru melegakan rasa haus bertanya.

"Pelik," ujarnya sepatah. Giliran Aakiff pula kerut dahi.

"Pelik kenapa?" soalnya.

"Selalunya mesti aku akan dapat mesej daripada wife aku. Kalau bukan nak kirim makanan mesti tanya bila nak balik," komennya. Satu mesej terus dihantar kepada Mawar. Satu tick.

"Lah. Kau tak payahlah tunggu mesej dari Mawar. Adwa dah pesan awal-awal lagi dekat aku. Reunion diorang dengan Syifa. Diorang tak nak kita ganggu," ujar Aakiff. Dia masih ingat lagi pesanan Adwa semalam.

"Abang, esok Wa bawak Aathiff keluar tau. Wa nak jumpa Mawar dengan Syifa. And lagi satu. It's girls day. So abang tak boleh kacau," pesan Adwa kepadanya semalam. Lagipun itu kali pertama mereka sempat meluangkan masa bersama-sama memandangkan masing masing semua sibuk.

"Sejak bila Aathiff dengan Aidan tu perempuan?" usul Zaid blur. Aidan merupakan anak Zaid dan Mawar yang hampir setahun.

"Dia kata Aathiff dengan Aidan special case," balas Aakiff. "Dah. Aku nak sambung main,"

Aakiff melangkah turun dari bangku. Namun sebaik sahaja dia turun, suara kawannya menjerit membuatkan dia terpegun. Tanpa sempat dielak, bola takraw yang ditendang oleh salah seorang kawannya itu hinggap tepat di kepala Aakiff.

Tubuh Aakiff terus terjatuh ke belakang akibat terkejut. Aakiff mengerutkan dahi apabila dia dapat rasakan kepalanya sedikit berdesing. Kepalanya mula sakit. Zaid yang perasan keadaan kawannya itu mula melangkah turun.

"Bro, kau okay tak ni?" Zaid duduk bercangkung di depan Aakiff yang sedang memegang kepala. Wajah kawannya itu berkerut.

"Wei Kiff. Aku minta maaf. Kau okay tak ni?" Zubir yang menendang bola tadi mula risau melihat Aakiff sedemikian.

Aakiff diam tidak bersuara. Kepalanya sakit apabila pelbagai memori menerjah masuk ke dalam ingatannya.

"Jom kahwin,"

"Bila?"

"Cuti Sem,"

"I love You Adwa Sofea. You are mine as I am yours. Always and Forever,"

Aakiff mendesis apabila makin banyak memori menerjah masuk secara tiba-tiba. Melihat keadaan Aakiff seperti itu, Zaid dan kawan-kawannya yang lain mula cemas.

"Kiff," Zaid panggil.  Namun suara Zaid tenggelam dengan suara yang makin memenuhi fikiran Aakiff ketika itu.

"Bro kau jangan macam ni.  Zubir tolong aku papah Aakiff. Kita pergi hospital,"

Zubir dan Zaid bersedia untuk memapah Aakiff namun ketika itu Aakiff sudah mula dapat berfikir dengan jelas. Dia pandang Zaid dengan senyuman lebar secara tiba-tiba. Zaid pula makin panik. Disangkakan kawannya itu gila.

"Kau okay tak ni bro?" soalnya cuak.

"Aku dah ingat," ujar Aakiff dengan gembira.

"Hah?" Zaid masih blur.

"Aku dah dapat ingatan aku semula," Aakiff berkata.

**

"Jadi maksud kau, lepas kau kena hentam dengan bola takraw tu. Kau dapat balik ingatan kau?"

Aakiff angguk.

"Lah. Kalau aku tahu awal awal lagi aku dah hempuk kepala kau dengan kayu besbol. Cepat sikit kau ingat. Tak adalah merana si Adwa tu," ujar Zaid. Apapun dia tetap lega Aakiff akhirnya mendapat kembali ingatannya. Dia tahu walaupun Aakiff kelihatan seperti tidak peduli, Zaid yakin kawanny itu selalu terganggu with the fact that he cannot remember how he fell in love with Adwa.

Tapi sekarang Aakiff dah ingat semula. Lelaki itu pasti senang hati.

