Bab 50 - FINALE

7.7K 304 80
                                    

CUACA begitu baik pada petang itu. Angin bertiup sepoi sepoi bahasa membuatkan suasana menjadi aman dan damai. Fatimah dan Haykarl masih lagi bergotong royong membersihkan kawasan rumah makciknya yang kelihatan begitu semak kerana terlalu lama terbiar. Kicauan burung merpati begitu mendamaikan dan membuatkan hati mereka terbuai indah. Desiran angin yang berdesir kuat merempuh padi itu juga mencipta satu irama dan melodi yang begitu indah dan mendamaikan untuk mereka.

Fatimah masih leka menyapu daun daun kering di halaman rumah. Sesekali matanya memandang Haykarl yang sedang sibuk menebas lalang di tepi rumah kayu yang sudah uzur benar itu. Sekali sekala dia berhenti untuk melepaskan rasa lelah. Fatimah tersengih apabila melihat telatah Haykarl. Yelah, Haykarl mana pernah buat semua kerja seperti itu sebelum ini. Sudah tentu tentunya dia akan rasa cepat penat.

"Abang, kalau penat, berhentilah. Nanti Fatimah habiskan!" Laung Fatimah sedikit kuat. Bimbang Haykarl tidak dengar kerana jarak antara mereka agak jauh juga.

"Takpe, sikit je lagi ni" Balas Haykarl sambil meneruskan kerjanya. Fatimah juga kembali meneruskan kerjanya sebaik saja melihat Haykarl ralit menebas lalang.

Daun daun kering sudahpun dibakar oleh Fatimah. Dia memandang ke arah sekitar kawasan. Terasa terang hatinya apabila melihat kawasan rumah itu sudah bersih dan kemas. Haykarl masih lagi ralit menebas lalang. Fatimah berjalan perlahan ke arah pangkin kayu yang berada di bawah pokok rambutan itu. Dia sudahpun duduk disitu untuk melepaskan rasa lelah. Angin yang masih berpuput lembut itu menampar pipinya membuatkan wajahnya yang sedang berpeluh itu menjadi nyaman dan dingin. Tudung yang dipakainya juga terbuai sama ditiup angin.

Pandangan Fatimah sudah dilemparkan jauh ke arah tengah sawah. Padi kelihatan meliuk lentok ditiup angin. Kicauan burung yang nyaring dan merdu itu menyedapkan halwa telinga. Fatimah tersenyum senang. Alangkah bahagianya berada di kampung.

"Bila kau balik, Fatimah?"

Khayalan Fatimah itu terus diragut oleh suara yang menyapanya secara tiba tiba. Fatimah segera menoleh ke sisi. Dia sudah tersenyum lebar apabila melihat wanita lingkungan 30-an yang sudahpun tersenyum manis kepadanya.

"Oh, Kak Kiah! Fatimah ingatkan siapalah tadi. Balik kelmarin, Kak. Jemputlah duduk" Pelawa Fatimah dengan ramah. Wanita yang dipanggil Kak Kiah itu terus melabuhkan punggungnya di atas pangkin kayu. Kak Kiah itu merupakan jiran Fatimah.

"Terang sikit kawasan rumah ni bila kau dah balik, Fatimah.." Kak Kiah sudah membuka topik untuk berbual.

"Haah, semak sangat Kak. Itu yang bersihkan" Jawab Fatimah sambil tersenyum manis.

"Rajin laki kau, Fatimah. Selalunya anak orang kaya ni taknak buat kerja kerja macamni"

"Eh, Kak Kiah ni. Jangan puji lebih lebih. Takut kalau dia dengar nanti, tak lena nak tidur malam" Gurau Fatimah sambil ketawa kecil.

"Ish kamu ni, Fatimah.." Kak Kiah turut ketawa.

"Emm, Kak. Fatimah nak tanya ni. Kak Kiah tak ada dengar apa apa berita ke pasal Mak Yek?" Tanya Fatimah sebaik saja tawa mereka reda. Wajahnya kini sudah berubah riak.

"Tak adalah pulak, Fatimah. Sejak dia keluar dari rumah ni, kami orang kampung tak pernah dapat khabar berita pasal dia. Ada yang cakap dia lari sebab malu pasal kamu. Ada jugak yang cakap sebab hutang ahlong. Pak Mat berhutang dengan ahlong. Mana satu yang betul pun Kak Kiah tak tahu" Cerita Kak Kiah satu persatu.

Fatimah mengeluh kecil. Segaris senyuman nipis terukir di bibirnya saat itu. Hatinya tiba tiba diragut rasa pilu apabila terkenangkan Mak Yeknya. Walaupun hidup bersama Mak Yek begitu banyak deritanya, dia tetap sayangkan Mak Yek.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now