Bab 43

5K 243 54
                                    

TEPAT pada pukul 6:30 petang, Datin Mahani tiba di rumah Haykarl. Kedatangannya kali ini bukanlah seorang diri. Suaminya, Dato Syukri juga turut hadir bersama. Sudah lama Dato Syukri nak bertemu dengan menantunya itu. Baru sekarang mereka berkesempatan untuk berjumpa.

"Silakan masuk, mama papa" Pelawa Haykarl.

Datin Mahani dan Dato Syukri terus menapak ke dalam rumah. "Cantiknya rumah kamu, Haykarl. Kemas!" Puji Dato Syukri sebaik saja dia melabuhkan duduknya ke atas sofa empuk di ruang tamu.

"Ish Abang ni! Memanglah cantik. Menantu kita tu memang rajin mengemas orangnya. Masak pun terbaik tau!" Puji Datin Mahani dengan senyuman yang meleret.

Haykarl hanya menayangkan sengih saja. Rasa kembang semangkuk pulak hatinya apabila isterinya dipuji begitu.

"Hah, mana menantu Mama? Senyap je dari tadi" Mata Datin Mahani sudah meliar mencari kelibat Fatimah.

"Dekat atas agaknya, Ma. Tadi dia cakap dia nak kemaskan bilik untuk mama dengan papa. Sekejap ye, Karl pergi tengokkan"

Tanpa menunggu jawapan daripada Datin Mahani dan Dato Syukri, laju saja langkahnya diayun menuju ke tingkat atas.


❤️


FATIMAH baru selesai menggantikan cadar di dalam bilik tetamu saat Haykarl menjengah masuk ke situ. Mata Haykarl melirik ke segenap ruang di dalam bilik tetamu itu. Nampak cantik dan bersih. Matanya jatuh pula pada tilam yang bercadar merah jambu lembut bercorak bunga mawar besar. Selesa!

"Pandainya isteri abang ni mengemas. Ini yang buatkan abang makin sayanggg dekat isteri abang ni" Puji Haykarl sambil tersenyum manis kepada Fatimah.

"Hmm, yelah tu.." Fatimah mencebik. Saja dia pamerkan wajah bosan. Matanya dijulingkan ke atas. Sejak dia balik semula ke rumah ini, rasanya sudah beratus kali Haykarl memujinya itu dan ini. Tapi satu pun Fatimah tidak letakkan di dalam hati. Bukan boleh percaya cakap lelaki bernama Haykarl Ashraff tu. Lembut gigi berbanding lidah!

"Betullah sayang. Kalau sayang tak percaya, belahlah dada abang. Tengoklah hati abang. Hati abang sekarang penuh dengan nama sayang je tau!" Haykarl melorekkan senyuman. Tersangat manis senyuman itu. Indah.

Fatimah mencebikkan bibirnya lagi.

Wajah Haykarl nampak lain. Tiba tiba ada riak mendung menyapa wajah kacak lelaki itu. Fatimah perasan dengan perubahan pada riak wajah Haykarl. Tetapi dia sengaja buat nampak tak nampak. Dulu, Haykarl selalu jugak buat macamtu pada dia. Sekarang, biarkan Haykarl pula rasa apa yang dia rasa dahulu. Baru puas hati dia!

"Fatimah, sampai bila kita nak macamni? Abang tahu abang bukan doktor cinta. Abang tak pandai nak bermadah pujangga. Abang tak pandai nak memujuk rayu. Tapi tolonglah, Fatimah. Bagi abang peluang kedua. Cukuplah peluang itu hanya untuk sekali lagi. Kalau kalini pun Fatimah tetap tak bahagia dengan abang, abang rela ceraikan Fatimah. Tapi bagilah abang peluang. Bagi abang peluang untuk abang betulkan balik semuanya.." Tutur Haykarl lemah. Matanya yang tadinya bersinar galak sudah mula berkaca kaca. Terlupa sudah tentang mama dan papanya yang ada di bawah.

Gulp! Fatimah menelan air liurnya. Berkerut kerut dahi Fatimah. Teringat semula peristiwa dua malam lepas. Terbayang bayang di ruang mata, Haykarl menangis bersungguh sungguh dihadapannya. Haykarl merayu untuk mendapatkan kemaafan daripadanya. Tapi sampai kesudah dia hanya mendiamkan diri. Sampai ke sudah hatinya terus membeku. Membeku sedingin salju. Sudahnya dia nampak Haykarl terlena di atas sofa bersama kesan air mata yang masih lagi basah di pipi lelaki itu.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now