"Aku nak balik,"

"Eh. Awalnya,"

"Aku nak buat surprise untuk Adwa,"

Kata Aakiff sambil tersengih. Dia terus berlari anak keluar dari gelanggang. Zaid pula hanya mampu geleng kepala.

**

Adwa melangkah masuk ke rumah bersama Aathiff didukungannya. Adwa mengerutkan dahi apabila melihat keadaan rumah yang sunyi sepi. Rasanya tadi dia nampak kereta Aakiff dekat depan.

"Abang?" Adwa panggil Aakiff. Dia mengatur langkah ke bilik.

Pintu bilik ditolak. Belum sempat pun pintu dibuka sepenuhnya, semerbak harum bau perfume kegemarannya mencucuk hidung. Laju Adwa tolak pintu.

Lantai bilik mereka dipenuhi dengan rose merah yang melambangkan cinta. Di tengah tengah bilik itu Aakiff berdiri. Melihat babahnya, Aathiff yang berada di dukungannya terus menghulurkan tangan pada Aakiff.

"Babah,"

"Hello hero abah," Aathiff bertukar tangan.

"Abang, hari ni anniversary kita ke?" Adwa bertanya. Rasanya dia tak salah tarikh. Hari ini bukan hari ulang tahun perkahwinan mereka.

"Nope," balas Aakiff. Kemudian dia meletakkan Aathiff yang sudah mampu berjalan itu ke bawah. "Aathiff duduk sini kejap ya. Babah nak cakap dengan mummy," hidung anakny itu dicuit.

Seraya itu Aakiff terus melutut dan mengeluakan kotak berwarni baldu. Kotak tersebut dibuka. Seutas rantai emas terletak elok di dalam kotak tersebut.

"Wa. Kalau dulu Wa yang lamar untuk kahwin dengan abang. Sekarang abang pula yang akan lamar Wa untuk abang. Thankyou Wa. Walaupun abang tahu masa Wa ajak abang kahwin dulu sebab Wa main-main je. Tapi Wa tetap layan abang macam mana seorang isteri layan suaminya. I love you sayang. I love you so much.  You' re mine Adwa Sofea as I, Aakiff Muhammad is yours. Always and Forever,"  Aakiff menuturkan kata kata itu dengan tulus..pandangannya tepat menikam mata Adwa.

Adwa terkedu seketika sebelum air matanya mengalir.

"Abang ingat?" soalnya. Aakiff mengangguk. Dengan itu Adwa terus memeluk Aakiff. Dia lega. Akhirnya Aakiff dapat kembali ingatannya. Dia tahu hal itu selalu menganggu Aakiff.

Tangan kecil menarik baju Adwa.

"Mummy, why cry?" Aathiff yang berusia dua tahun itu bertanya mendongak memandang mummynya.
Melihat Adwa menangis, wajah Aathiff turut mendung. Bibirnya dijuihkan. Aakiff ketawa kecil. Aathiff memang pantang tengok Adwa sedih. Pasti dengan Aathiff sekali menangis.

"Oh, sebelum abang lupa. This is for you. Yang ni Wa simpan kalau Wa tak nak pakai," kata Aakiff.

"Amboi encik suami. Kalau ya pun offerlah nak pakaikan," Adwa pura pura merajuk.

"Malam ni abang tolong pakaikan," Aakiff membisik nakal. Mata Adwa terus membulat.

"Abang ni,"

Aakiff ketawa. Dia terus mengangkat Aathiff membuatkan kanak-kanak itu bersorak riang. Adwa mengulum senyum.

Satu benda yang dia belajar.

Kehidupan tak selalunya indah. Sama seperti alam kehidupan berumah tangga. Ada naik ada turun. Setiap saat adalah permulaan. Tiada happy ending, kerana perjalanan kehidupan akan diteruskan walaupun cerita itu bernoktah. Tiada bahagia yang kekal dan tiada juga kesedihan yang kekal. Tapi Adwa yakin, dia dapat menempuhi segala pahit dan manis bersama Aakiff dan Aathiff.

Dan..

Adwa menepuk dahi. Alamak. Sepatutnya dia yang surprise kan Aakiff tetapi dia pula yang disurprisekan.

Adwa menggosok perutnya yang masih belum kelihatan. 

Dan bersama satu tambahan lagi untuk keluarga kecil mereka.

Tamat.


Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now