Bab 32

4.2K 329 13
                                    

Suasana banglo milik keluarga Aakiff senyap sunyi apabila Adwa balik dari tempat kerjanya. Kereta mertuanya juga tiada di garaj rumah. Adwa melangkah masuk dengan perasaan hairan. Selalu, ibu mertuanya itu akan duduk di ruang tamu sambil melayan drama petang. Tapi tidak kelihatan pula petang itu. Sunyi sepi saja rumah.

"Dah balik?" Sapaan Aakiff tiba-tiba membuatkan Adwa terperanjat.

"Ya Allah.  Aakiff! Janganlah tegur macam tu. Awak nak saya sakit jantung ke?" Marah Adwa tak puas hati sambil menggosok dadanya yang berdegup laju.

"Sorry," ujar Aakiff dengan riak bersalah.

"Mama dengan papa keluar ke? Tak nampak kereta dekat depan tadi masa saya balik," tanya Adwa melangkah dan kemudian melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu. Aakiff membututi langkah Adwa, turut melangkah ke sofa.

"Mama cakap dia pergi rumah MakSu. Ada hal," jawab Aakiff. Adwa kerut dahi. Ada hal? Rumah MakSu bukan dekat jauh pulak tu.

"Bila balik?"

"Tak pasti lagi. Mungkin 2-3 hari lagi mama dengan papa balik," jawab Aakiff lagi. Adwa mula curiga. Kenapa pula mertuanya tiba-tiba ingin ke rumah Maksu. Tambah pulak tidur di sana. Jangan-jangan mertuanya sengaja membiarkan dia dan Aakiff berdua di rumah itu. Adwa tanpa sedar melepaskan keluhan lemah.

"What's wrong?" soal Aakiff. Kening Adwa terangkat.

"Apa?" Dia soal balik.

"Awak mengeluh. Ada apa-apa masalah ke?" Aakiff soal prihatin. Adwa laju menggeleng.

"Awak dah makan?" Dia tanya Aakiff pula. Aakiff angguk kepala.

"Saya makan dengan mama tadi," balas Aakiff. Adwa angguk lega. Dia mengurut kepalanya yang tiba-tiba rasa berdenyut. Kerja dipejabat makin bertimbun membuatkan kepalanya mudah sakit. Adwa menyandarkan kepalanya ke sofa. Mata dipejam cuba menghilangkan rasa denyut di kepala.

Satu minit kemudian, jari hangat seseorang bermain di dahinya. Laju Adwa celik mata. Dia bingkas bangun.

"Sorry, saya perasan awak asyik urut dahi. I thought you might need a message," Aakiff mengulum senyum. Adwa pandang Aakiff dengan teragak-agak.

"Awak tak kisah?" soalnya. Risau kalau Aakiff keberatan. Akiff menggeleng tanpa ragu.

Adwa kembali bersandar dan pejam mata. Jari jemari Aakiff mula mengurut lembut kepalanya mengurangkan rasa sakit kepalanya.

"I heard a song today," Adwa tiba-tiba bercerita. Urutan Aakiff di dahinya sedikit membuainya untuk lena di atas sofa itu.

"Song?" Aakiff melayan.

"Taylor swift's song. Enchanted," sambung Adwa lagi.

"Hmm hmm," aakiff membalas lembut.

"Ada satu lirik mengingatkan saya dekat awak," kata Adwa lagi dengan suara yang sedikit mamai. Dia ketika itu merasakan dirinya seakan didodoi. Perasaan ingin tahu Aakiff pula membuak.

"Lirik apa?"

"Please don't be in love with someone else," sambung Adwa makin lama makin terdodoi. Aakiff diam. Dia pandang Adwa yang sedang memejam mata itu dengan pandangan bercampur baur. Tapi tangannya masih setia mengurut kepala Adwa. Adwa kemudian lena juga kerana kepenatan ditambah dengan jari jemari Aakiff bermain di kepalanya Perasan yang Adwa sudah lena, Aakiff bergerak duduk di hadapan wanita itu.

"Wa?" Aakiff menepuk lembut pipi Adwa. Namun wanita itu sudah jauh dibuai lena. Aakiff kemudian mencempung Adwa yang sudah lena itu dengan gaya bridal style. Lengan Adwa terus berpaut pada leher Aakiff membuatkan lelaki itu terkedu. Wajahnya pula disembam ke dada Aakiff.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now