Bab 24

4.4K 358 30
                                    

BAB 24

Adwa duduk bersila di hadapan meja di ruang tamu sambil menyiapkan assignment yang perlu dihantar pada minggu hadapan. Sesekali dahi dipicit. Mengadap laptop setiap masa boleh membuatkan kepalanya kadang-kadang pening. Aakiff masuk ke ruang tamu bersama dua cawan milo panas.

"Thankyou," Adwa sempat melemparkan senyuman ke arah Aakiff. Dia kembali menyemak assignmentnya untuk kali terakhir.

Setelah berpuas hati, Adwa menoleh ke arah Aakiff. Aakiff mendepakan tangannya tiba-tiba. Adwa angkat kening.

"Recharge hug," ujar Aakiff masih mendepakan tangannya. Bibir Adwa automatic mengukir senyuman manis. Dia terus mnyambut dakapan hangat Aakiff. Rasa penatnya sebentar tadi hilang sekelip mata. Benarlah kata orang, pelukan dapat memberikan rasa tenang kepada orang yang kita sayang.

"Better?" tanya Aakiff lembut.

"sangat. Thank you hubby," Adwa semakin menguatkan pelukan. Wajahnya disembamkan ke dada Aakiff. Jari jemari Aakiff pula bermain di rambut Adwa.

"Hujung mingggu ni aku nak pergi jumpa Danial. Dia cakap dah jumpa maklumat pasal stalker kau. Kau nak ikut sekali tak?" Aakiff bertanya. Mata Adwa bersinar penuh harapan apabila mendengar berita baik itu. Baru sahaja dia ingin bersetuju untuk mengikut Aakif, dia tiba-tiba teringatkan perbincangnya dengan Mawar dan Zul.

"Ala, aku nak ikut tapi aku dah janji dengan Mawar dan Zul untuk pergi sekolah untuk handle satu program ni," Adwa berkata kesal.

"Tak apa. Nanti apa-apa aku bagitahu kau," ujar Aakiff masih ralik bermain dengan rambut Adwa. "kalau mengantuk, tidur saja. Nanti nak dekat kelas, aku kejut," kata Aakif apabila melihat mata Adwa makin lama makin kuyu. Masih ada berbaki tiga jam lebih lagi sebelum kelas mereka mula pada jam 3 petang nanti.

HABIS SAHAJA kelas petang, Zaid mengajak mereka keluar makan bersama memandangkan sudah lama mereka tidak menghabiskan masa bertujuh. Setelah memesan makanan, mereka sambung bersembang. Bermacam-macam isi menjadi topik perbualan mereka pada kali ini.

"Geng, aku ada something nak bagitahu ni" Zaid tiba-tiba menarik perhatian mereka. Meja yang riuh itu tadi menjadi senyap seketika. Semua mata tertumpu pada Zaid yang kelihatan serius daripada biasa. Zaid kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Mawar. Mawar pula kelihatan lost.

"Mawar, lepas habis degree jom kita tunang," automatic satu meja ternganga kecuali Aakiff. Mawar pula terpinga-pinga. Dia pandang Zaid seolah lelaki itu sudah hilang akal.

"Kau merapu apa ni Zaid?" Mawar acah-acah marah walhal mukanya sudah membahang kemerahan. Zaid tetap dengan wajah seriusnya.

"Aku tak merapu ,Mawar. Aku serius. Aku nak kahwin dengan kau.," sekali lagi Zaid berkata dengan serius. Renungan matanya hanya untuk Mawar sahaja ketika itu walaupun sebanyak 6 pasang mata lagi sedang memandang mereka ketika itu. Adwa dan Syifa memandang satu sama lain. Tidak menduga dapat melihat drama percuma ketika itu. Mereka juga tidak menjangkakan bahwa Zaid dengan selamba melamar Mawar di hadapan mereka semua. Tambah pulak di kedai makan. Zaid ni memang spesies rare sungguh.

Semua menanti jawapan Mawar.

"Kau jumpa la mummy dengan daddy aku dulu," MAwar akhirnya memberi jawapan. Senyum malu-malu kucing. Jarang sekalilah nak tengok si Mawar malu seperti itu. Adwa dan Syifa saling mencuit. Turut teruja.

"jadi kau setuju la ni?" Zaid meminta kepastian. Mawar terus buat muka.

"Ya. Kau nak aku ejakan ke?" Mawar membalas geram. Zaid sengih sampai telinga. Sempat dia bersorak keriangan. Kawan-kawan yang lain turut bersorak meraikan Mawar dan Zaid. Adwa dan Syifa mulakan sesi mengusik Mawar. Merah membahang wajah kawannya itu.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now