Bab 27

4K 318 5
                                    

"Zul apa ni?! Lepaskan aku!" Adwa marah dan mula meronta-ronta.

"Tu bukan Zul, Wa. Tu Zaril," kata Mawar cuba mencari akal untuk selamatkan kawan baiknya itu. Adwa mengerutkan dahi keliru.

"Kau ingat tak kau pernah cakap dekat aku pasal gambar Zul dengan kembar dia?"

Adwa kerut dahi lagi. Cuba mengorek ingatannya. Seketika dia ingat sesuatu. Dia pernah tengok gambar Zul dan kembarnya. Mereka kembar seiras.

Zaril buat muka bengis. Dia kemudian  menarik sesuatu daripada kocek belakangnya. Mata Mawar terus membesar apabila melihat pisau di tangan Zaril. Lebih-lebih lagi apabila Pisau itu diletakkan rapat ke leher Adwa. Adwa cuak. Mawar pula sudah mula gelisah.

"Kalau kau tak nak apa-apa jadi dekat kawan kau. Kau ikut cakap aku," kata Zaril memandang tepat ke arah Mawar. Mawar mengetap gigi. Diam.

"Kau dengar tak?!" Zaril menengking membuatkan Mawar dan Adwa terperanjat.  Perasaan takut mula menguasai diri.

"Dengar," Mawar membalas dengan teragak-agak.

"Kau ambil kunci kereta atas meja tu, kau bukak pintu kereta sekarang," Zaril memberi arahan. Dengan tangan yang terketar-ketar, Mawar mencapai kunci kereta yang berada di atas meja.

"Kau diam," Zaril menguatkan lagi pegangannya pada leher Adwa. Adwa cuba mengawal perasaanya ketika itu walaupun dia dapat rasakan air matanya akan mencurah bila-bila masa sahaja.

Zaril kemudian bagi isyarat kepada Mawar supaya bergerak ke kereta.

Berdiri di hadapan kereta, Mawar teragak-agak untuk membuka pintu kereta, dia kembali menoleh ke arah Zaril yang mula hilang sabar.

"Kau tunggu apa lagi?! Bukaklah cepat!" Zaril mula menengking. Mawar pandang Adwa. Adwa memberi isyarat mata kepadanya untuk larikan diri dahulu. Mawar geleng kepala. Tak mungkin dia akan tinggalkamn Adwa begitu sahaja.

"Zaril apa kau nak sebenarnya?" Adwa akhirnya mengumpulkan kekuatan untuk bertanya. Zaril ketawa sinis.

"Kau tanya aku? Kau buat-buat bodoh ke apa?" Zaril bertanya balik dengan sinis.

Adwa telan air liur . Dia tahu akan obsessi lelaki ini, dia cuma mampu berharap ada sebab lain.

"Kau yang buat aku jatuh cinta dengan kau. Kau senyum dekat aku. Kau cakap dengan aku," kata Zaril macam orang tak masuk akal. ketika itu Mawar sempat memberi isyarat mata ke arah Adwa untuk cuba melepaskan diri. Mawar kemudian memberi isyarat ke sebelah kanannya. Ada kayu yang patah disebelahnya. Adwa buat isyarat 'are you serius?'. Mawar angguk kepala.

"Tapi aku dah kahwin.," Adwa cuba mengalihkan perhatian Zaril. Zaril mendengus marah.

"Sebab tu aku nak kau minta cerai dengan jantan tu supaya kita boleh kahwin," hampir termuntah hijau Adwa mendengar pernyataan Zaril itu. Dia nak minta cerai dengan Aakiff? Jangan harap!

"Kalau Aakiff taknak lepaskan aku macam mana?" Adwa bertanya lagi. Dari jauh Mawar dapat lihat, Zaril mula annoyed. Pisau yang diletakkan di leher Adwa tadi pula makin menjauh. Adwa dan Mawar terus baca isyarat masing masing.

"Kau mintak jelah dengan dia!" Seraya itu, Adwa menyiku perut Zaril dengan sekuat hati. Zaril yang tidak menduga tindakan itu, melepaskan pegangannya pada Adwa. Mawar pula terus mengangkat sepotong kayu itu tadi dan terus memukul Zaril dengan sekuat hati sampai lelaki itu jatuh terduduk. Mereka berdua tidak buang masa dan terus melarikan diri.

"Adwa!" Zaril laung sekuat hati.

Adwa dan Mawar terpaksa mencari tempat untuk menyorok memandangkan tiada sesiapa disitu yang boleh dipanggil untuk meminta pertolongan.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now