Bab 2

4K 242 126
                                    

SETELAH selesai bercakap di telefon bimbit, Haykarl terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Fikirannya sudah melayang jauh. Dia teringatkan kembali dengan apa yang telah terjadi antara dia dan Fatimah sebentar tadi. Perasaan bahagia tiba tiba saja datang bertamu. Rasa seronok pula dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya sekarang. Mengapa dia selalu saja teringatkan Fatimah? Jangan jangan dia sudah mula jatuh cinta dengan Fatimah tak?

Ah! Tak mungkinlah! Hati Haykarl terus membantah sekeras kerasnya. Dia begitu yakin bahawa perasaan cinta dan kasih sayangnya hanyalah untuk kekasih hatinya iaitu Nurul Huda.

Sementara itu, Fatimah pula sedang resah di dapur. Menanti Haykarl di meja makan untuk bersarapan. Dia tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan Haykarl sekejap lagi. Dirinya masih diselubungi perasaan malu yang teramat sangat. Kalau boleh dia nak sangat jadi halimunan supaya Haykarl takkan boleh nampak kewujudan dia disitu.

Tidak lama kemudian, Haykarl sudah berada di meja makan siap dengan berpakaian kemas.

Setelah menyiapkan apa yang patut, mereka terus menikmati hidangan makanan. Suasana di meja makan masih sunyi sepi. Yang jelas kedengaran hanyalah bunyi sudu dan garpu yang salin berlaga antara satu sama lain. Haykarl dengan wajah selamba saja seolah olah tidak pernah berlaku sebarang perkara antara mereka.

Haykarl begitu ralit menjamah makanan. Dia mengakui bahawa Fatimah memang pakar dalam memasak. Kebetulan pula pada hari itu dia memang tidak ada urusan penting untuk dikerjakan. Jadi bolehlah dia berlengah lengah sedikit untuk ke pejabat. Memang dia tidak akan melepaskan peluang untuk menjamah makanan yang dimasak oleh Fatimah.

Fatimah merenung wajah Haykarl yang begitu leka menjamu selera tanpa berkelip sedikit pun bebola matanya. Dalam diam dia mengakui, Haykarl memang hensem. Kehenseman itu boleh menggetarkan hati setiap perempuan yang memandangnya. Namun Fatimah tidak faham dengan sikap Haykarl sebenarnya. Sekejap okay, sekejap tak okay. Sampai bilakah Fatimah dapat bertahan dengan keadaan mereka yang sebegitu?

IPhone milik Haykarl tiba tiba menjerit nyaring yang memecahkan suasana bisu. Terus lamunan Fatimah tersentak. Matanya melirik laju pada telefon yang berada di atas meja makan di hadapan Haykarl.

Haykarl memandang sekilas ke arah telefon bimbitnya. Serta merta senyumannya melebar. Laju saja tangannya menekan butang hijau dan menjawab panggilan itu dengan mesra. Kerlingan Fatimah yang berada disebelahnya itu dibuat nampak tak nampak saja.

"Hello, sayanggg!" Sapa Haykarl ceria tanpa mempedulikan Fatimah yang berada disebelahnya itu.

Zup! Tiba tiba terasa darah merah menyerbu laju ke muka Fatimah. Entah kenapa tangkai hatinya terasa pedih. Kau sayang dia ke Fatimah?

"Harini Karl tak jadi masuk office. Nanti Karl jemput sayang tau? Kita pergi keluar jalan jalan okayy!" Haykarl tersenyum senang. Talian terus dimatikan. Sudah lama tidak keluar pergi berjalan dengan kekasih hatinya membuatkan Haykarl berasa sedikit teruja. Sesaat itu matanya melirik kepada Fatimah. Saja mahu melihat apa reaksi perempuan itu.

Wajah Fatimah terus berubah menjadi merah secara tiba tiba. Dadanya terasa pedih seolah olah ada batu besar yang menghempap. Sakitnya!

Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa macamni? Fatimah mula rasa keliru dengan perasaan sendiri. Dia rasa sakit hati yang teramat. Rasa marah yang membuak buak. Namun segala kemarahan itu cuma dipendam dan diluahkan di dalam hati saja.

Apalah gunanya jika diluahkan. Antara dia dan Haykarl memang sudah mengikat satu perjanjian. Dia tidak boleh masuk campur urusan peribadi Haykarl dan begitu jugalah sebaliknya. Tambahan pula mereka memang tidak pernah bercinta dan tidak mungkin akan bercinta. Tak ada gunanya jika Fatimah melepaskan semua perasaan marah itu kepada Haykarl.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now