Bab 37

4.9K 218 32
                                    

KETUKAN bertalu talu di muka pintu biliknya pada pagi itu langsung tidak diendahkan oleh Haykarl. Dia masih lagi terbaring lesu diatas tilam. Penat. Itulah yang sedang dia rasakan sekarang. Penat kerana memikirkan tentang Fatimah. Sudah hampir dua minggu dia sebegitu. Hidupnya bagaikan bangkai bernyawa. Badannya semakin susut. Jambang di wajahnya dibiarkan tak bercukur. Selama itu jugalah dia melihat Datin Mahani melayannya. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahukan sekarang hanyalah Fatimah. Dimana Fatimah?

"Haykarl.." Panggil Datin Mahani lembut sebaik saja pintu bilik anak tunggalnya itu dibuka dari luar. Matanya terus tertancap pada sesusuk tubuh milik Haykarl yang terbaring lesu diatas katil.

Haykarl masih sama. Diam membisu. Matanya terus merenung siling dengan pandangan kosong. Kosong seperti hidupnya yang kini tanpa Fatimah. Kehadiran mamanya disitu langsung tidak dipedulikannya. Dia seolah olah berada di dalam dunianya sendiri. Keadaan Haykarl itu betul betul merisaukan Datin Mahani. Apabila disuruh makan, Haykarl tak mahu. Apabila diajak berbual, Haykarl membisu. Pejabat pun Haykarl tak mahu masuk. Haykarl kini seolah olah sudah putus harapan untuk meneruskan hidup.

"Ya Allah, kenapa ni Karl? Mama panggil tadi kenapa tak jawab? Mama risau tau!" Datin Mahani duduk di birai katil. Merenung lama wajah anak tunggalnya yang kelihatan cengkung itu. Tangannya dengan penuh kasih sayang mengusap lembut ubun ubun anaknya. Perasaan kesian terhadap Haykarl begitu sarat di dalam hati.

Haykarl masih sama. Kaku seperti patung yang bernyawa.

"Karl, tolonglah jangan buat mama macamni. Mama merayu sangat sangat Karl. Jangan buat mama susah hati. Karl lah satu satunya anak mama. Karl kena kuat tau. Kalau Karl macamni, mama pun rasa sakit yang sama. Kalau Karl terus macamni, macam mana Karl nak pergi cari Fatimah? Karl taknak jumpa dengan Fatimah ke?" Suara Datin Mahani sudah kedengaran bergetar di telinga Haykarl. Hancur hatinya apabila kelihatan anak kesayangannya begitu.

Haykarl masih sama. Membisu tanpa sebarang kata. Nak cari kat mana lagi, Ma? Cuba mama bagitahu dekat Karl. Fatimah dah bencikan Karl. Fatimah dah tinggalkan Karl jauh jauh. Karl rasa Karl dah tak ada semangat lagi nak teruskan kehidupan, Ma. Rasa ni, sakit sangat sangat! Hanya hati Haykarl merintih tanpa henti.

Tangan Haykarl dicapai lalu digenggam lembut oleh Datin Mahani. Dia tahu dalam keadaan Haykarl sekarang, dia harus bijak memainkan peranan. Dia tak boleh biarkan Haykarl terus hanyut.

"Sayang, Allah uji sebab dia sayang hamba-Nya. Allah uji sebab Allah tahu hamba-Nya mampu untuk hadapi ujian itu. Karl patut beruntung tau sebab Karl adalah orang yang dipilih oleh Allah untuk diuji sebab Karl seorang yang kuat. Mama yakin anak mama seorang yang kuat. Yang penting, Karl jangan berputus asa. Kalau Karl terus macamni, apa yang Karl dapat? Karl kena bangkit. Usaha sedaya upaya yang boleh kalau Karl betul betul sayangkan Fatimah. Usaha dan doa banyak banyak, Karl. Allah tak pernah menzalimi hamba-Nya. Tapi kalau Karl terus macamni, samalah seperti Karl menzalimi diri Karl sendiri. Semua orang pernah buat silap. Mintak ampun, Karl. Kalau kita mengharapkan keampunan daripada manusia, mintak lah ampun terlebih dahulu kepada Allah. Doa mama sentiasa bersama dengan Karl. Mama yakin Karl dan Fatimah akan tetap bersatu andainya dia memang jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk Karl. Yang penting Karl jangan berputus asa ye, nak. Janganlah terus macamni.." Panjang lebar Datin Mahani memujuk Haykarl. Tangannya membelai lembut rambut anak lelakinya itu.

Air mata Haykarl gugur lagi. Kata kata nasihat daripada Datin Mahani itu begitu berkesan dalam hatinya. Betapa selama ini dia telah menyusahkan hati mamanya. Kejamkah dia? Selalu saja dia menyakitkan hati insan yang dia sayang.

"Allahuakhbar! Ampunkan Karl, Ma. Ampunkan Karl sebab dah susahkan hati Mama" Tangan Datin Mahani dikucup berkali kali. Sepatutnya dalam keadaan begini dia lebih mendekatkan diri kepada Allah. Bukannya duduk meratap nasib hidupnya.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now