Bab 20

3.5K 183 13
                                    

ANGIN yang bertiup sepoi sepoi bahasa pada petang itu begitu mendamaikan hati dan jiwa Fatimah. Dia duduk bersantai di atas kerusi bulat yang berada di taman bunganya itu sambil menikmati angin petang. Pelbagai jenis bunga telah ditanam oleh Fatimah di taman itu. Ada bunga mawar, bunga orkid, bunga kertas, bunga melur dan beberapa jenis bunga yang lain lagi. Bunga bunga yang ditanamnya itu hidup segar dan berbunga cantik.

Fatimah tersenyum senang apabila melihat kelopak bunga mawar merah yang ditanamnya berkembang mekar. Bau wangi daripada bunga bungaan itu mendamaikan hati Fatimah. Andainya dia berada di rumah, sebahagian daripada masanya akan dihabiskan di taman itu. Fatimah terlalu sukakan bunga. Bagi Fatimah, dengan melihat bunga dapat menenangkan hati dan jiwa. Mujurlah sewaktu dia tidak ada, Haykarl telah mengupah seorang tukang kebun untuk menjaga taman bunganya itu.

Apabila teringatkan Haykarl, Fatimah tersenyum sendiri. Dia masih ingat lagi sewaktu mula mula dia mahu menanam pokok pokok bunga itu. Haykarl bukan main lagi membantah. Macam macam alasan lah yang diberikan. Nanti semaklah. Nanti tak ada orang nak jagalah. Tapi sekarang, apabila pokok pokok itu sudahpun berbunga cantik, Haykarl pula suka menghabiskan masa disitu. Alasan Haykarl, bunga bunga itu berbau harum dan menghasilkan aura yang positif. Sebab itulah dia sanggup upah orang untuk tengok tengokkan taman itu sewaktu Fatimah tiada di rumah.

Fatimah masih lagi leka memandang bunga bunga yang berkembang mekar di taman bunganya. Seekor rama rama yang cantik terbang rendah dan hinggap di kelopak bunga mawar itu. Sama ada rama rama itu datang untuk menghisap madu ataupun disebabkan tertarik pada baunya.

Hmm, sekurang kurangnya ada juga yang sudi hinggap pada kau, Bunga. Walaupun sang kumbang tak datang, tetap ada rama rama yang cantik yang menghinggap. Aku ni? Sampai bilalah akan terus begini. Sampai bila lah aku harus pendam duka di dalam hati? Aku takut andai suatu hari nanti aku akan lemah dan tidak mampu lagi untuk meneruskan semua ini. Fatimah merintih lagi.

"Hai. Jauh termenung?"

"Oh mak kau terkejut!!" Pekik Fatimah. Dia betul betul terperanjat apabila ada tangan sasa yang menepuk bahunya secara tiba tiba.

"Woahh.. woahh.. Relax! Bawa bertenang okay!" Haykarl cuba tenangkan Fatimah. Kedua dua belah tangannya diangkat ke atas. Sebenarnya dia juga terperanjat apabila mendengar pekikan Fatimah. Tak berniat langsung untuk menakutkan wanita itu.

"Awak ni! Nak gugur jantung saya tau. Bila awak balik?" Fatimah mengurut dadanya. Dia benar benar terperanjat dengan sapaan Haykarl yang secara tiba tiba itu.

"Aku tanya je pun. Kau tu yang duk berangan sampai tak ke sudah. Dah sampai mana dah kau punya berangan tu? Bangkok? Paris?" Tanya Haykarl selamba. Punggungnya dilabuhkan diatas kerusi di hadapan Fatimah.

"Eish awak ni. Awak tu yang datang tak bagi salam" Fatimah tetap mahu membela dirinya. Namun sebuah senyuman tetap diukir untuk Haykarl.

Haykarl menjongketkan keningnya. Matanya memandang Fatimah dari atas sampai bawah. "Em, dekat almari baju kau tu memang takde baju yang elok sikit ke?" Selamba Haykarl bertanya.

Terus kening Fatimah terangkat. "Kenapa dengan baju saya?" Fatimah membelek kain baju di tubuhnya. Okay je. Tak koyak pun.

"Hari hari aku tengok kau pakai baju macam budak sekolah nak pergi bersukan je. Sakit mata aku tengok! Sekali sekala pakailah dress ke, skirt ke. Sedaplah sikit mata aku nak memandang"

Terus wajah Fatimah naik mencuka. Sakit hati! Tahulah dia tak seseksi tunang Haykarl. Tapi agak agaklah kalau nak mengutuk pun!

"Hah. Buat muka kenapa tu?" Haykarl tersenyum. Terasa kelakar tengok wajah cemberut Fatimah. Sekali sekala tengok Fatimah buat muka macamtu, rasa macam comel jugak.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now